KEHILANGAN YANG DI RASAI
November 04, 2020Welcome November 2020
Coretan hari ini sebagai mengingati sesuatu yang agak menyedihkan aku sefamily. Tanggal 18 Oktober 2020 Perginya Abang Ipar aku menghadap Ilahi...
Allahu...tak tahu nak gambar macam mana perasaan.
Abang ipar hujung sekali ( lebai putih ) Time nie Raya terakhir kami berkumpul sama-sama 2018 - masa nie turn raya umah abah di Perlis (Raya Aidlfitri) |
Sepatutnya tahun nie 2020 Turn raya di perlis tapi keadaan kesihatan dia tak mengizinkan sebulan sepanjang Ramadan dia warded... Pagi raya pun masih di wad sahaja. Kakak kandung aku kini kesorangan bersama dua orang cahaya mata mereka. Anak pertama berusia 6 tahun dan kedua 4 tahun...kecil lagi. Abang ipar aku mula sakit pada Mei 2020 yang lalu. Kali terakhir dia balik kampung Bulan Februari yang lalu sebelum PKP, Time tu aku buat Majlis Aqiqah Keisha ... itulah terakhir kami jumpa semasa dia masih sihat...
Kami sekeluarga sempat juga bertemu dia seminggu sebelum dia meninggal dunia. Ingatkan dah kuat dan sembuh..rupanya tu kali terakhir kami berjumpa...Allah lebih Sayangkan dia :'(
( Alfatihah untuk arwah)
Doakan Kakak aku tabah dan sabar menghadapi Ujian ini...
**februari 2020 juga kami kehilangan adik ipar aku ( adik kandung suami ), meninggal dunia kerana jangkitan kuman dalam paru-paru... Alfatihah untuk arwah.
2020 yang mendukacitakan :(
6 pesanan ditinggalkan
Allahu. Al Fatihah [dibaca]
ReplyDeleteAl-Fatihah untuk arwah
ReplyDeleteSemoga rohnya dicucuri rahmat
inna lillahi wa inna ilaihi rojiun...
ReplyDeleteInnalillahiwainnailahirajiun, semoga roh arwah dicucuri rahmat. Aamiin...
ReplyDeletesalam takziah, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah
ReplyDeleteAllahuakhbar. Takziah atas kehilangan ahli keluarga. Semoga tabah menghadapi hari2 akan datang.
ReplyDeleteAlfatihah (dibaca) untuk arwah.
tinggalkan komen anda di sini ^O^