5 Pilihan Restoran Makanan Barat Terbaik di KL, Mengikut Pendapat Ramai
June 19, 2021Hai semua, salam hujung minggu. Hari ini dah masuk hari ke-19 PKP 3.0, pastinya dah macam-macam menu hidangan yang sempat korang sediakan setiap hari kan. Jadi hari ini aku nak share 5 Pilihan Restoran Makanan Barat Terbaik di KL. Mana tahu kot korang teringin nak rasa makanan luar pula. KL sememangnya kaya dengan pelbagai tempat makan yang menawarkan variasi genre makanan. Sebut sahaja apa yang anda mahu, semuanya ada. Makanan Barat adalah salah satu daripada pilihan ramai. Antara 5 pilihan restoran makanan Barat terbaik di KL adalah seperti dibawah. Baca sampai habis tau!
1. Jake’s Charbroil Steaks
tripadvisor.com.my
Jake’s Charbroil Steaks merupakan tempat yang masih popular bagi mendapatkan makanan yang sedap dan makanan Barat di KL. Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki ke sini, anda akan dapat melihat paparan patung Orang Asli Amerika yang sangat menarik.
Dimasak dengan menggunakan bahan perap yang minimum, anda akan dapat merasakan rasa dagingnya yang enak. Daging di sini dimasak dengan sempurna mengikut permintaan anda, lembut, berjus, dan berperisa.
2. Las Vacas
Vkeong.com
Las Vacas adalah tempat di mana anda boleh memilih sama ada untuk membeli beberapa stik untuk nikmati di rumah atau anda boleh meminta mereka untuk memasaknya mengikut keinginan anda. Ianya merupakan tempat makan yang selesa dan bagus di kawasan terbuka.
Kebanyakan daging lembu yang mereka gunakan diimport dari Australia dan juga New Zealand. Kualiti dan harganya juga sangat berpatutan. Setiap hidangan dilengkapi dengan salad dan juga kentang goreng. Selain daripada daging lembu, mereka juga mempunyai pilihan yang lain seperti daging kambing atau ikan.
3. Silver Spoon Bar & Grill
SilverSpoon
Tempat makan Barat yang kontemporari moden dengan masakan yang dipengaruhi oleh Itali, inilah dia tempatnya. Ini adalah tempat yang boleh anda pilih untuk menikmati hidangan barat yang baik. Dari hidangan seperti salad hingga pizza, mereka pasti akan mempunyai sesuatu yang akan memuaskan selera anda.
Daging kambing yang direbus, disajikan bersama kentang dan sayur tumis. Ianya dimasak tahap sedang-sedang, maka tak perlu risau lagi tentang daging melekat di celah gigi. Garlic Aglio Olio salah satu pilihan yang terbaik di sini, hidangan ini ringkas tapi sedap. Rasanya yang ditumis dengan minyak zaitun, bawang putih yang dihiris halus, serpihan cili dan juga pasli benar-benar membangkit selera.
4. Coliseum Café
Eatdrink.my
Kafe legenda yang terletak di Jalan TAR ini merupakan kedai yang pertama dan tertua di KL. Sekarang, nama mereka boleh dijumpai juga di pusat membeli-belah. Mereka menyajikan rasa yang asli dari Hainanese Chicken Chop.
Hainanese Chicken Chop sangat rangup pada bahagian luar dan berjus di bahagian dalam dengan kuah khas dengan rasa manis dan masam. Ianya sangat menyelerakan dan enak. Selain daripada itu, hidangan mereka yang lain seperti Sizzling Lamb Chop juga sangat popular dikalangan pelanggan. Ianya mempunyai tekstur yang lebih lembut dan lebih berjus, dan ia akan menjadi lebih sedap apabila dinikmati ketika masih dalam keadaan yang masih panas.
5. Antipodean Café
timeout.com
Untuk menikmati makan siang pada hujung minggu yang panjang dan tenang, Antipodean Cafe merupakan salah satu tempat makan yang sangat digemari ramai. Ramai pelanggan memuji menu sarapan di sini.
Bar sarapan yang terletak antara Menara Tan & Tan, di Jalan Tun Razak ini sangat popular di kalangan penduduk bandar yang muda dan bergaya, terutamanya kerana harganya yang murah dan berpatutan untuk setiap set hidangan.
Dengan hanya RM19 untuk satu set sarapan yang besar (roti bakar, sosej, cendawan, telur orak dan coklat hash ) ia telah mampu menarik perhatian ramai pelanggan untuk nikmati masa santai dengan makanan yang enak di sini.
Nak nikmati makanan yang enak di tempat yang agak istimewa tidak salah, tetapi pastikan tempat itu halal terlebih dulu. Cadangan restoran yang saya berikan tadi itu juga, pastikan dulu tahap statusnya sebelum melangkah masuk.
Jika was-was dan tidak mahu habiskan masa dan tenaga untuk makan di luar, boleh saja buat pesanan makanan secara online dengan servis penghantaran secara terus sehingga ke depan pintu rumah.
Salah satu servis pesanan menu western food near me di atas talian dengan servis penghantaran secara terus ke depan pintu rumah ini, tidak lain dan tidak bukan adalah Foodpanda Malaysia. Foodpanda sudah lama ada dan pelanggannya juga ramai di seluruh negara.
0 pesanan ditinggalkan
tinggalkan komen anda di sini ^O^