STAYCATION DI ORANG ORANG VILLAGE (OOV), KABIN STAY PERTAMA DI PERLIS
November 12, 2021Hari ini aku nak share staycation pertama kami sekeluarga selepas Kebenaran merentas negeri di benarkan. Aku nak #THROWBACK aje..sebab asyik lupa nak siapkan entry ini. Mana tau ada yang nak bercuti di Perlis jenjalan Padang besar nanti boleh lah pilih #kabinstay ini...
Actually dah sebulan kami booking tempat ini... bulan septeber yang lalu dan kami pilih 15 Oktober 2021. Lokasinya cuma di kampung Alor Redis, Perlis. kami mulakan percutian pertama dengan tempat paling dekat dahulu hehehe ( mmg dekat sangat dengan rumah hihi)
Orang-orang village merupakan Kabin Stay Pertama di Negeri Perlis. Terdapat 3 kabin di Orang orang village. Muat-muat lah kami 3 keluarga. Family ayah aku, family aku dan adik aku... Kecik je tempat ini tapi rasa heaven dan best sangat sebab kami Booking ketiga-tiga kabin jadi Kawasan Kolam renang tak perlu berkongsi dengan pelanggan lain hahaha...Kolam itu kami yang punya gituu!
Aktiviti yang boleh buat di situ memang plan nak mandi-manda di kolam sahaja. Nak gembirakan anak-anak yang dah lama terperap dekat rumah sepanjang PKP 2.0 & PKP 3.0 tuhh...aje... Kesian kebosanan. So, kita happy-happy di situ. Tapi bertambah-tambah pula plan last minit. Nak sambut Birthday boy anak adik & BBQ dinner di situ. Kira aktiviti full sepanjang 2hari 1malam di situ.
3 pesanan ditinggalkan
wah best nya ni. happening ja tempat tu ^_^
ReplyDeleteberapa harga satu cabin
ReplyDelete110 semalam
Deletetinggalkan komen anda di sini ^O^