Logo KBBA

5 Tips Menjaga Kesihatan Mata Anak Semasa Penggunaan Gajet

December 05, 2021

    

 Hi semua, Mata adalah anugerah yang sangat bernilai. Bagaimanakah cara anda menjaga mata? Lately ini aku mula perasaan anak-anak remaja bahkan yang seawal usia 7 tahun pun dah menghadapi masalah mata terutamnya rabun. Umumnya pasti mengetahui Mata kanak-kanak kini lebih mudah terjejas akibat penggunaan gajet tanpa henti . Aku sendiri pun bimbang dengan penggunaan gajet yang terlalu kerap bagi kanak-kanak tetapi pembelajaran masa kini dengan PKP yang lalu membuatkan anak-anak aku sendiri pun terpaksa menghadap komputer, laptop dan handphone lebih 5 jam sehari kerana mengikuti kelas PDPR secara Online.

    Hari ini aku nak share info yang aku perolehi semasa mengikuti seminar "Bagaimana Nak Jaga Mata Anak Tanpa Meninggalkan Pengunaan Gajet' yang disampaikan oleh Dr Mohd Hafidz bin Ithnin, seorang Pembantu Professor di Jabatan Optometri dan Sains Visual Kuliyyah Sains Kesihatan Bersekutu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, merangkap Konsultant Optometri di Optom Eyecare.

Menurut Dr. Mohd Hafidz, statistik menunjukkan kadar penggunaan Gajet adalah 100% termasuk kanak-kanak. Penggunaan gajet lebih lama digunakan pada hujung minggu iaitu melebihi 3jam sehari sebanyak 62.1%. 

Kesan Penggunaan Gajet Pada Mata Anak

Penggunaan gajet yang lama memang akan memberi kesan kepada kesihatan mata. sebagai ibu bapa perlulah menghadkan penggunaan gajet bagi mengelakkan mata anak cepat rabun atau menghadapi gangguan saraf mata. Berikut adalah kesan penggunaan gajet pada mata.  

1. Peningkatan Power Spek Mata

2. Otot Fokus Mata tidak Stabil

3. Mata cepat penat dan Kering

4. Juling Pada Usia Muda

5. Susah Nak Tidur ( imsomnia )


Bagaimana nak jaga Mata Tanpa Meninggalkan Penggunaan Gadjet?

Realitinya hari ini gajet dah jadi satu keperluan untuk berhubung , melakukan kerja dan belajar. Bukan orang dewasa sahaja yang akan alami masalah mata akibat penggunaan gajet. Kanak-kanak juga turut terkesan. Jadi "Bagaimana kita nak jaga mata anak-anak supaya kekal sihat?"... 

Jom Baca 5 Tips Menjaga Kesihatan Mata Anak semasa penggunaan gajet di bawah ini:

1. Berehat sebentar dan sambung semula penggunaan gajet.


Penggunaan gajet yang terlalu lama akan mengakibatkan mata letih dan hilang fokus. Boleh minta anak-anak berhenti sebentar dan sambung semula supaya dapat alihkan perhatian mata pada benda lain. ianya sangat membantu. sekurang-kurangnya sejam sekali rehat sekejap..alihkan perhatian dari gajet tersebut supaya mata dapat rehat sekejap. 

2. Melakukan aktiviti luar rumah ( outdoor aktiviti ) 


kanak-kanak yang habiskan masa dengan aktiviti luar mempunyai  kesihatan mata yang lebih baik berbanding yang fokus dengan gajet. Jadi sebagai ibu bapa kita boleh memperbanyakkan aktiviti anak-anak di luar rumah seperti jogging, cycling, dan lain-lain outdoor yang menarik untuk anak-anak.

3. Gunakan Kanta Khas untuk Penggunaan Gajet



Ibu bapa yang nak benarkan anak bermain gajet, juga boleh sediakan kanta mata khas untuk anak-anak kanta seperti ini ada di pasaran ianya boleh melindungi mata anak-anak...kanta ini khas tidak sama seperti "spek mata" yang bagi anak-anak yang rabun..Kanta khas boleh membantu mata anak-anak terlindungi dari cahaya yang boleh merosakkan saraf mata. 

4. Penggunaan Kanta Penapis Berwarna Biru


Tambahan penggunaan kanta penapis  bewarna biru pada kanta khas penggunaan gajet. tambahan warna biru ini supaya anak kita tidak menghadapi masalah untuk tidur selapas banyak melihat gajet pada waktu malam.


5. Beri ganjaran kepada anak-anak



Berikan Ganjaran untuk elakkan anak menggunakan gajet yang banyak. kanak-kanak lebih  tertarik dengan insentif/ganjaran yang boleh ibu bapa berikan. Contoh ajak anak keluar berjalan di taman permainan ianya juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

KIDDOS EYECARE at Optom Eyecare

Optom Eyecare Bangi akan mengadakan "kiddos Eyecare" iaitu Perkhidmatan Rawatan Khas Mata untuk kanak-kanak. kiddos Eyecare akan akan bermula pada 11 Disember 2021. Jika ada ibubapa yang hendak mendapatkan nasihat dan rawatan mata untuk anak-anak bolehlah BERKUNJUNG ke OPTOM EYECARE BANGI. 




Untuk tempahan slot bersama Dr. Mohd Hafiz bin Ithnin boleh Whatsapps Number di bawah !!

Info lebih lanjut boleh juga didapati di laman web Optom Eyecare ini. http://optom.com.my

OPTOM Eyecare Bangi

Alamat : No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8, 

Bandar Baru Bangi,

43650 Bangi, Selangor 

(Berdekatan Marrybrown)

Waktu Operasi : 9.00 am - 8.00pm (Setiap Hari)

IG : Optom Eyecare

FB : Optom Eyecare

Whatsapp : wasap.my/601111479093

You Might Also Like

2 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^