Logo KBBA

RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE

June 14, 2023

Hai semua,

    Rasanya macam dah lama tak share new resepi dalam blog ini. Jadi hari ini farah nak share Resepi Spaghetti Bolognese untuk anda semua. Anak-anak farah suka makan spaghetti bolognese ini berbanding carbonara. walaupun warna merah macam pedas sebenarnya tidak pedas tau. sesuai sahaja untuk di hidangkan kepada anak-anak. Spaghetti Bolognese ini juga farah selalu hidangkan semasa buat Jamuan Birthday anak-anak , warna kemerahannya boleh menaikkan selera anak-anak juga .

    Spaghetti bolognese merupakan salah satu masakan tradisional Itali yang dimakan bersama sos daging. Cukup dengan rasa masam tomato, gabungan mi spageti dan sos ini memang kena dengan tekak orang Melayu.


Resepi Spaghetti Bolognese

Bahan bahan:

1 botol sos spagheti original prego

1 tin tomato puree

1 tin tomato cincang

Daging cincang

sosej (optional)

Bawang putih

Bawang besar

Bawang holland

Mushroom

Lada benggala

Serbuk lada hitam

Italian herbs/oregano

Garam dan gula


Cara cara:

1.    Panaskan air masukkan sedikit minyak dan garam. Rebus spageti hingga lembut. Toskan. 

2. Panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang putih/bawang besar/bawang holland.. Kemudian Masukkan daging cincang.

3.  Goreng sehingga daging agak masak, masukkan sos spagheti dan tomato puree serta tomato cincang. Masukkan sedikit air. (masukkan sosej yg dipotong nipis-nipis)

4.     Masukkan cendawan, lada benggala dan italian herbs. Tunggu sehingga sos menggelegak.

6.     Letak sedikit oregano, serbuk lada hitam dan garam/gula. 

7.     Kacau hingga kuah nampak naik minyak. Tutup api. Hidangkan kuah Bolognese bersama spageti. Taburkan serbuk cheese diatas sebelum dimakan. 


Selamat Mencuba!

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!


You Might Also Like

0 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^