Logo KBBA

RUZA AGROTECH KULIM

December 23, 2022


assalamualaikum..

    Nak kongsi cerita dua minggu lepas ehh silap ni story aku bulan lepas sekitar awal bulan NOVEMBER 2022 yang lalu hahahaha.... (Lambat NAU update blog) 😂. jJalan-jalan hujung minggu kami sekeluarga ke Ruza Agrotech Kulim yang terletak di Lunas. Biasalah Hujung minggu kalau berkelapangan memang kami sekeluarga biasanya cari aktiviti family time giteww! Perjalanan dari perlis ke Kulim ambil masa lebih kurang 2 Jam setengah... naik haiway jer cepat & tak sesak hehehe. macam selalu tak de plan apa-apa pun main terjah je..

    Bersiap-siap pagi tu laju-laju terus bergerak dalam pukul 10 pagi . kami sampai dekat Lunas dalam jam 12.30 cari tempat nak makan dulu. risau anak anak lapar..alang-alang dah terlajak atas sikit dari tempat car park ruza agrotech ni kami singgah makan dekat Nasi Tomato Champion. siyessly mmg champion portion besar + sedappp ( tak de gambar nak share tapi orang singgah makan memang ramai dekat situ )

AKTIVITI MENARIK DI RUZA AGROTECH

    Bagi aku Ruza agrotech ini memang tempat yang agak menarik dan unik. kawasan yang agak luas dan sesuai untuk bawa family serta anak-anak beriadah. Ada banyak aktiviti boleh di buat dekat dalam kawasan ruza agrotech. Kalau dari Tempat Parking kereta ruza agrotech ada sediakan Baggy/ Tram yang akan hantar sehingga ke pintu masuk Ruza Agrotech.

 Antara yang menarik termasuklah kiosk jualan, ada pelbagai ‘ride’ untuk kanak-kanak, ada pasar mini, boleh bermain dengan pelbagai jenis haiwan, melawat ladang, aktiviti berkuda, memanah, ATV dan ada port makan juga. 

    Buat masa skrg yang aku tahu tak di buka sepenuhnya lagi. Bayaran masuk pun masih FREE.. katanya masih di Fasa Ke Dua Pembukaannya. ada lagi beberapa Fasa sebelum di buka sepenuhnya nanti. Grand Opening pula akan dilancarkan pada 9 Disember 2022 nanti. So sementara masih Free ni aku pun terjah lah awal-awal hehehe

NAIK ATV RONDA-RONDA KAWASAN RUZA AGROTECH





GAMBAR SEKITAR KAWASAN RUZA AGROTECH










Tips Ringkas Bila nak Singgah Ke Ruza Agrotech Kulim

Okay, hari ini aku kongsikan sedikit tips ringkas bila korang nak singgah ke sini . Apa yang perlu korang prepared..

1. Pilihan Masa yang sesuai
kalau nak riadah aku suggestkan datang waktu petang area jam 4 atau 5 cuaca agak teduh dan tak panas. Kalau datang awal sikit pun boleh cuma cuaca agak panas kena sediakan payung. Bab makan jangan risau sebab ada Kafe dekat dalam itu. Harga pun berpatutan.

2. Pakai baju yang bersesuaian
Ruza Agrotech ini kawasan riadah seisi keluarga. Jadi pilihlah pakaian yang bersesuai. kawasan dalam ruza agrotech memang cantik-cantik sesuai untuk OOTD. So, kalau rajin nak melaram boleh aja hehehe

3. Naik tram/buggy dari parking 
Untuk makluman anda pihak ruza ada sediakan tram/buggy untuk masuk ke dalam dari kawasan parking. Kalau nak jalan agak jauh juga jadi aku cadangkan tunggu je tram/buggy yang di sediakan. So, kena bersabar sikit ,kalau tak ramai sekejap je.


You Might Also Like

0 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^