Logo KBBA

BUAT KAD PENGENALAN ANAK 12 TAHUN

June 06, 2023


Assalamualaikum

Pejam celik..pejam celik dah masuk bulan Jun 2023. Alhamdulillah masih sihat tumbuh badan. Hari ini saja nak kongsi kisah buat ic anak yang berusia 12 tahun... bulan Mac yang lalu.

BUAT KAD PENGENALAN 12 TAHUN - KAISARA


    Bulan MAC hari itu, Kakak kaisara anak sulung aku dah pun menjangkau usia 12 tahun... alhamdulillah rezeki Dari Allah dapat melihat anak-anak membesar satu nikmatt yang di syukuri...bila jadi mak-mak ini banyak benda yang Kita dapat pelajari... Kadang tersenyum sendiri bila mengimbau Kembali detik-detik melahirkan dia. Anak sulung lah katakan.. penghuni pertama Rahim mama... Rezeki yang di tunggu-tunggu.

    Aku SAJALAH nak throwback sikit kisah aku pergi buat kad Pengenalan anak. Korang WAjib tau buat  kad pengenalan anak biLa mencecah usia 12 tahun dan kena buat dalam tempoh 30 hari. kalau lebih nanti kena bayar denda (YURAN PROSES) 

    Mengikut Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007)  setiap kanak-kanak yang telah mencapai umur 12 tahun dan bertaraf Warganegara wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya.

    Hari itu aku pilih untuk buat kad pengenalan anak aku dekat Kedah. Almaklumlah kami ini memang selalu ulang alik Perlis - Kedah. Jadi decide nak buat dekat Jabatan Pendaftaran Negeri Kedah dekat ANAK BUKIT. kad pengenalan anak aku siap dalam tempoh SEJAM jer...dah siap boleh ambik terus. Proses yang Cepat!

    Nak buat Kad Pengenalan anak ini wajib yer WARIS ikut sekali..isi permohonan dan bawa bersama Surat beranak asal. Masa nak buat ic ini juga Ibu/bapa kena bagi kad pengenalan untuk memudahkan Pegawai JPN key in maklumat Waris sekali. Kat bawah ini aku tulis sekali apa yang perlu korang bawa untuk buat kad pengenalan anak bila mencapai usia 12 tahun

Senarai dokumen yang diperlukan untuk permohonan MyKad 12 tahun:

  1. Sijil Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Sijil Warganegara / Pengesahan Taraf Warganegara;
  2. Pasport (bagi pemohon yang menetap di luar negara);
  3. Kad Pengenalan Penganjur (Ibu Atau Bapa Atau Penjaga);
  4. Sekiranya alamat tidak selaras dengan alamat penganjur, perlu mengemukakan bil utiliti atau dokumen sokongan berkaitan
    yeaahhh, akhirnya selesai juga urusan membuat kad penegenalan anak aku. since kaisara baru 12 tahun, Jadi kad penegenalan kaisara aku yang simpan dan jaga... Aku tak harap lagi nak bagi dekat dia hehehe..risau hilang hehe...inilah Pengalaman Pertama aku buat ic/kad pengenalan anak... lagi 2 tahun aku akan buat kad pengenalan Kaliff Rizqi pula😊


You Might Also Like

1 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^