PKP 2.0: 13 Januari 2021 hingga 26 Januari 2021
January 13, 2021Kerajaan telah mengumumkan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 13 Januari 2021 melibatkan tiga (3) peringkat pelaksanaan seperti berikut:-
i) PKP ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah;
ii) PKP Bersyarat (PKP-B) ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan; dan
iii) PKP Pemulihan (PKP-P) bagi negeri Perlis dan Sarawak.
Apa yang berbeza kali ini?
- Perjalanan rentas negeri di seluruh negara tidak dibenarkan, termasuk di negeri yang diletakkan di bawah PKPP
- Perjalanan rentas daerah di negeri-negeri di bawah PKP 2.0 juga tidak akan dibenarkan bermula tengah malam ini.
- Untuk kawasan di bawah PKPB, kebanyakan aktiviti sosial seperti mesyuarat, pameran, perjumpaan, dan upacara perkahwinan dilarang, berbanding sebelum ini aktiviti berkenaan dibenarkan dengan kapasiti separuh tempat acara.
#kitajagakita #staysafe
2 pesanan ditinggalkan
stay safe dear!
ReplyDeleteMemang harap PKP tidak akan dilanjutkan... saya sudah lama tak balik kampung
ReplyDeletetinggalkan komen anda di sini ^O^