Rindunya nak bercuti dalam Malaysia. Tetiba teringat pula destinasi percutian pilihan rakyat Malaysia iaitu Port Dickson. Sebut je port dickson mesti teringat pantai je kan. dekat sana ada beberapa pantai awam yang biasanya menjadi tumpuan. Antara 3 pantai yang menjadi tumpuan di Port Dickson ialah Pantai Teluk Kemang, Pantai Saujana dan Pantai Tanjung Biru. Ramai yang pilih bercuti di Port Dickson kerana ia hanya satu jam lebih sahaja masa perjalanan dari Kuala Lumpur. Tambahan pula, pantai pasir putih yang luas dan udara laut yang segar antara sebab kenapa Port Dickson menjadi destinasi utama warga ibu kota bercuti pada hujung minggu. Aku sendiri pun biasanya lepas singgah ke kuala Lumpur memang aku lajak ke Port Dickson.
Tempat Menarik Di Port Dickson
Jadi, kalau korang sedang merancang percutian ke sana, dibawah aku nak senaraikan tempat-tempat menarik di Port Dickson untuk korang sekeluarga lawati semasa bercuti nanti.
1) PD Waterfront
2) Pantai Teluk Kemang
3) Pantai Saujana
4) Pantai Cahaya
5) Pulau Burung
6) Prima Water Park Theme Park Resort
7) Turtle Hatchery Center
8) Muzium Tentera Darat
9) PD Ostrich Farm
10) Alive 3D Art Gallery
11) Wild West Cowboy
12) Pusat Ikan Hiasan
13) Rumah Terbalik
14) Hutan Rekreasi & Rumah Api Tanjung Tuan
15) Pantai Blue Lagoon
16) Kota & Muzium Lukut
17) Kompleks Baitul Hilal
Wah, rupanya ada banyak tempat menarik di Port Dickson kan. Rasanya aku sendiri pun tak pernah round habis lagi! Port Dickson memang terkenal sebagai salah satu pusat peranginan yang popular di Malaysia. Port dickson sangat sesuai dijadikan destinasi percutian keluarga & tempat berbulan madu. Port Dickson menawarkan banyak aktiviti menarik & penginapan menarik untuk di terokai. Jadi kalau korang merancang untuk bercuti ke Port Dickson bolehlah racang awal dengan membuat tempahan bilik . Terdapat banyak Hotel yang menawarkan harga yang menarik dan berpatutan. Lama betul rasanya tak bercuti di sana. Untuk Next percutian , pastinya port Dikson menjadi pilihan aku nanti.
3 Hotel Terbaik Di Port Dickson
Hotel apa yang best kat sana ye? So, jom aku nak share Tiga Hotel in Port Dickson yang terbaik, mungkin menjadi pilihan aku nanti.
1. Lexis Hibiscus Port Dickson
Lexis Hibiscus Port Dickson ini yang terletak di Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Pemandangannya memang serius cantik. Kalau menginap kat sini bolehlah fefiling kehidupan orang kaya gitew..memang nampak mewah sgt!. Satu lagi yang aku rasa tertarik sangat dengan hotel ni adalah mereka menyediakan Private Pool weh. Bukan senang nak jumpa hotel yang sediakan kolam renang peribadi ni... Ini bagus untuk privasi terutama korang yang berhijab cam aku ni. Paling penting kalau menginap kat mana-mana hotel mesti nak layanan baik daripada pekerja-pekerjanya. Haaa dari feedback yang aku baca dekat website, kat sini memang kakitangan mereka friendly dan sangat membantu kot ada apa-apa yang kite perlukan bantuan. Boleh booking dekat Traveloka aku dah check harga semalam RM 760.00/ Night.
2. Grand Lexis Port Dickson
Tempat ni berkonsepkan bali. Nak rasa cam dok kat bali, bolehlah cuba menginap kat Grand Lexis Port Dickson ni ye... Penginapan kat sini agak mewah sebabnya dilengkapi dengan kemudahan yang bertaraf antarabangsa dan dikelilingi dengan tropical bliss. Grand Lexis ni menawarkan villa-villa yang berkonsepkan elegen dengan dilengkapi kolam renang peribadi. Lagi best tempat ni dikelilingi oleh taman-taman berlandskap dengan pelbagai aktiviti rekreasi. Mereka juga menyediakan perkhidmatan spa. Wow menarik, tak sabar nak pergi bercuti di sana nanti. Harga bilik pun berpatutan servis yang diaorang sediakan RM526/night.
3. Avillion Port Dickson
Avillion Port Dickson pun menarik. Tak salahkan berangan dulu. Mana tau satu hari impian menjadi satu kenyataan. Bestnya kalau berpeluang bercuti di Avilion Port Dickson ni.. Bagi aku kat sini pemandangannya sangat luar biasa Melihatkan chalet yang berada di atas air membuatkan aku lebih teruja. Tak Sabar nak bercuti ke Port Dickson. Avillion Port Dickson ini kalau korang nak tahu mengadap Selat Melaka tau. Bukan tu aje tau, kat sini juga ada disediakan spa, kelab kanak-kanak, ladang haiwan peliharaan, ada burung eksotik dan ladang rempah. Banyak juga aktiviti yang boleh kita lakukan. Yang ni pun aku dah semak harga dekat Traveloka pun menarik & murah RM 256/Night.
okay setakat ini dulu perkongsian dari aku. Ini je yang sempat aku senaraikan untuk korang. Mana tahu korang pun ada plan nak bercuti ke sana. Bagi aku Hotel in Port Dickson semuanya menarik & cantik. Jadi, apa lagi, jomlah kita bawa ramai-ramai ‘serang’ Port Dickson dan berseronok di sana! Port Dickson memang destinasi pilihan ramai untuk percutian yang menyeronokkan .