Logo KBBA

RAYA SEDONDON 2023

May 12, 2023

Selamat Pagi!

      Jarang-jarang muncul sesekali nak juga share cerita Raya 2023 kami sekeluarga. Alhamdulillah rezeki tahun ini dapat raya sedondon sekeluarga. Pilihan kami semestinya Jakel hehehe. Biasalah bila anak-anak dah makin membesar ini pada aku agak mencabar nak cari baju yang sama colour tetapi lain-lain jenama. So, Tahun ini kami suami isteri decide buat persiapan awal dengan mencari kain sedondon untuk di pagi pada Aidilfitri tahun ini cewahhh...

Persediaan Awal Raya

    Memang dah planning awal-awal sejak Januari kami dah start cari baju raya. waktu ini persiapan persekolahan anak-anak kami settlekan masa bulan Disember 2022 siap-siap. walaupun persekolan tahun baru start on Mac 2023. Untuk elakkan Over belanja semasa Januari dan Februari tu so planning kena susun satu persatu...haa gituuu! alhamdulillah planning berjalan dengan lancarnya hehehe.

Korang kalau ada planning nak sedondon beli kain sekayu kena prepared seawal 3 bulan ( my suggestion). Kena ada Tailor juga. Macam aku memang dah ada Tailor yang selalu buat baju kami . So, memang booking awal-awal takut baju raya tak sempat siap...uwarrghhh nangis di pagi raya lah jawabnya hahaha

Kenapa pilih Jakel?

    Aku sebenarnya dah banyak kali beli kain pasang dekat Jakel untuk sedondon. terutamanya time weeding. So, jakel memang pilihan kami sekeluaga. sebenarnya last year kami ada tempah sedondon juga for weeding adik aku... dalam bulan 10 ( tema nude ) beli kain dekat jakel juga... kekonon nak pakai baju tu jer untuk raya 2023 sebab baru buat kan rupanya tak jadi sebab tiba-tiba adik beradik aku semua decide nak tema raya warna warni tahun ini. Diaorang semua pakat nak tukar colour means beli baju baru lahhh hahaha... so, aku dan husband pun pilih "olive green". since aku memang tak pernah lagi pakai hijau-hijau nie... sajalah nak tukar angin pulak .". Kakak aku pilih baby blue, meroon , merah dan putih. (jadilah tema warna warni.) 

Anggaran Kos 

    Pembelian baju ini aku buar berperingkat jadi tak dak lah rasa sesak sanggat poket nanti hehe. Kain aku pilih ini satin tapi yang tak berkilat lupa plak nama material kain ini..tapi memang sesuai untuk buat baju melayu sekali. Semeter RM22.00... total aku beli untuk kami 5 orang dalam harga RM350.00 untuk kain sahaja.  Lepas je beli kain pasang dekat Jakel aku terus tempah Baju Melayu di situ mengunakan kain yang aku beli. Oh yaa ukuran untuk baju melayu kena guna saiz baju melayu yang ada di jual di Jakel. Contoh macam suami aku pakai Baju Aaron Aziz...so ambik ukuran saiz S Aaron Aziz haa giteww! Harga tempahan Baju Melayu dekat jakel lebih kurang je baju siap... Cuma boleh lah kalau nak adjust-adjust sikit macam nak labuhkan tangan baju ke besarkan pinggang ke. sepasang baju melayu Dewasa RM200.00 , kanak-kanak Rm150.00 ( ini harga tak termasuk kain) . 

Untuk baju aku dan anak-anak girls pula tempah dekat tailor yang biasa buat baju kami jer. Design baju ikut suka nak macam mana tailor aku pandai je jahit. kadang-kadang aku tunjuk jer gambar dekat dalam fone dia boleh buat.... kira mudah dan mengikut citarasa aku lah hehe.. so total tempahan baju kami 3 orang RM 180.00 ( untuk 3 pasang baju tak termasuk kain).





Dah tempah baju lawa-lawa tahun ini aku decide ambik gambar dekat studio pula..last ambik tahun 2020. So, tahun ini aku decide untuk keep our memori together dekat Studio raya .

Nanti next entry aku cerita pengalaman bergambar di Studio Raya 2023 pula

You Might Also Like

0 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^