Masalah Air Selangor dah selesai Ke Belum?
April 27, 2025Masalah Bekalan Air di Selangor masih sama seperti dulu? Betul ke? hari itu aku adalah bercuti ke Selangor singgah lah bermalam dekat rumah saudara aku. Aku ingat Masalah air dekat selangor ni dah selesai lah rupanya Masih sama weh!Walaupun katanya sebilangan masalah air selangor telah dapat di atasi tetapi Kesian pula aku tengok mereka-mereka yang tinggal di sana. Sudahlah terpaksa menghadap Kesesakan Kenderaan, lepas itu masalah air pula kadang okay kadang-kadang tak dak langsung. Aku tengok rumah saudara aku tu pun penuh dengan Bekas untuk simpanan air waktu kecemasan.
Paling mengejukan aku dengar cerita Kadar tarif Air pula akan naik menjelang Julai 2025 nanti. Ya! ini selepas kenaikan yang berlaku pada Januari 2024. Dua tahun berturut-turut, Bil air makin meningkat? Gangguan bekalan air masih berlaku dengan kualiti air yang tak berapa bagus... Wajar ke?
Air adalah keperluan asas Manusia. Aku boleh rasakan susahnya bila tak ada air untuk menjalani kehidupan seharian kita. Masalah air di selangor bukan lah yang pertama kali kita dengar tak kisahlah sama ada gangguan bekalan air berjadual atau pun akibat pencemaran. Sejak Julai 2024, isu air ini makin menjadi tupuan ramai selepas Pelantikan Adam Saffian Ghazali sebagai CEO baru Air Selangor. Ramai yang mengharapkan perubahan yang positif tetapi sebaliknya yang berlaku.

KENAIKAN TARIF AIR
Antara negeri yang rancang akan naik termasuk negeri Selangor maka tarif Air Selangor bagi Selangor, KL dan Putrajaya akan naik seperti berikut.
Kenaikan Tarif Air untuk Pengguna Domestik (50 m³ sebulan)
2023: RM56.86
2024: RM72.25 (Naik 27.1%)
2025 (dirancang): RM87.63 (Naik lagi 21.3%)
Jumlah kenaikan 2023 - 2025 (dua tahun): 54.12%
Bil air tahunan isi rumah meningkat daripada RM682.32 (2023) kepada RM1,051.56 (2025 dirancang) - kenaikan sebanyak RM369 dalam tempoh dua tahun.
Kenaikan Tarif Air untuk Pengguna Bukan Domestik/perniagaan (100 m³ sebulan) pula akan naik 3 kali dalam tempoh 3 tahun iaitu pada Ogos 2022, Feb 2024 dan Julai 2025
2022 (sebelum 1 Ogos) : RM220.65
2022 (selepas 1 Ogos) : RM277.60 (Naik 25.81%)
2024: RM285.60 (Naik 2.9%)
2025 (dirancang) : RM361.15 (Naik lagi 26.5%)
Jumlah kenaikan 2022 - 2025: 63.7%
Kos tahunan meningkat daripada RM2,647.80 (2021) kepada RM4,333.80 (2025) - tambahan RM1,686
Kesan Kenaikan Tarif Air Selangor kepada rakyat.

Kenaikan tarif air sebanyak 30% yang diumumkan oleh pihak berkuasa Selangor pasti akan memberi impak besar kepada rakyat. Dalam keadaan di mana kualiti air dan bekalan air masih menjadi isu, tindakan ini seolah-olah menambah beban kepada orang ramai tanpa menyelesaikan masalah asas yang sedang berlaku. Berikut adalah beberapa kesan yang mungkin akan kita rasai jika kenaikan tarif ini dilaksanakan:
1. Beban Kewangan kepada Pengguna - Kenaikan tarif air akan menyebabkan kos sara hidup meningkat, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Air merupakan keperluan asas dalam kehidupan seharian, dan kenaikan harga yang drastik ini akan memberi tekanan kewangan kepada ramai orang..
2. Kepercayaan yang Terhakis terhadap Pengurusan Sumber Air -Salah satu masalah utama yang dihadapi oleh pengguna adalah tekanan air yang rendah serta kualiti air yang tercemar, dengan masalah air karat sering berlaku di beberapa kawasan. Masalah ini menunjukkan bahawa pihak berkuasa belum berjaya mengatasi isu-isu asas berkaitan bekalan air. Apabila tarif dinaikkan tanpa penyelesaian terhadap masalah tersebut, ini mungkin akan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang ramai, yang merasakan bahawa mereka membayar lebih untuk perkhidmatan yang tidak berkualiti.
3. Kehilangan Kepercayaan terhadap Kerajaan dan Badan Pengurusan Air Kenaikan tarif air ini mungkin akan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap kerajaan dan pihak berkuasa yang mengendalikan pengurusan air. Jika masalah yang lebih mendalam seperti kualiti dan bekalan air tidak diselesaikan terlebih dahulu, kenaikan harga air hanya akan dilihat sebagai langkah yang "rakus" dan tidak adil. Ini boleh menimbulkan ketidakpuasan hati yang lebih meluas dalam kalangan masyarakat.
4. Kesan Kepada Aktiviti Ekonomi -Bagi sektor perniagaan, kenaikan tarif air mungkin juga akan memberi kesan kepada kos operasi. Perniagaan yang menggunakan banyak air dalam operasi mereka, seperti perhotelan, restoran, dan industri pembuatan, mungkin terpaksa menaikkan harga barangan atau perkhidmatan mereka untuk menampung kenaikan kos tersebut. Ini boleh menyebabkan kesan domino kepada ekonomi tempatan, terutamanya dalam jangka masa panjang.
korang tengok dan nilai lah sendiri? Kenaikan tarif air ini nanti makin lama pasti makin membebankan rakyat. secara jujurnya bagi aku Krisis air di selangor bukan isu baharu. Dah lebih sedekat isu air selangor ini.
Ianya perlu penyelesaian jangka panjang yang menyeluruh sejajar dengan kemajuan Negeri Selangor. Apakah tindakan pihak pengurusan Selangor dalam menangani isu air untuk rakyat selangor khususnya?Apakah CEO yang baru dilantik itu nenjalankan tugasnya? Sampai bila rakyat Selangor perlu bersabar? Aku harap masalah ini segera ditangani.
0 pesanan ditinggalkan
tinggalkan komen anda di sini ^O^