Logo KBBA

JUALAN KEMBALI KE SEKOLAH BERSAMA PUSAT PAKAIAN HARI HARI

December 26, 2022

 

Assalamualaikum

Hai korang, Cuti sekolah berbaki kurang 10 Hari sahaja lagi. Minggu ini aku ambik kesempatan bawa anak-anak shopping keperluan persekolahan untuk sesi 2023 Nanti. Walaupun anak-anak akan Naik darjah pada bulan Mac 2023 Nanti aku decide nak buat persiapan awal untuk Kelengkapan persekolahan Kaisara Dan kaliff...bukan apa sebab dah jadi kebiasaan hujung tahun je mesti beli barang-barang sekolah anak-anak. 

Untuk tahun 2023 kena buat perancangan awal tmbahan pula tahun ini persiapan Raya pun hampir dengan masa anak-anak nak mula sesi Baru persekolahan 2023 risau pula nak kena berbelanja lebih pada bulan 3 nanti .




Promosi Hebat Jualan Kembali Ke Sekolah dah Bermula

Promosi Hebat kembali ke sekolah kembali lagi! Jadi dah alang-alang Pusat PAKAIAN Hari-hari pun dah adakan Jualan Kembali Ke sekolah (BACK TO SCHOOL) aku pun bawa diaorang beli kelengkapan persekolah di situ. Jadi kali ini aku pilih ke Pusat PAKAIAN Hari-hari Cawangan Arau, Perlis. Antraa cawangan lokasi yang terdekat dengan kawasan tempat tinggal aku. Kalau korang nak tahu DEKAt Perlis ini ada Dua cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari satu lagi dekat Kangar. 

Kaliff paling excited bukan main seronok lagi dia... Dua tiga kali asyik Tanya betul ke mama nak beli barang sekolah Baru. Iyelah dh nak habis tahun kasut sekolah pun makin pudar Dan kecil. Seronok lah dia dapat kasut sekolah Baru Nanti ..Baju sekolah Baru ..beg sekolah Baru hehehe 😃

Hasil berbelanja di Pusat Pakaian Hari-Hari..
alhamdulillah selesai juga untuk persiapan sekolah kaisara & kaliff

Pusat Pakaian Hari-Hari Ibarat "ONE STOP CENTER"

Sebenarnya setiap tahun aku memang memilih untuk membeli di Pusat PAKAIAN Hari-hari. Bagi aku ianya IBARAT "ONE STOP CENTER" semua keperluan persekolahan ada di jual di sini! Sangat Mudah dan menjimatkan masa tak perlu ke Kedai lain dah! Nak Cari Baju sekolah, kasut sekolah, tudung sekolah, alat tulis, beg sekolah, stoking, botol air, tracksuit dan lain-lain keperluan sekolah ada di jual di Pusat PAKAIAN Hari-Hari. 

Satu lagi yang bestnya di Pusat Pakaian Hari-Hari kualiti Kain dia bagus . Jahitan Kemas dan kain sejuk je bila pakai. Ada pilihan jenama juga macam contoh Baju sekolah ada Jenama Jony&jeny dan No Problem. Dua-dua punya material yang bagus. 

KUALITI BAGUS & HARGA BERPATUTAN





Harga yang di tawarkan juga sangat berpatutan dan sesuai untuk semua golong. Harga mampu milik Dan di tambah dengan fokusnya untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana macam aku ini. Pusat Pakaian Hari-Hari pastu menjadi pilihan utama kami. Tambah seronok pula bila adanya Promosi Back to School pasti lagi murahh weh!

Okay korang nak tengok tak apa yang aku beli dekat sini. Inilah Antara barang-barang yang aku beli untuk kaisara Dan kaliff di Pusat Pakaian Hari-Hari. 







KEMAS DAN TERATUR 

Pusat Pakaian Hari-Hari ini barang-barang pun tersusun Kemas dan rapi. Mempunyai ruang yang luas dan selesa bila bawa anak-anak. Masa aku pergi pun time ini ada je 3 ke 4 parents yang bawa ank2 shopping di sini. 

Lagi satu layanan dari jurujual pun first class gitew bagi akulah... Sebab korang boleh je minta diaorang bantu untuk Cari satu persatu saiz Baju/kasut anak-anak bagi cepat...alhamdulillah sangat membantu. Memang best shopping di Pusat Pakaian Hari-Hari 👍😃








So, korang jangan lepaskan peluang dapatkan keperluan persekolahan untuk anak-anak di Pusat Pakaian Hari-Hari berhampiran lokasi ANDA.  Beli awal Tak kalut ! 😁

Jadilah pembeli yang bijak! 

Korang Jangan lepaskan peluang juga dapatkan KALENDER 2023 PERCUMA Dengan setiap pembelian melebihi RM30 dan ke atas dalam satu resit pembelian! 

Dapatkan 10% diskaun dengan setiap pembelian di online store juga . 

Kami dah settle shopping barang sekolah ✅

Marilah Pergi Hari-Hari!

95 Hari-Hari seluruh Malaysia: www.hari.com.my/locator

Hari-Hari Online Store: http://ehari.com.my 

Hari-HariShopee: http://shopee.com.my/harihari_ 

Hari-HariLazada: https://lazada.com.my/shop/hari-hari

#KBBA9xHariHari

#PusatPakaianHariHari

#MarilahPergiHariHari 

#KBBA9

#hariharisekolah

#backtoschool

#bajusekolah #kelengkapanSekolah 

#ehari #bajusekolahOnline

#ParentingBlogger





You Might Also Like

6 pesanan ditinggalkan

  1. Suka dengan kualiti baju dari Hari-Hari. Cadang nak beli tahun depan

    ReplyDelete
  2. Ok dah siap untuk persiapan untuk anak2, muka happy semua dapat pakai yang baru

    ReplyDelete
  3. Ok juga beli barang kelengkapan awal-awal ni. Takdalah stress dengan ramai orang

    ReplyDelete
  4. wahhh dah siap shopping dia,kita dok tunggu ayahnya free nak pegi cari jugak

    ReplyDelete
  5. tahun depan anak yanie dah masuk tadika 5tahun. boleh lah cari baju dan keperluan sekolah dia dekat Hari-Hari.

    ReplyDelete
  6. Tak sabar nak shopping baju anak esok... Nak pergi Hari2 juga...

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^