REVIEW SUDIO NIO WITH CASE
May 17, 2021Hari ini aku nak share pasal satu produk yang baru sahaja dilancarkan pada 10 mei yang lalu iaitu "Sudio Nio Case". Bila sebut sahaja pasal sudio nio aku pasti ramai yang tahu tentang kelebihan sudio nio ini. Sudio Nio telah dilancarkan pada 11 Januari yang lalu. Sudio adalah jenama AUDIO Sweden yang popular. Terkini Sudio mengeluarkan Sarung khas untuk Sudio Nio (SUDIO NIO CASE) .
Aku sebenarnya dah lama idamkan nak ada earphone tanpa wayer macam sudio nio ni. Senang dan Mudah nak bergerak sambil-sambil dengan alunan muzik di telinga... Alhamduillah rezeki bulan ramadan tahun ini Sudio Nio kini ku miliki ...yeaaahh. Tapi bukan ITU sahaja kebetulan 3 Hari yang lepas SUDIO Baru sahaja launching "SUDIO NIO CASE". Jadi extra happy la sebab audio nio kali ini ada sekali case yang mudah untuk menyimpan dan menjaga sudio nio aku ini Nanti. Jap Kat bawah ni aku story dulu tentang Case sudio nio ini.
Sarung Sudio Nio berasaskan kulit tumbuhan. Dibuat dari bahan mesra alam, Sarung ini dibuat untuk Earphone Sudio Nio yang kini sedang popular. Sarung Sudio Nio ini, mengambil satu langkah lagi menuju kelestarian dengan memasukkan kulit berasaskan tumbuhan yang berasal dari kulit epal.
Sarung Sudio Nio menggunakan bahan-bahan bio yang dikitar semula, dibuat secara mapan oleh pengeluar Itali Paq Vegan Leather. Prosesnya dimulakan dengan kulit epal yang diambil kembali dari lembah Bolzano, terletak di antara bukit dan kebun anggur di utara Itali. DiKupas, dikeringkan dan ditumbuk menjadi serbuk halus untuk membuat bahan asas yang digabungkan dengan bahan tidak toksik dan pigmen organik lain. Hasil akhirnya adalah alternatif kulit terbiodegradasi yang tahan lama dan lembut ketika disentuh. Jauh lebih baik daripada produk kulit lain, dan disahkan oleh USDA dan Vegan.
klik sini : https://www.sudio.com/my/apple-leather-case-nio
Antara yang menarik SUDIO NIO ni ialah :
- Hujung sayap (wing tip) dengan 4 saiz tersedia untuk keselesaan kita
- Jangka hayat bateri 20 jam. Lama tu wehh!
- Teknologi mikrofon dwi adaptif
- Kawalan panel sentuh dan Pemasangan automatik (automatic pairing dekat phone)
- Perlindungan IPX4 yang boleh dipercayai (water resistance tau!)
Sudio Nio merupakan produk wireless earphone terbaru yang dilancarkan pada 11 Januari lalu. Terdapat 4 pilihan colour yang tersedia iaitu Warna Hitam, Hijau, Putih dan Cream. Rekabentuknya sangat menarik kecil dan mudah di bawah. spesifikasinya yang menarik,tempoh penggunaannya yang mampu bertahan lama (tahan sehingga 20 jam), kalis air (ada perlindungan IPX4).Sudio Nio juga menggunakan teknologi dwi mikrofon adaptif. Ianya sangat membantu. Ada masanya banyak membuat/menerima panggilan telefon.
Sudio Nio yang mempunyai teknologi dwi mikrofon adaptif ini mampu menyaring kebisingan ‘suara-suara sumbang’ kat belakang yang kita tak nak dengar sewaktu membuat/menerima panggilan.
Sound-nya pun very smooth la dan mampu bertahan sehingga lebih 20 jam. Selain mempunyai easy pairing, touch panel Sudio Nio juga lebih mudah. mengawalnya sama ada, nak kuatkan volume, perlahan volume, memainkannya atau mengulangi balik lagu kegemaran.
Touch Panel Sudio Nio Sangat Simple Dan Senang Nak Ingat
Untuk Muzik:-
· Play/Pause - Sentuh Sekali (earphone sebelah kiri/kanan)
· Undo - Sentuh Dua Kali (earphone sebelah kiri)
· Next - Sentuh Dua Kali (earphone sebelah kanan)
· Kuatkan Volume - Sentuh Tiga kali (earphone sebelah kanan)
· Perlahankan Volume - Sentuh Tiga Kali (earphone sebelah kiri)
Untuk Panggilan
· Jawap Panggilan - Sentuh Sekali (earphone sebelah kiri/ kanan)
· Tolak Panggilan - Sentuh Tiga Saat (earphone sebelah kanan/kiri)
· Jawab Panggilan - Sentuh Sekali (earphone sebelah kiri/kanan)
Jom Dapatkan Diskaun SUDIO Nio
Okay korang, farah nak bagi harga special untuk korang yang berminat nak beli Sudio Nio. Boleh dapatkan Sudio NIO dengan potongan harga 15% dengan kod diskaun PERMATABIRU, dan dapatkan CASE NIO mesra vegan PERCUMA ini (nilai MYR 119) untuk setiap pembelian NIO dari 10 Mei - 6 Jun ( atau selagi stok masih ada) . Penghantaran adalah PERCUMA di Malaysia dan di seluruh dunia + jaminan 3 tahun dengan Sudio Sphere.
Untuk Maklumat Lanjut klik sini :
Website: www.sudio.com/my/
Instagram: www.instagram.com/sudio
Facebook: www.facebook.com/sudiosweden
9 pesanan ditinggalkan
da jadi keperluan da earpod cemni.. senang nak bawa kemana kan especially kita pakai tudung ni helokla senang pasang org x nmpak wire..
ReplyDeletejemput join GA di blog :
https://www.sitiyangmenaip.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
menarik. kalau skrg x ada lagi, mungkin saya dah beli sbb specs macam bagus. tapi skrg saya ada pakai yang realme punya.. buat pakai nak dengar radio masa bawa moto ja.. tak la boring bila ride pergi balik kerja..
ReplyDeleteserius best jenmaa sudio ni.Ada banyak jenis deign kan. Nio ni mcm best je sebb ade mikrofon kan
ReplyDeleteSudio ni Ai suka sebab accessories yang dia bagi tu.
ReplyDeleteI also like this vegan friendly Sudio Nio Casing, the leather is so soft.
ReplyDeletebestlah sudio ni nak grab satulah senang nak dengar muzik lepas nih mudah nakbawa kemana2
ReplyDeletesis pun ada satu, sama warna putih. memang puashati sangat2. berbaloi. suka sebab kecik comel nak guna kat mana-mana pun sennag
ReplyDeleteComel.. Buh dalam tudung orang tak perasan pun kan...
ReplyDeleteComel je , seronok jugak klu ade 1
ReplyDeletetinggalkan komen anda di sini ^O^