Pembayaran STR Fasa 2 mulai 5 April 2023 secara berperingkat.
Sumbangan Tunai rahman akan mula di salurkan mulai 5 April 2023 secara berperingkat bagi manfaar seramai 8.7 juta golongan B40.
Menurut kementerian kewangan, Pembayaran STR fasa 2 membabitkan implikasi berjumlah RM 1.26 Bilion yang akan di kreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pengkalan data STR.
STR 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM.
Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada bulan Januari ketimbang bulan Mac tahun depan mengambilkira beban yang ditanggung rakyat saat ini dan keperluan musim tengkujuh.
Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.
Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
- Penerima bayaran STR Fasa 2 merujuk kepada penerima STR Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari 2023.
- Status kelayakan pembayaran STR fasa 2 boleh disemak mulai 5 April 2023.
Kaedah pembayaran:
- Pengkreditan ke akaun bank pemohon / pasangan
- Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
Sila klik Log Masuk MySTR untuk semakan lanjut.
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Tarikh Bayaran STR 2023
Tarikh Bayaran STR 2023 Fasa 1, 2 3 dan 4 (Kemaskini Belanjawan 2023)
Tarikh pembayaran STR bagi penerima yang layak adalah seperti berikut :
Fasa 1 – Januari 2023
Fasa 2 – April 2023
Fasa 3 – Julai 2023
Fasa 4 -November 2023