Logo KBBA

NAK BERCUTI KE MANA? JOM RANCANG PERCUTIAN MENARIK

October 18, 2021

Hai korang, Macam mana dah ada Plan ke Merentas Negeri untuk Bercuti? fuhh alhamdulillah akhirnya sempadan negeri di buka kembali. Dah berbulan lamanya tak Jalan-jalan bersama keluarga. Kalau dapat rancang percutian bersama-sama pun best juga ni. Dah lama pasang niat nak bercuti beramai-ramai bersama keluarga since PKP tak dapat berjumpa..nak juga lepaskan rasa rindu dihati ini..Nak ajak makayah, kaklong, kakngah dan adik-adik join sekali Percutian mesti lagi Heaven!

Tapi yang penting SOP tetap kena jaga tak kira di mana pun kita berada. Selagi kita patuh dan jaga SOP insyallah kita selamat...Aku sebenarnya rindu nak tengok sunset, bau pantai dan dengar bunyi Ombak....Tapi sebelum ke Pantai, Aku plan nak bercuti di Kuala Lumpur terlebih dahulu maybe bulan depan...So, sementara dok rancang percutian ini aku adalah cuba cari maklumat tempat yang menarik untuk aku stay di sana nanti. Macam biasalah sebelum rancang percutian aku akan buat sedikit research tetang tempat yang aku nak pergi dan hotel untuk penginapan kami nanti.

okay sekarang aku rasa macam nak repeat percutian sama macam dua tahun lepas yang mana aku sekeluarga bercuti di Kuala Lumpur dan Port dikcson. Dah alang-alang nak berjalan jauh kita pergi ke dua lokasi sekaligus baru best wehh! berbaloi perjalanan yang jauh dari utara nie hehe. So kali ini aku akan pergi bersama keluarga dan menginap di kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum bergerak ke Port Dickson. 

Rancang Percutian Menarik bersama Keluarga

Aku dah cari Hotel in Kuala Lumpur yang best-best untuk percutian kali ini. Semalam aku ada jumpa something yang menarik dekat website traveloka..ofcoz lah aku mencari info tentang hotel yang menarik di kuala lumpur. Apa yang buat aku tertarik dan rasa WOW harga bilik penginapan yang ditawarkan lebih rendah berbanding website lain...ada promosi. Dah alang-alang aku tengah servey hotel in Kuala Lumpur Jadi aku share dekat korang sekali mana tahu kot korang pun tengah mencarikan. 

Since dulu aku pernah stay dekat hotel ini dan berpuas hati masa menginap disini dulu. Maybe next holiday pun aku akan stay disini juga nanti iaitu WP Hotel Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Medan Tuanku. 

Ni gambar aku masa 3tahun lepas dekat depan WP Hotel kuala Lumpur

WP HOTEL KUALA LUMPUR

Aku pernah menginap dekat sini 3 tahun lepas. Memang lokasi yang startegik kalau nak berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur. Boleh sahaja berjalan kaki ke sekitar kawasan hotel. Hotel ini terlekat berdekatan dengan kawasan tumpuan ramai. Sangat sesuai untuk menginap di sini. Stesen monorel pun dekat sahaja, tempat makan pun banyak pilihan dan berhampiran lokasi membeli belah SOGO. Hotel ini pun bersih, pemandangan malam yang cantik di tengah-tengah bandar dan bilik yang luas serta selesa.  Kemudahan yang di sediakan di hotel ini pun lengkap dan paling best ada Kolam mandi di tingkat atas hotel. Dekat bawah ini aku share details WP Hotel.





Menarik kan? Jadi kalau nak bercuti di Kuala Lumpur boleh la pilih untuk menginap di WP Hotel Kuala Lumpur. Untuk Family Room pun harga masihh berbaloi kan Harga bawah RM250! aduhh tak sabarnya nak bercuti...

Seterusnya aku nak share satu lagi Penginapan yang Super Best di Port Dikson pula iaitu Avillion Port Dickson. Kenapa aku kata best? Jom baca dekat bawah ni.


Avillion Port Dickson

Avillion Port Dickson terletak hanya kira-kira sejam setengah pemanduan dari Kuala Lumpur. Haaa dekat je kan kalau nak ke sini nanti selepas menginap di Kuala Lumpur. Rindu nak bercuti dekat port Dickson juga. Nak tengok sunset, nak bau Pantai...Jadi, nanti aku nak stay dekat Avillion Port Dickson weh hihi... Tengok macam Best jer tempat ini. tadi masa search cari hotel nampak lah suggest ke Avillion Port Dickson. Avillion Port Dickson adalah sebuah resort pantai dengan seluas 23 ekar dan menghadap Selat Melaka. Avillion Port Dickson direka dengan seni bina sebuah perkampungan nelayan Melayu, resort ini menggabungkan budaya tradisional dengan kemewahan kontempori..Unik kan? Sebab itu percutian kali ini aku pilih Avillion Port Dickson.

Banyak akiviti boleh buat dekat sini, bukan sahaja untuk dewasa tetapi untuk kanak-kanak pun ada...sesuailah kalau datang seisi keluarga. Avillion Port dickson mempunyai 3 jenis bilik dekat sini Chalet, Villa dan By The beach. Ada pilihan bilik menghadap taman, dan ada juga pilihan menghadap laut yang luas terbentang..Tapi yang paling menjadi pilihan Water Chalet.

Pantai Port Dickson

kalau stay sini 3hari 2malam pun pasti tak bosan. Antara aktiviti menarik yang ada di sini Kolam Mandi, Spa, Kid's spa, kid's cabin, Pet Farm, Private Beach dan memancing serta ada Outdoor aktiviti juga.

Teruja tak? Nak rasa seronok dan gembira semasa bercuti, benda yang paling utama mestilah Pilihan tempat penginapan. Kalau penginapan Best pasti percutian kita juga Best!

 Selamat bercuti korang...

You Might Also Like

1 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^