Logo KBBA

JARINGAN PRIHATIN B40 : CARA CLAIM TELEPHONE BIMBIT

June 10, 2021

Selamat pagi 

Hari ini aku nak share dengan korang pasal Jaringan PRIHATIN B40 Yang telah kerajaan umumkan. 

APA ITU JARINGAN PRIHATIN B40???

Jaringan PRIHATIN B40 adalah bantuan  perkhidmatan data internet atau pembelian peranti mudah alih bagi penerima Bantuan PRIHATIN Rakyat (BPR).

1. Semua penerima BPR layak !

2. Ada dua katagori -RM180 & RM300

  • RM180 untuk bujang, ibu/ bapa tunggal yang tiada tangungan bawah bpr,pasangan yang tidak ada tangungan.
  • RM300 untuk pasangan yang berkeluarga serta ada anak/ tangungan

3. Sekali tebus je & untuk penerima BPR SAHAJA ! bukan isi rumah.

4. Boleh tebus 1 telco sahaja.Tidak semestinya kena pakai telco tu untuk tebus.

*contoh nak tebus dengan DIGI tak perlu pakai Digi untuk tebus.Semua yang layak boleh tebus !

Ini adalah ringkasan tentang Jaringan PRIHATIN B40 Yang telah di perkenalan Baru-baru ini. Bagi yang berkelayakan boleh lah memohon. Bukan selalu nak dapat free macam ini...hehe. btw aku dah pun REEDEM program Jaringan PRIHATIN ini.

Tarikh Pendaftaran program Jaringan PRIHATIN B40

Tarikh pendaftaran adalah mulai 5 Mei – 31 Julai 2021.

Cara Tebus RM180 / RM300 Program Jaringan Prihatin

Semak kelayakan anda melalui laman rasmi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) iaitu: https://bpr.hasil.gov.my/

Daftar sebagai pelanggan di syarikat komunikasi yang mengambil bahagian (rujuk senarai di bawah)

Tentukan sama ada ingin memilih pakej berikut:

Pembelian peranti baharu

Pembelian pelan data internet bulanan

Selesai! Anda kini boleh menikmati data percuma dengan data tambahan yang ditawarkan!

Cara claim Jaringan PRIHATIN B40 


Ini adalah pengalaman aku sendiri. Aku dah pun settle claim Jaringan PRIHATIN ini pada 25 mei yang lalu. Kena cepat-cepat tau. Kalau lambat takut nt stock telefon yang ditawarkan habis je. 

So, pada yang tertanya-tanya mudah ke nak claim? Jawapannya mudah sahaja. Macam aku Hari tu , aku just WALK IN je ke Kedai telekomunikasi yang menawarkan pakej Jaringan PRIHATIN. Mula-mula korang Semak kelayakan, kalau layak Baru buat pilihan telefon yang berkenan.

Macam aku Hari ITU pergi memang target nak ambik telefon dengan rebet RM300 ITU. Sebab anak aku kaliff sorang je Tak ada telefon lagi. Actually ada je aku pernah beli DEKAt dia tapi dh rosak. Biasalah budak2 dibaling2 gitu je telefon nasib baik beli yang murah je Masa ITU. 

Dipendek kan cerita aku pilih Redmi9A Untuk kaliff dengan pakej line REDONE sebulan RM38 POSTPAID. 30gb internet dan Free call ke semua rangkaian. Detail pakej Redone yang aku pilih seperti di bawah: 

👉Unlimited Data|RM50 / Sebulan

👉33GB|RM38 / Sebulan (aku pilih yang ini)

👉22GB|RM28 / Sebulan


✅Unlimited Data Speed

✅Unlimited Call To All Network

✅Blacklist Diterima

✅Boleh Kekal Nombor Lama

✅Boleh Upgrade Plan

✅Limited Time for Sign Up

✅Terms & Conditions

Untuk aku sesuai je pakej Redone ini. Memandangkan aku beli untuk kaliff je. Supaya memudahkan juga aku nak send kerja sekolah selepas ini sepanjang PDPR bermula kembali Nanti. Sebelum-sebelum ini aku hantar kerja sekolah kaliff DEKAt telefon kaisara je. Almaklumlah aku kan bekerja. Kadang diaorang DEKAt rumah Tak buat apa , jadi senang nak bagi arahan apa-apa bila aku Kat luar. Anak-anak pun dah besar dah kena belajar berdikari. 

Oh ya sebelum terlupa pakej Redone yang kami ambil ini kena bayar pendahulan RM130 dan akan masuk dalam bil katanya rebate RM100 tolak total bil setiap bulan lebih kurang RM16 /bulan selama 6 bulan. Kontrak satu tahun sahaja. Lepas kontrak kot Tak nak pakai redone pun korang boleh tukar je. Proses nak register pun sekejap sahaja lebih kurang 30 minit then settle 🥰...

ITU sahaja perkongsian aku.

Bagi korang yang berkelayakan ambil la peluang program ini. Manfaatkan peluang yang ada. Dan aku rasa sememangnya tujuan asal program ini untuk meningkatkan Penggunaan internet ke seluruh lapisan peringkat Umur, selain memudahkan Proses PDPR anak-anak dirumah sertai dapat membantu golongan b40 yang kurang berkemapuan untuk memiliki telefon BIMBIt Baru...

Sekian ini adalah perkongsian pengalaman dan pandangan aku sahaja ✌️ #staysafe  

You Might Also Like

4 pesanan ditinggalkan

  1. Terima kasih atas perkongsian yg bermanfaat . Boleh tebus fone untuk mak nannti

    ReplyDelete
  2. bujang rebet 180 je haha rasa tak berbaloi pulak 😅

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing this info, bagus dan sangat menbantu.

    ReplyDelete
  4. Alamak baru tau🥲 hmm tq

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^