Logo KBBA

Diffenz Junior Perlindungan Terbaik Untuk Kanak-Kanak 2 Tahun Keatas

November 21, 2021

Hai korang. Ramai ke yang dah pergi bercuti selepas kebenaran merentas negeri di benarkan? Aku pasti ramai yang ambil peluang kebenaran rentas negeri ni untuk pulang ke kampung, bercuti bersama keluarga dan hadiri kenduri kendara. Walau pun kita sekarang ni dah bebas ke mana-mana tanpa sebarang sekatan, namun jangan lupa ya SOP tetap kena jaga tak kira di mana pun kita berada. Ini berikutan kes jangkitan harian covid-19 juga masih lagi tinggi dan tak ada tanda-tanda menurun.

 

Actually, kali ni aku nak kongsikan kepada korang semua produk suplemen tambahan yang boleh memberikan perlindungan kepada kanak-kanak bermula umur 2 tahun hingga 12 tahun. Seperti yang kita semua tahu, kanak-kanak berumur 12 tahun amat mudah terdedah dengan jangkitan dan kita masih lagi belum menang melawan covid-19. Jadi aku tahu ramai ibu bapa diluar sana yang bimbang dengan keselamatan anak masing-masing lebih-lebih lagi sekarang ni sekolah dah buka dan kini proses pembelajaran dibuat secara bersemuka antara pelajar dengan cikgu.


Individu dewasa dan remaja berumur 12 tahun ke atas ramai yang dah terima vaksin tapi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah ni masih belum layak untuk terima vaksin. Kerajaan pun masih lagi mengkaji sama ada mereka perlu ambil vaksin atau pun tidak.

Apakah persediaan kita sebagai ibu bapa untuk pastikan keselamatan anak-anak terhindar daripada jangkitan kuman dan virus? Ha… Korang boleh cuba Eskayvie Diffenz Junior untuk berikan perlindungan yang terbaik untuk anak-anak korang.

 




Eskayvie Diffenz Junior ni dirumus khas untuk tingkatkan sistem imun badan untuk kanak-kanak berumur 2 tahun hingga 12 tahun. Jadi korang tidak perlu risau untuk berikan Diffenz Junior kepada anak-anak. Diffenz Junior dihasilkan oleh Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, seorang doktor perubatan yang memastikan setiap bahan dan sukatan yang digunakan adalah bersesuaian mengikut keperluan individu.

 

Pengenalan tentang Diffenz Junior oleh Dr Syid


Kandungan Diffenz Junior ni juga memang bagus untuk beri perlindungan kepada anak-anak. Bahan untuk Diffenz Junior ni ada Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-Camu, Kolostrum, Multivitamin & Mineral, Vitamin C dan Vitamin D yang boleh meningkatkan sistem imun badan, melindungi paru-paru, melawan keradangan, melawan kuman dan bakteria, mengandungi antioksidan yang kuat dan tinggi, meningkatkan penyerapan zat besi, membantu tumberasan anak-anak dan macam-macam lagi.

 


Banyak kajian yang telah membuktikan bahan-bahan di dalam Diffenz Junior mampu membantu meningkatkan sistem imun, melindungi daripada jangkitan penyakit dan menyokong tumbesaran yang sihat untuk kanak-kanak berumur 2 tahun hingga 12 tahun.

 

Khasiat Cendawan Susu Harimau


                         


Bayangkan betapa hebatnya ciptaan Yang Maha Kuasa. Sejenis tumbuhan semulajadi yang hanya boleh didapati di lantai hutan rupanya menjadi khazanah berharga. Namun siapa yang mampu masuk jauh ke dalam hutan untuk semata-mata mencari cendawan yang tumbuh daripada titisan susu harimau? Di sini lah peranan saintis bagi memudahkan manusia mendapat khasiat daripada nutrisi anugerah Ilahi dengan cara mengekstrak bahan berharga dan kaya khasiat tersebut seterusnya menyediakannya dalam bentuk yang lebih mudah diamalkan dengan hanya dalam satu tablet. 

 

Kolostrum

 



Siapa sangka khasiat cecair melekit berwarna kuning pada susu awal ibu kaya dengan kolostrum yang mempunyai banyak khasiat sehingga digelar susu emas. Namun, ia hanya bertahan sekitar tiga hari selepas kelahiran bayi.

Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu formula.

Apakah sifat-sifat cecair yang amat istimewa ini? Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibodi. Terdapat juga banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar darah putih oleh sesetengah pakar kanak kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan ia amat kaya dengan vitamin A.

Sewajarnya setiap ibu haruslah memberikan bayi mereka kolostrum yang sangat berkhasiat itu demi kesihatan dan pertumbuhan anak yang tercinta. Di sini lah saintis turut memainkan peranan dalam memudahkan para ibu untuk terus memberi khasiat kolostrum kepada anak-anak melalui nutrisi kolostrum dari susu lembu. Ia bukan hanya mempunyai khasiat hampir sama seperti susu ibu, malah disediakan dalam bentuk yang lebih mudah.

 

Kita Ikhtiar Beri Perlindungan Terbaik Untuk Anak-Anak

Dalam Al-Quran dan Hadis juga ada menyebut kita perlu ikhtiar untuk cari penawar kepada penyakit kerana kuman dan virus itu juga merupakan makhluk Allah dan penyakit itu adalah dengan izin Allah. Maka dengan itu yakinlah setiap penyakit itu ada penawarnya.

 

QS. An-Nahl Ayat 69

ثُمَّ كُلِيْ مِنْ كُلِّ الثَّمَرٰتِ فَاسْلُكِيْ سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًاۗ يَخْرُجُ مِنْ بُطُوْنِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ اَلْوَانُهٗ ۖفِيْهِ شِفَاۤءٌ لِّلنَّاسِۗ اِنَّ فِيْ ذٰلِكَ لَاٰيَةً لِّقَوْمٍ يَّتَفَكَّرُوْنَ
69. kemudian makanlah dari segala (macam) buah-buahan lalu tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).” Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berpikir.

 

Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya: 

"Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah

(Riwayat Muslim dan Ahmad)

 

Mengubati penyakit adalah menjadi kewajipan sebagai usaha dan ikhtiar manusia. Setiap satu penyakit bukan saja ada satu malah berkemungkinan mempunyai puluhan ubat. Kajian demi kajian dari semasa ke semasa telah membongkar rahsia alam semulajadi yang memiliki kuasa penyembuhan yang amat bermanfaat. 

 


Korang boleh dapatkan lagi maklumat mengenai Diffenz Junior ni di laman web dan media sosial Eskavyie. Dapatkan Diffenz Junior hari ini untuk perlindungan yang terbaik bagi anak-anak kita. Mencegah lebih baik daripada merawat. Kita Ikhtiar yang terbaik untuk anak-anak kita.

 

Website: 

FB PAGE: Eskayvie Malaysia

INSTAGRAM: Eskayvie Malaysia - 

 

You Might Also Like

3 pesanan ditinggalkan

  1. Wah dah keluar produk khas utk kanak2. Terbaiklah, kandungan bahan pun bagus utk anak-anak.

    ReplyDelete
  2. Dah ada untuk kanak-kanak, bagus. Sebelum ni saya consume yang dewasa punyaa, anak pun turut sama makan yang itu. Sekarang bolehlah beli yg junior ni

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas sharing yg menarik ni. Betul skrg ni dgn mcm2 penyakit kita wajar ikhtiar utk perlindungan anak2 terutamanya. Nasib ada Diffenz Junior ni yg Dr. Syid formulasikan, mmg bagus anak saya pun amalkan.

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^