Logo KBBA

A-LEVEL PROGRAMME DI INTEC EDUCATION COLLEGE

August 07, 2023

 Assalamualaikum...

    Hai semua, Korang baru-baru ini keputusan peperiksaan Spm dah pun keluar kan? Tahniah kepada yang dah berjaya mendapat result yang cemerlang... yang kurang mendapat result yang cemerlang korang jangan susah hati ada banyak lagi peluang yang ada untuk korang di masa hadapan yang penting kena rajin usaha. Bila dah dapat keputusan yang memuaskan mesti dah ada planning nak sambung belajar kan..tapi mesti buntu dekat mana satu tempat belajar yang korang nak pilih?

     Disebabkan ada yang bertanya apa nak buat lepas SPM, Sebenarnya, banyak je pilihan yang korang boleh buat. paling mudah korang sambung je belajar. biasanya lepas SPM ni ramai yang decide nak sambung belajar cuma taktahu nak belajar kat mana. ha korang, pernah tak terfikir nak fly belajar kt luar negara? hari ini aku nak cerita serba sedikit tentang A- Level Programme under INTEC Education College. Pernah dengar tak tentang kolej ini?

INTEC Education College

      INTEC Education College dahulunya masa zaman mak ayah kita dikenali sebagai Pusat Pengajian Persediaan (PPP), Kolej Persediaan Pelajar (KPP). Dalam erti kata lain, INTEC adalah pusat persediaan untuk pelajar-pelajar cemerlang belajar ke luar negara. diberi mandat untuk melengkapkan pelajar cemerlang dengan persediaan ke luar negara. INTEC kini merupakan penyediaan kolej persediaan untuk Pra-universiti, Diploma dan Program Perakaunan Profesional.

Bagi pelajar-pelajar lepasan SPM yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi boleh lah memilih untuk menyambung pelajar di INTEC Education College.


The A-Level Programme 

    Program A-Level adalah salah satu program yang tidak asing lagi di Malaysia ini. Ramai di luar sana melihat A-Level sebagai program yang sangat sukar, tapi sebenarnya takda lah susah mana pon. Jadi hari ini, matlamat saya adalah untuk membantu anda memahami segala-galanya tentang A-level, supaya anda boleh membuat keputusan yang baik tentang laluan pengajian masa depan anda, untuk tidak takut memilih A-Level.

    Tempoh program A-Level di INTEC adalah antara 1.5 tahun hingga 2 tahun bergantung pada tahun kemasukan pelajar. Pelajar digalakkan mengambil sekurang-kurangnya 3 mata pelajaran untuk lulus syarat program. Antara mata pelajaran yang ditawarkan adalah seperti berikut:

 

-Mathematic

- Accountant

- Physics

- Economy

- Chemistry

- Law

- Biology

- Psychology

- Computer Science

-Literature in English

- Further Mathematics

Program A-Level antara program persediaan yang sangat baik untuk program pengajian tinggi antarabangsa di seluruh dunia. Kebiasaanya pelajar cemerlang yang mempunyai keputusan peperiksaan yang cemerlang akan lebih cenderung untuk mengambil program A-Level ini. Students’ yang sambung A-Level biasanya akan sit external exam from Cambridge Assessment International Education (CAIE) before they fly to overseas. Selain daripada tu, students juga akan mengambil exam the International English Language Testing System (IELTS). Usually, in most countries where English is the main language, you’ll need evidence of English language skills to apply for jobs and university courses.





Dalam banyak-banyak kolej yang menawarkan program A-Level ni, saya tertarik nak share tentang INTEC ni. Selepas saya buat research sikit kan. INTEC antara kolej yang provide yuran pengajian yang berpatutan. Kiranya students ni tak dapat mana-mana tawaran sponsor pon, parents boleh cover sepanjang 2 tahun pengajian di INTEC. Kemudian boleh lah apply sekali lagi sponsor untuk ke luar negara.

Untuk pelajar yang mendapat sponsorship ni biasanya selepas tamat A-Level di INTEC, mereka akan dihantar ke top 100 universiti ataupun Rusell Group kalau pelajar ni nak pergi ke UK.

And of course, orang kata masa belajar nil ah moment paling best kan. Kt INTEC ni students akan belajar dalam suasana kelas yang kondusif dan berhawa dingin. Silap haribulan ada yang boleh terlena lah hehehehe 






Antara kelebihan lain jika korang belajar A-Level INTEC:


1. Pensyarah Berpengalaman & Berkemahiran

INTEC mempunyai pensyarah yang berpengalaman dalam kemahiran pedagogi dan dengan strategi pengajaran yang cemerlang dalam sukatan pelajaran A-Level. Bukan itu sahaja, pensyarah juga mesra dan mudah didekati pelajar.


2. Menawarkan Kelas Persediaan IELTS

INTEC juga menawarkan kelas persediaan IELTS dan beberapa subjek etika untuk memupuk akhlak dan disiplin diri pelajar.


3. Rekod Prestasi Pelajar Cemerlang

Sejak INTEC mula menawarkan program A Level, rekod prestasi pelajar adalah cemerlang dengan lebih 60% pelajar mendapat A+ dan A dalam semua mata pelajaran. Sebanyak 90.5% pelajar mendapat A+ dan A dalam mata pelajaran Fizik dan 88.5% mendapat A+ dan A dalam Kimia. Bagi biologi dan matematik, 82.4% mendapat A+ dan A, berdasarkan keputusan peperiksaan Jun 2022.


4. Menawarkan Toastmasters Jerman

INTEC mempunyai toastmaster Jerman untuk membantu pelajar berkomunikasi dalam bahasa Jerman yang membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri apabila bercakap di khalayak ramai.


5. Memantau Prestasi Pelajar dan Melantik Ejen Profesional untuk Penempatan Universiti

Untuk memantau prestasi pelajar secara dekat, INTEC mempunyai program pemantauan seperti Champion in Cambridge Week dan Mandatory Consultation Classes. INTEC juga melantik ejen profesional untuk membantu pelajar dalam penempatan universiti selepas menamatkan program A-Level.


Jadi , tunggu apa lagi! jom sertai INTEC Education college untuk masa hadapan anda. klik sini untuk maklumat lanjut : https://intec.edu.my/a-level-programme/

 

You Might Also Like

1 pesanan ditinggalkan

  1. Semoga anak2 yang masih hendak sambung pengajian, diberkati Allah dan dipermudahkan urusan

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^