Logo KBBA

KAMPUNG AGONG 2023

December 19, 2023

 Hai

   Alhamdulillah dah nak sampai ke penghujung tahun 2023 rupanya. Hari ini rasa macam ada masa sikit aku nak kongsikan Tempat Menarik untuk korang Lawati kalau singgah di Pulau Pinang nanti. tapi lokasi ini bukan dekat pulau..tapi dekat Penaga. Mesti dah pernah denagar kan KAMPUNG AGONG, PENAGA.

Kaunter Tiket

Kampung Agong beroperasi setiap hari seawal jam 9 pagi hingga 6 petang. Bagi warganegara anda dikenakan bayaran RM10 untuk dewasa, RM5 untuk kanak-kanak dan percuma bagi bawah umur 3 tahun. 

Manakala bagi bukan warganegara, tiket dewasa adalah RM18 dan RM12 bagi kanak-kanak serta percuma bagi umur 3 tahun kebawah. Harga untuk OKU pula RM6 bagi dewasa, RM3 bagi kanak-kanak dan percuma untuk berumur 3 tahun kebawah.







KAMPUNG AGONG DESTINASI PERLANCONGAN

Kampung Agong merupakan Salah satu destinasi pelancongan untuk dilawati. Lokasi Kampung Agong terletak di Penaga iaitu di kawasan tanah besar yang dikenali sebagai Seberang Perai. Perjalanan hanya memakan masa 20 minit dari Kepala Batas selepas susur keluar dari Plaza Tol Bertam. Jika korang datang dari Georgetown, iaitu kawasan pulau, korang perlu menyeberang jambatan Pulau Pinang terlebih dahulu. Masa yang diambil untuk ke sini ialah 45 minit – 60 minit.

Kampung Agong mula popular pada 2019 dengan konsep pemandangan kampung dan suasana alam semula jadi seperti ladang kelapa serta sawah padi. Estetik utama di sini ialah tarikan unik serta berwarni-warni berlatarbelakangkan panorama nature yang terbentang luas.

Pada musim tertentu pula, korang boleh merasai pengalaman memetik buah, bermain layang-layang, bergambar di jerami gulung, dan belajar menuai padi secara tradisional.

Sumpah! Kalau ambik gambar DEKAt kg. Agong ni memanggil Tak mengecewakan hehehe...paling best ada je tempat2 Baru yang diaorang update contohnya macam MINI ZOO Kg.Agong...ada banyak juga haiwan2 dalam mini Zoo ni macam kambing, kuda, Arnab, burung, angsa Dan lain-lain. Jadi Lokasi ini sesuailah kalau nak bawa anak2 kecik untuk di lawati. 

Jangan lupa! Cuti sekolah ini bawalah anak korang melawat sini. Aku suggest korang hbaiskan Masa DEKAt sini around 3 hours😁..Baru habis semua tempat untuk #ootd hehehe

Tips untuk korang

Gerak awal Dari rumah untuk elak beratur semasa nak ambik gambar DEKAt lokasi2 menarik. Since dah banyak kali pergi aku antara orang terawal masuk dah tunggu depan kaunter sebelum kaunter buka pukul 9 pagi hahaha... Koramg kena spend atlease 3 hour DEKAt sini Baru berbaloi . Breakfast siap2 DEKAt luar sebelum masuk kampung Agong...perut kentang nak ootd pun senang..DEKAt dalam tu Nanti korang enjoy je minum air kelapa sambil layan view kampung cantiikk! Nyaman !! 🥰

Nanti aku update lagi gambar DEKAt kg.agong ini😀


You Might Also Like

0 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^