Logo KBBA

Pembayaran Zakat Menggunakan Kad Debit lebih Cepat dan Mudah

December 08, 2021


            Selamat Pagi, Alhamdulillah kita kini dah pun memasuki penghujung tahun 2021, Sudahkah anda membayar zakat? Zakat adalah tanggungjawab wajib yang perlu kita laksanakan. Zakat bermaksud suci, subur dan berkembang. Tetapi makna yang sering digunakan bagi perkataan ini lebih merujuk kepada pengeluaran sejumlah harta tertentu. Walaupun kita lebih terdedah dengan Pembayaran Zakat Fitrah ketika di bulan Ramadhan tetapi ada lagi pecahan zakat yang perlu kita ketahui dan tunaikan sebagai Orang Islam. 

Zakat lain antaranya adalah seperti Zakat Pendapatan,  Zakat harta, baik dari hasil perniagaan mahupun pertanian. Jika korang ada pekerjaan , perniagaan, harta benda seperti emas , wang simpanan, KWSP dan pelaburan , maka wajiblah membuat tafsiran...dan membayar zakat. sebagai seorang Islam yang telah mencukupi syaratnya maka wajiblah kita menunaikan Zakat. Membayar zakat mampu membantu golongan yang memerlukan. 

Tetapi korang perlu tahu Zakat dan sedekah itu tidak sama...Walaupun pemberian dari harta yang kita miliki kerana sedekah boleh di berikan pada bila-bila masa dan kepada sesiapa sahaja manakala Zakat ada waktu, jumlah dan golongan tertentu sahaja yang berhak menerimanya. 

Maklumat lanjut : Lembaga Zakat Selangor 


Lembaga Zakat Selangor

Lembaga Zakat Selangor (MAIS) yang ditubuhkan 20 tahun lalu menjadi institusi zakat yang terus komited menguruskan dan memanfaatkan potensi kutipan zakat. Hari ini, LZS (MAIS) berdiri menjadi institusi zakat yang berwawasan dan mengamalkan pengurusan terbaik dalam menjana dan memartabatkan kecemerlangan bukan sahaja asnaf malahan ummah secara keseluruhannya.

Lembaga Zakat Selangor (MAIS) yang ditubuhkan 20 tahun lalu, begitu sinonim dengan pengurusan zakat di Negeri Selangor. Sebagai institusi zakat yang memegang amanah, LZS (MAIS) terus komited menguruskan dan memanfaatkan potensi kutipan zakat serta memastikan pengagihan zakat yang dilaksanakan efisien, efektif dan berkesan selaras dengan tuntutan syarak.

Bagi memudahkan orang ramai kini pembayaran zakat juga boleh di buat secara online. selain ke kaunter Pusat Pungutan Zakat. 


  

CARA PEMBAYARAN ZAKAT

Di lembaga zakat Selangor terdapat beberapa kaedah pembayaran Zakat yang boleh di buat. Antaranya ialah :

  1. eZakat Pay
  2. Perbankan Internet
  3. Cawngan LZS
  4. Pejabat Pos
  5. Kaunter Bank
  6. Kad Kredit/ Kad Debit
  7. Skim Berkat (skim potongan gaji)
  8. SMS
  9. Perbankan Telefon
  10. Mesin ATM
  11. Ejen Zakat Selangor
Bayar Zakat Guna Kad Debit lebih mudah dan cepat!


Untuk Makluman semua, Kad debit juga boleh digunapakai di semua kaunter LZS. Semua kad debit bank-bank tempatan dan Bank Al-Rajhi dengan mengenalpasti kad tersebut mempunyai logo MEPS BANKCARD dan microcip.

Dengan kata yang mudah, semua jenis kad debit boleh di gunapakai untuk pembayaran zakat di kaunter-kaunter yang di sediakan oleh LZS. Mudahkan! Cashless..Tak perlu ada tunai di tangan pun boleh laksanakan kewajipan Kita. Lebih cepat dan mudah! 

Makluman kepada korang yang hendak datang ke cawangan LZS untuk membayar zakat, bermula 1 Disember 2021, urusan perkhidmatan di semua cawangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan dibuka 7 HARI SEMINGGU sepanjang bulan Disember 2021.

Waktu Operasi LZS adalah seperti berikut:

• 1hb - 28hb Disember (setiap hari termasuk cuti umum) : 9.30 PAGI - 3.30 PETANG

• 28hb Disember - 31hb Disember (Rabu-Jumaat) : 9.30 PAGI - 8.00 MALAM.

• Cawangan UTC Shah Alam (Isnin-Ahad) : 9.30 PAGI - 3.30 PETANG, manakala pada CUTI UMUM DITUTUP.


Maklumat lanjut : Lembaga Zakat Selangor 



Hikmah Membayar Zakat

Setiap amalan yang dilakukan selalu memiliki manfaat dan hikmahnya,  Berikut adalah hikmah membayar zakat di antaranya:

1. Menyempurnakan Iman

Sempurnanya iman seorang muslim juga terlihat dari bagaimana ia beramal. Ketika berzakat, iman kamu sebagai muslim akan lebih sempurna karena kamu tak lagi egois dan hanya mementingkan diri sendiri. Tetapi juga memikirkan kepentingan orang lain.

2. Menghapus Prasangka Buruk dan Sifat Iri Hati

Tidak ada penyakit yang lebih berbahaya daripada penyakit hati, termasuk iri hati dan prasangka buruk. Inilah hikmah membayar zakat berikutnya, menghapus semua penyakit hati yang boleh saja hadir dalam diri kita.

3. Bukti Taat dan Beriman kepada Allah SWT

Duniawi, termasuk harta, terkadang membuat manusia terlena, terlebih jika berlimpah jumlahnya. Padahal, semua hanya sementara, ketaatan dan keimananlah yang lebih utama. Melalui zakat, kamu boleh melepasnya dan merasakan hati yang lebih lega, karana zakat memang menjadi bukti kecintaan, keimanan, dan ketaatan seorang muslim pada Allah SWT.

4. Menyucikan Harta, Menjadi Ladang Pahala

Amal soleh tidak akan pernah putus pahalanya, termasuk jika kita berzakat dan bersedekah pada sesama. Bahkan, harta yang kita miliki menjadi lebih berkah dan halal, serta dilipat gandakan oleh Allah SWT sebagai penggantinya.

5. Jalan Menuju Surga

Ada banyak sekali jalan terbuka menuju syurga, salah satunya melalui amalan dan zakat. Seperti dikatakan oleh Rasulullah SAW dan diriwayatkan oleh Tirmidzi, “Syurga adalah untuk mereka yang bertutur halus, menyebarkan salam Islam, memberi makan orang dan bermalam dengan selalu memanjatkan doa secara sukarela ketika orang lain sedang terlelap.”


Peraduan Jom Tunai Zakat : Menang & Kongsi

Hari ini aku nak kongsi juga "Peraduan Jom Tunai Zakat : Menang & Kongsi" anjuran Lembaga Zakat Selangor.


  • Terbuka kepada semua KECUALI warga kerja LZS.
  • Untuk menyertainya, peserta hendaklah mematuhi peraturan berikut:
  • Peserta perlu membuat bayaran zakat harta di mana-mana saluran bayaran yang disediakan oleh LZS termasuk ejen-ejen LZS yang bertauliah.
  • Peserta perlu imbas kod QR untuk mengisi borang sebagai bukti dan komitmen penyertaan.
  • Tiada had minimum bayaran zakat yang ditunaikan.
  • Setiap peserta berhak untuk satu cabutan.
  • Pemenang akan menyumbangkan 50% daripada nilai hadiah yang diterima kepada asnaf yang berhak dan ditentukan oleh LZS sendiri.

Link lanjut klik : SINI 


You Might Also Like

0 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^