Logo KBBA

SAMBUT MERDEKA KE 63 TAHUN 2020 DI PENANG

September 14, 2020



selamat Pagi

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

wahhh semanagat pula rasa nak up entry hari ini...hahahaha. cerita pun dah nak basi...Last two week sempena cuti Merdeka yang ke 63 aku ada lah small plan dengan My sister. Kami pilih Destinasi Pulau Pinang lagi...heeee dekat + mudah nak bergerak sebab dah boleh hafal jalan hehehe. Nak kata last minute plan tu tak juga sebab kami sempat ja booking bilik dekat Leisure Cove Hotel & Apartment Untuk 2 hari 1 malam.

Cuma planning asal ke sana sebab nak singgah melawat kakak sorang lagi di Kuala ketil tapi terpaksa batal sebab suaminya dah warded Hospital dan pelawat tak di benarkan melaawat pesakit. Frust lah juga...sebab ingat nak jumpa dia dan suami sekali. Doakan semoga Suami kakak aku kembali sihat. Ujian berat buat mereka sekeluarga tahun nie dah beberapa kali warded. 

so, nak kata percutian sangat tu tak lah juga, kami semua masih dalam langkah berjaga-jaga memandangkan virus covid di mana-mana. Kekalkan penjarakkan sosial, pakai mask dan kerap basuh tangan memang itu yang selalu aku titik beratkan.

Untuk 2 hari 1 malam itu, kami menginap di Leisure Cove Hotel & apartment. Aku ambik Apartment 2 bilik. Ada hall, dapur, sink ,pink sejuk dan Meja makan. Lengkap lah juga dengan harga RM 288.00. Deposite RM 100. Kalau korang perasan last year pun aku dah 2 kali juga check in sini. Sebab pada aku lokasi, harga dan suasana hotel yang bagus lah untuk seisi keluarga aku.



LEISURE COVE HOTEL & APARTMENts

Secara peribadinya aku suka dengan suasana bilik dan hotel dekat sini. sebab tu rasanya dah lebih 3 kali repeat tidur sini. Masa kakak aku ajak tu memang ada juga cari hotel lain dulu..tapi last sini juga yang aku book hahaha...Menariknya hotel dia ada bilik konsep apartment sesuai untuk family yang datang ramai-ramai nak bermalam je...selebihnya berjalan-jalan sekitar penang. Dan yang keduanya aku pilih hotel ini sebab ada swimming pool dekat Tingkat atas xsilap aku tingkat 7 macam tu atas sekali. Jadi pemandangan dari Pool tu memang cantik. Nampak laut nan luas gitew...!

QUEENSBAY MALL

Okay! malas nak story panjang-panjang. asyik tertangguh aje aku punya post ini. So, ku sharekan gambar as a kenangan untuk tatapan di masa hadapan...Sebelum Check in kami singgah dulu jalan-jalan dekat quesbay Mall. Aku ingat last singgah situ masa lepas kawen anak pun tak ada lagi. tiap kali ke penang selalu lalu je quesbaymall tu sengan nak singgah. kali ini singgah dengan 3 orang anak adoii letih pulak berjalan rasa hahahha







kami tak melawat ke mana sangat pun. Petang lepas Check in tu kami keluar sekejap ke Pantai Batu Feringghi. Ambik angin petang kejap sambil layan view pantai yang cantik...sekejap je kami duduk around 30 minit macam tu lepas tu terus bergerak cari tempat nak makan malam.

PANTAI BATU FERINGGHI








ANJUNG GURNEY

Malam tu keluar makan cari Pasembor Gurney. Rezeki dalam ramai-ramai orang tu tauke kedai tolong buka meja baru duduk depan sekali tak ganggu orang dengan orang yang agak crowded juga dekat dalam Tempat makan tu. Lokasi nie kakak aku yang bawa first time rasa Pasembor Gurney. Biasanya aku makan Paembor Padang Kota.








MANDI KOLAM 

Pagi sebelum Check out tu baru kami naik atas Mandi Kolam Paling awal lakk tu pukul 8 pagi. Orang pun tak ada lagi time tu hahaha. Petang tu dah try Usha line nak mandi tapi penuh . Terus tak bagi bebudak ni mandi kolam... hehe. Kira bernasib baik jugalah orang lain senang enak tidur kami naik atas mandi dulu hahaha






Lepas Check Out Singgah Kejap dekat Chowrasta Cari Jeruk Pak Ali. Malangnya ramai sangat beratur terus tak jadi beli. Kami beli je dekat deretan kedai-kedai yang berdekatan Jeruk Pak Ali tu. Sebab rushing juga nak ke next destinasi iaitu Ikea Batu Kawan dan Design Village Mall. Just jalan dan makan-makan. Actually sebelum check in ari tu kami dah singgah dulu ke Quesbay Mall sementara menanti waktu check in abiskan masa kejap di sana. Sempat lah juga budak berdua tu selit New Shoes dekat Butik Vior ada Kasut Jenama Diadora offer 50%. Grab sorang sepasang untuk Kaisara dan Kaliff.

keesokkannya dah tak sabar nak pakai kasut baru pegi jalan-jalan hehe


DESIGN VILLAGE MALL 

Sebabkan niat nak jalan-jalan je sambil makan-makan jadi wishlist aku pastilah ikea. arhhhh rindu nak makan meatball. Tapi sebelum ke ikea tu kami singgah dulu design Village Mall , kakak aku yang bawa ke situ dekat je dengan ikea tapi sebelum ini aku lalu jer tak pernah pula nak singgah...haha.





IKEA BATU KAWAN

Masa dekat ikea ni aku rasa baguslah pengurusan mereka mengenai SOP penjarakkan sosial . sangat menitikberatkan keselamatan pelanggan. Wajib beratur dengan jarak 1m. walaupun sesak dengan orang ramai, still di jaga dengan baik oleh staff ikea. Tade adegan bersesak-sesak atau bersentuhan bahu gitew.. Nak beli makanan pun seorang sahaja yang di benarkan masuk. Yang lain kena tunggu di meja masing-masing.





okay tu jer nak kongsi. terpaksa ambik masa yang lama nak update hahaha. kadang-kadang idea menaip ni datang dan berlalu pergi tak sempat nak taip hehe. sorry guyss! 

keep here as a memory to remind. Happy Indepandents day...!

thanks reading here~




You Might Also Like

4 pesanan ditinggalkan

  1. wah,,, seronok main pool tu... cantik swimming suit merdeka

    ReplyDelete
  2. bestnya cuti2 tu, baju merdeka masa mandi kolam tu lawanyaaaa

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak pergi Penang..kalau pergi ni sah-sah tak ingat jalan dan tempat dah heheh

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^