Logo KBBA

Review : Keistimewaan Minyak Zaitun Al-Ard

September 17, 2020




Hai korang,  Entry kali ini aku nak kongsikan tentang Minyak Zaitun Al-Ard. salah satu jenama Minyak Zaitun yang di yakini dan berkualiti tinggi. Umum pasti sudah mengetahui manfaat minyak zaitun untuk kecantikkan luaran dan berkhasiat untuk dalaman, namun tidak hanya untuk kecantikkan, minyak zaitun mempunyai banyak lagi manfaat lain. Pasti ramai yang pernah guna Minyak Zaitun dalam menjalani kehidupan harian yang lebih sihat seperti penggunaan dalam Masakan mahupun penjagaan kulit. 

Asal Usul Minyak Zaitun Al-Ard Palestin

AL’ARD Palestine Organic Extra Virgin Olive Oil – POEVOO dari kota suci Palestine ditanam secara organik mengikut tradisi turun temurun, berkualiti tinggi dari segi rasa dan aroma serta tinggi khasiatnya. AL’ARD Palestine Organic Extra Virgin Olive Oil merupakan antara keluaran minyak zaitun terbaik di dunia. Al’Ard adalah syarikat pertama di dunia untuk mendapatkan ISO 22000 bagi pembotolan minyak zaitun, sebagai bukti kecemerlangan dalam menghasilkan dan pembotolan minyak zaitun.

Syarikat Al-Ard untuk produk pertanian Palestin mendapat lesen utama untuk perdagangan yang adil. Minyak zaitun Al’Ard adalah organic dan ia datang secara langsung daripada petani untuk kemudahan Al’Ard di mana ia disimpan dan dibotolkan di bawah pengawasan yang ketat, COLD PRESSED.  Minyak Zaitun Berkualiti tinggi ini di proses dan dibotolkan sepenuhnya di Kilang AL’ARD PALESTINIAN AGRI-PRODUCTS yang terletak di Nablus, Tebing Barat, Paletine.


Minyak Zaitun Berkualiti 
Terdapat pelbagai minyak zaitun di pasaran kini tetapi, Tahukah anda Minyak Zaitun keluaran Al-ard adalah yang berkualiti , kekal berkhasiat dan menggunakan botol kaca yang gelap bagi menghindari daripada terkena cahaya matahari yang boleh merosakkan kualiti Minyak Zaitun




Keistimewaan AL’ARD Palestine Organic Extra Virgin Olive Oil
  • Minyak Zaitun terbaik ‘AWAL MUSIM’ dari pokok zaitun tua mencecah hingga 500 tahun.
  • Diiktiraf Organik & Fairtrade.
  • Kandungan acidity dibawah 0.5%.
  • Hasil perahan buah zaitun terbaik jenis Nabali, Roomy dan Souri akan dipilih dan diproses dalam tempoh 24 jam selepas dipetik.
  • Hasil tanaman dari 50 ladang di sekitar Nablus, Tebing Barat Palestine.
  • Diproses secara perahan sejuk (cold pressed) mengikut standard piawaian International Olive Oil Council.


Khasiat Minyak Zaitun Antaranya Seperti:
  1. Mengurangkan kolesterol di dalam badan.
  2. Membantu mencegah dari serangan angin ahmar.
  3. Mencegah penyakit jantung dan mengekalkan jantung sentiasa muda.
  4. Membantu pencernaan dan merawat ulser perut (gastrik).
  5. Mencegah osteoporosis.
  6. Mengurangkan risiko diabetis tahap dua.
  7. Mengurangkan risiko penyakit Alzheimer’s
  8. Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone).
  9. Melindungi dari kanser payudara.
  10. Membunuh sel kanser.
  11. Membantu mencegah dari kanser kulit
Cara Penggunaan:

1- Gunakan dalam masakan menggantikan minyak masak kelapa sawit.

2- Mengambil secara terus sekurang-kurangnya 2 sudu makan setiap hari.

    Cara guna:


  • Minum 1 sudu besar (15ml) pagi sblm makan pagi & sebelum tidur.2 kali sehari Minum ketika perut kosong. 
  • Jgn terus telan. Kemam dulu 1/2 minit. Lepas makan minyak zaitun jgn minum air. 
  • Kalau nak minum lepas 5-7 minit.
3- Menghilangkan parut bekas jerawat di muka (ratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam, cuci)

4- Menghilangkan parut pada anggota lain di badan (ratakan campuran 6 sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus sauda pada anggota terlibat, biarkan selama 2 jam, cuci).

Review aku :

Aku sememangnya pengguna Minyak Zaitun Al-Ard. Dah lama amalkan dalam Masakan dan juga pengambilan secara terus. Bagi farah memang terdapat perbezaan antara Minyak Zaitun yang ada di pasaran dengan Minyak Zaitun Palastine Al-ard ini. Dari segi rasa dan pastinya khasiat Minyak Zaitun Al ard adalah yang lebih baik.

Kalau dalam masakan pula bukan setakat farah sahaja yang amalkan minyak zaitun ini, anak-anak juga turut makan makanan yang farah masak menggunakan Minyak zaitun ini. Nak juga share khasiat minyak zaitun ini dengan anak-anak. Antara contoh masakan yang farah guna seperti Bubur Nasi untuk baby farah, bila bubur nasi hampir siap di masak aku akan letak sesudu dua di dalam bubur nasi itu. Aku letak juga dalam menu masakan lain Chiken salad, Spaghetti , Telur dadar dan perapan BBQ seperti ayam dan daging. Masakan akan lebih sedap dan berkhasiat dengan Aroma Minyak Zaitun . Korang pun boleh gunakan juga dalam masakan seharian. Cepat dapatkan Minyak Zaitun Al-ard di pasaran :)


Selain Minyak Zaitun Palestin, Al-ard juga ada mengeluarkan produk seperti Premium palestinian za'atar blend (thyme) dan Palestinian black seed paste (qizha).


Premium Palestinian Za'atar Blend (THYME)
Za'atar adalah campuran herba thyme, bijan dan garam. Ia merupakan pemakanan amalan harian sejak berkurun lamanya oleh Masyarakat timur tengah.

HARGA ZA'ATAR 100 GM - RM15.00 / 250GM RM35.00

Khasiat Di Dalam Za'atar: 
  • Menajamkan Minda
  • Melancarkan sistem respirasi
  • Mengurangkan keradangan
  • Memberi Tenaga
  • Meningkatkan sistem Matabolisma
  • Menguatkan Tulang
  • Melancarkan peredaran darah
  • Menguatkan daya imunisasi
  • Anti kulat/fungus
  • Mencantikkan kulit
Cara Pemakanan Za'atar
Za'atar boleh di makan bersama roti dan Minyak Zaitun . Ditaburkan dia atas makanan seperti roti, telur dadar, sayur-sayuran yang telah di masak. Di Masak bersama bahan mentah. Di Gaul bersama bebola daging atau kebab sebelum di masak  atau di perap bersama ayam, kambing & daging lembu.

* Untuk lebih enak tambahkan sedikit Minyak Zaitun ketika menggunakan Za'atar.


Palestinian Blackseed Paste ( Qizha )
Pes ini mengandungi Habatus Sauda dan Minyak Bijan yang berkualiti tinggi dan baik untuk kesihatan hasil tanaman dibumi palastine. Terbuat dari biji nigella yang dihaluskan, memiliki rasa pahit yang tajam dengan sedikit rasa manis.

Biasanya digunakan oleh warga Timur Tengah dan Afrika sebagai Penambah rasa manis yang dicampurkan bersama madu, sirap atau gula juga.

Biji Habatus Sauda melalui pemprosesan menggunakan mesin dan teknologi terkini di kilang moden yang mematuhi Syarat dan Standard Antarabangsa serta mempunyai Pensijilan Halal dan ISO-22000.

Untuk info lanjut dan pembelian boleh klik link di bawah: 

Website 

Facebook 

Instagram:

Al MASOUD TRADING
G33A, Block 5, Laman Seri Business Park,
Persiaran Sukan, Seksyen 13,
40150 Shah Alam, Selangor

Tel: 03-5524 5570 / 019 409 5570

Dibuka Isnin – Ahad (Setiap Hari)
Jam: 11:00 pagi – 7:00 malam



You Might Also Like

5 pesanan ditinggalkan

  1. Wah ade dua produk lain ye.. Minyak zaitun memg bgus dan sihat

    ReplyDelete
  2. Memang elok amalkan ambil minyak zaitun ni.. banyak khasiatnya

    ReplyDelete
  3. Senang dapat ke minyak zaitun ni?

    ReplyDelete
  4. Senang dapat ke brand ni?? Sebab kita pun amalkan juga

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^