Selamat Pagi!
Assalamualaikum... korang dah taksir zakat? TAHUKAH korang? Lembaga Zakat Selangor sekarang sedang mengadakan kempen Bulan Taksir Zakat (BTS) bermula 15 Jun sehingga 31 julai setiap tahun. Umat Islam di negeri ini diseru memahami lebih jelas tentang kewajiban menunaikan zakat dan mengetahui sendiri kaedah taksiran bagi mengira sendiri jumlah yang perlu dilunaskan.
kempen Bulan Taksir Zakat (BTZ) sebagai usaha untuk membantu pembayar zakat memahami kaedah dan membuat taksiran dengan lebih tepat. Taksiran zakat tersebut bukan terhad kepada zakat harta tetapi zakat-zakat lain juga
Zakat adalah Fardhu Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib. pembayar zakat kini boleh membuat taksiran sendiri menerusi laman sesawang jom.zakatselangor.com.my bagi mengenalpasti jumlah bayaran yang perlu ditunaikan. Pengguna hanya perlu mengisi maklumat diperlukan dan mendapatkan jumlah bayaran pelbagai zakat khususnya harta.
Pengertian ZAKAT
Pengertian Zakat dari segi Bahasa
Merupakan kata terbitan dari kalimah ( زَكَى ) bermaksud suci dan subur, termasuklah bersih, berkat, berkembang, dan baik kepada harta zakat, pembayar zakat, dan penerima zakat.
Dari Segi Syarak ZAKAT
Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.
KEMPEN BULAN TAKSIR ZAKAT
Sempena Kempen Bulan Taksir Zakat, Lembaga Zakat Selangor mengajak orang ramai untuk taksir zakat dan tebus Baucer yang bermula pada 15 Jun hingga 31 Julai itu sebagai inisiatif untuk membudayakan taksiran zakat seiring dengan jumlah harta yang dimiliki supaya ibadah itu dilakukan dengan sempurna.
Pembayar perlu memasukkan maklumat diperlukan menerusi laman jom.zakatselangor.com.my dan seterusnya pembayar zakat boleh membuat bayaran zakat secara ansuran bulanan dan ia secara langsung tidak membebankan pembayar zakat.
LZS turut memperkenalkan kaedah pembayaran zakat secara ansuran melalui perkhidmatan debit terus daripada akaun pembayar supaya tidak membebankan mereka.
Jom Taksir Zakat: Sempurnakan Zakatmu
Jom Taksir Zakat: Sempurnakan Zakatmu dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor bermula 15 Jun sehingga 15 Jualai 2022 bersempena dengan bulan Taksir Zakat. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali warga kerja LZS.
Apps Zakat Selangor |