Hari pertama PKP 3.0
May 12, 2021Salam 30 ramadan..
Hai semua sihat ke? Macam Mana dengan persiapan Raya? Kita dah di penghujung ramadan. Esok insyallah tibalah Syawal Yang di Nanti. Pastu ada sedikit kesedihan di Hati kan. Raya tahun ke dua dalam PKP yang sangat membataskan. Kerajaan baru sahaja mengumumkan PKP 3.0 YANG berkuatkuasa pada 12 mei 2021 sehingga 7 jun 2021 . Lebih kurang 27 Hari. Allahh.... semoga kita semua tabah melalui ya... Dengan keadaan semasa covid-19 yang semakin tinggi. Korang rasa wajar Tak PKP di laksanakan sewaktu Kita semua bakal meyambut syawal?
Selepas kerajaan mengumumkan PKP satu malaysia 3 Hari lepas. Sayuuu je wehh rasa Hati. Memula sedih la juga tapi aku PASTI ada hikmahnya. Marah pun Tak kan membantu Kita dalam menagani isu covid ini. Selepas lebih 5 bulan larangan rentas negeri kali ini nak kunjung mengunjung pun dah Tak boleh. Nak salahkan siapa? Nak ke Kita tgk semakin ramai Rakyat Malaysia yang di jangkiti? Sedihh kan...
Aku PASTI MASIH ramai yang sudi mengikut arahan kerjaaan. Sempena bulan baik ini Marilah Kita patuhi SOP...jaga diri. Elakkan tempat sesak. Jangan ingkar arahan duduk diam2 di rumah. Semoga usaha Kita untuk PKP 3.0 ini mampu menurunkan jumlah kes. Kasihanilah anak2 Kita..Mak ayah kita. Jgn selfish! Nak Sambut Raya sampai mengabaikan SOP. Kalau boleh elakkan dari menjadi penyebab berlaku ya penyebaran wabak covid-19...sambutlah syawal dengan cara Kita ber PKP.
Alhamdulillah macam aku still buat persiapan macam biasa. Walaupun Tak dapat berkumpul ramai2 dengan Adik beradik, aku Tak nak suasa Raya itu hilang dalam memori anak2 aku. Tetap Sambut seperti biasa. Sediakan KUIH raya,juadah istimewa di pagi Raya dan pakaian Baru untuk semua...solat dan bersalaman di pagi Raya nt macam biasa. isyaallah Umur panjang tahun depan Kita boleh Sambut lagi Raya 😍...
Aku Doakan semoga Kita semua di jauhi dari wabak ini. Semoga kita semua di lindungi olehNYA. Semoga usaha Kita membuahkan hasilnya....SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.
2 pesanan ditinggalkan
Salam lebaran 1442H
ReplyDeleteMaaf zahir dan batin juga
Salam aidilfitri
ReplyDeletetinggalkan komen anda di sini ^O^