Logo KBBA

Bantuan Keluarga Malaysia 2022

January 16, 2022

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Korang dah mohon ke Bantuan Keluarga Malaysia? nahh sini aku nak share sedikit iNfo berkaitan Bantuan Keluarga Malaysia. 


BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) 2022


1. Apakah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?

BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang

memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

2. Siapakah yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?


Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

i. Isi Rumah

a) Kahwin; atau

b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati

syarat; dan

c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.


ii. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai

anak yang menepati syarat; dan

b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan

c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.


iii. Bujang

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai

anak yang menepati syarat; dan

b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan

c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah


👉Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak

lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk

diverifikasi kelayakan.


👉 Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia

ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan

maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan


👉 Pengemaskinian maklumat / permohonan baharu BKM boleh dibuat mulai

1 Januari 2022 - 31 Januari 2022 (1 bulan). Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke

semasa.


👉 Untuk Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia Klik sini https://bkm.hasil.gov.my/


You Might Also Like

1 pesanan ditinggalkan

  1. moga bantuan sampai kepada mereka yang layak dan memerlukan

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^