Logo KBBA

KEMPEN BULAN TAKSIR ZAKAT

July 08, 2022

 Selamat Pagi!

        Assalamualaikum... korang dah taksir zakat? TAHUKAH korang? Lembaga Zakat Selangor sekarang sedang mengadakan kempen Bulan Taksir Zakat (BTS) bermula 15 Jun sehingga 31 julai setiap tahun. Umat Islam di negeri ini diseru memahami lebih jelas tentang kewajiban menunaikan zakat dan mengetahui sendiri kaedah taksiran bagi mengira sendiri jumlah yang perlu dilunaskan. 

        kempen Bulan Taksir Zakat (BTZ) sebagai usaha untuk membantu pembayar zakat  memahami kaedah dan membuat taksiran dengan lebih tepat. Taksiran zakat tersebut bukan terhad kepada zakat harta tetapi zakat-zakat lain juga

        Zakat adalah Fardhu Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib. pembayar zakat kini boleh membuat taksiran sendiri menerusi laman sesawang jom.zakatselangor.com.my bagi mengenalpasti jumlah bayaran yang perlu ditunaikan. Pengguna hanya perlu mengisi maklumat diperlukan dan mendapatkan jumlah bayaran pelbagai zakat khususnya harta.

Pengertian ZAKAT

Pengertian Zakat dari segi Bahasa 

Merupakan kata terbitan dari kalimah ( زَكَى ) bermaksud suci dan subur, termasuklah bersih, berkat, berkembang, dan baik kepada harta zakat, pembayar zakat, dan penerima zakat.

Dari Segi Syarak ZAKAT

Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.


KEMPEN BULAN TAKSIR ZAKAT

   Sempena Kempen Bulan Taksir Zakat, Lembaga Zakat Selangor mengajak orang ramai untuk taksir zakat dan tebus Baucer  yang bermula pada 15 Jun hingga 31 Julai itu sebagai inisiatif untuk membudayakan taksiran zakat seiring dengan jumlah harta yang dimiliki supaya ibadah itu dilakukan dengan sempurna.

    Pembayar perlu memasukkan maklumat diperlukan menerusi laman jom.zakatselangor.com.my dan seterusnya pembayar zakat boleh membuat bayaran zakat secara ansuran bulanan dan ia secara langsung tidak membebankan pembayar zakat.

    LZS turut memperkenalkan kaedah pembayaran zakat secara ansuran melalui perkhidmatan debit terus daripada akaun pembayar supaya tidak membebankan mereka.

Jom Taksir Zakat: Sempurnakan Zakatmu 


Jom Taksir Zakat: Sempurnakan Zakatmu dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor bermula 15 Jun sehingga 15 Jualai 2022 bersempena dengan bulan Taksir Zakat. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali warga kerja LZS.


Sepanjang tempoh ini, mereka yang berjaya membuat taksiran berpeluang untuk menebus baucar KFC di cawangan-cawangan LZS selagi stok masih ada. Haaa..korang cepat-cepat lah ! buat Taksiran Zakat anda sekarang!

Bagi mereka yang membayar zakat selepas membuat taksiran pula berpeluang untuk memenangi pelbagai haidah menarik yang lain juga seperti sebuah motosikal Yamaha Lagenda 115Z FI atau hadiah-hadiah lain seperti Nintendo Switch OLED, Garmin Smart Watch dan 10 buah Galaxy Tab A8.

Bagi menyertai Cabutan Pemenang Kempen Jom Taksir Zakat pula, cara yang sama seperti untuk menebus baucar KFC tetapi peserta hanya perlu membuat bayaran zakat harta di mana-mana saluran bayaran yang disediakan oleh LZS termasuk ejen-ejen LZS yang bertauliah.

Download Apps Zakat Selangor

👉Untuk menebus Baucar KFC, anda hanya perlu layari http://jom.zakatselangor.com.my atau muat turun aplikasi mudah alih ZakatSelangor di Play Store atau App Store, 

👉Daftar dan log masuk. 

👉Kemudian gunakan fungsi "Taksir" dan buat taksiran jenis-jenis zakat harta.

👉Akhir sekali "Simpan Taksir Zakat". Kemudian Screenshot taksir zakat tersebut dan tunjukkan di mana-mana Cawangan LZS berdekatan.

Jom Daftar EZO SEKARANG! 



Kelebihan Akaun EZO

✅Memudahkan pengeluar mendapatkan Resit Bayaran Zakat.

✅ Memudahkan pembayaran zakat

✅ Info terkini mengenai kempen, dan aktiviti LZS

✅Menyemak status permohonan Bantuan agihan

Kalau buat bayaran secara ONLNE , pembayar akan lebih mudah untu melihat transaksi pembayaran sebelum-sebelumnya..Dengan Erti kata lain segala rekod pembayaran akan di paparkan & mudah untuk korang membuat semakan sekiranya ada baki tertunggak yang belum di jelaskan. Pakai online lagi mudah kan! 

Apps Zakat Selangor

Pengagihan Zakat

Mesti ramai yang tertanya bagaimana Pusat Zakat menyalurkan Bantuan? Ke Mana Bantuan di agihkan?

Kalau korang nak tahu, antara jenis agihan Zakat yang Disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor ialah: 

1. Asnaf Fakir Dan Miskin
2. Asnaf Muallah
3. Asnaf Fisabilillah
4. Asnaf Gharimin
5. Asnaf Ibni Sabil

Korang Tak perlu risau, agihan yang di buat mestilah pada yang layak. Segala permohonan Zakat akan dinilai melalui tapisan haddul kifayah terlebih dahulu sebelum di luluskan. LZS sangat menitikberatkan part agihan Zakat ini. 

Facebook : Lembaga Zakat Selangor 
No tel : 1-300-88-4343

You Might Also Like

0 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^