NAK MEMILIKI RUMAH IDAMAN, MAMPUKAH?
December 27, 2022
Nak beli rumah tapi banyak benda yang perlu di fikirkan dulu.
Dulu aku selalu harap dapat rumah pertama sebelum umur 30 tahun. Alhamdulillah rezeki
memang dapat rumah pertama masa umur 30 tahun. Bina rumah atas tapak sendiri. Now aku plan nak beli rumah ke
dua pula. Impian aku nak memiliki rumah kediaman di kawasan Perumahan pula. Kalau dapat Aku tengah aimm nak cari Corner Lot pula. Tapi keadaan ekonomi sekarang agak membimbangkan. Selepas berlakunya Penularan
Covid 19 yang melanda dunia sedikit sebanyak turut menjejaskan sektor hartanah
di negara kita .
Patut tak beli rumah selepas
melihat Kesan Pendemik Covid 19
Inilah persoalan yang bermain di minda aku. Patut kah aku membeli rumah pada masa sekarang? Kesan
Wabak COVID-19 cenderung memburukkan pasaran hartanah kerana orang ramai akan
kurang bermewah dan berbelanja besar dalam tempoh sukar ini. Disebabkan
kebimbangan tentang masa hadapan, ditambah pula dengan ketidakpastian mengenai
berapa lama lagi perniagaan akan ditutup, para pembeli kemungkinan besar akan
mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Ini membawa kepada penurunan jualan
hartanah masa kini.
Mampukah?
Selain Faktor kesan pendemik Covid 19, kena tengok juga kemampuan kewangan. Iye lah nak beli rumah ini bukan harga yang murah perlu komitmen bulanan yang bagus. Kalau dapat rumah harga murah itu rezeki lah kan. Tapi sebelum itu kena tahu juga tahap kewangan kita mampu beli rumah dengan paras harga yang bagaimana. Jadi kena buat semakan Kelayakan Pinjaman dan juga kemampuan untuk bayaran pinjaman. Cara terbaik adalah dengan membuat perkiraan terlebih dahulu. Buat kiraan melalui Online lagi cepat dan mudah.
Bagaimana?
Meh aku share salah satu kaedahnya adalah dengan , kalkulator Pinjaman perumahan
👉👉👉https://www.mortgagecalculator.uk/affordability/
Untuk memudahkan membuat pengiraan untuk membeli rumah boleh la guna link di atas. Kebiasaannya, pengiraan bank di dunia ini menggunakan sistem yang sama.
Mengapa membeli
hartanah pada 2022 satu idea yang bernas?
Tahun 2022 merupakan masa yang sesuai untuk masuk pasaran
hartanah atas empat alasan berikut:
1. Kadar faedah lebih rendah bagi pinjaman perumahan.
2. Pengecualian duti setem di bawah Kempen Pemilikan Rumah
2020 (Home Ownership Campaign atau HOC 2020) dan bagi pembeli rumah pertama
seperti yang diumumkan di dalam Belanjawan 2021.
3. Anda boleh mendapatkan % pinjaman lebih tinggi relatif
kepada harga rumah.
4. Kesemua faktor di atas akan memberi kesan kepada potensi
pulangan pelaburan anda. Untung modal atau lebih dikenal sebagai capital gain
adalah beza antara nilai pasaran sesebuah hartanah di masa depan dan harga beli
semasa. Meskipun kita tidak tahu nilai pasaran sesebuah hartanah pada masa
depan, anda boleh memilih untuk membeli pada masa yang ‘paling tepat’.
so, selepas mengambil kira faktor-faktor di atas, boleh dah decide selebihnya untuk memiliki rumah idaman yang bagaimana 😃
0 pesanan ditinggalkan
tinggalkan komen anda di sini ^O^