BASIKAL BARU UNTUK KAISARA DAN KALIFF
August 11, 2020
Selamat pagi
Last Month aku ajak en.husband servey basikal untuk kaisara & kaliff. Masa tu lebih kurang dua minggu sebelum buka sekolah. Dah lama diaorang pujuk nak basikal baru . dari time PKP lagi..yelah duduk rumah jer tak ada buat apa-apa..kan. Nak berjalan luar tak boleh. Tapi mengenangkan tak ade space untuk simpan basikal aku postpone dulu niat nak membeli tu. kalau beli pun basikal duduk berpanas berhujan jer buat apa kan...
Tapi dah nama pun anak bila asyik berzikir je nak basikal baru aku pun macam tak tahan juga. keisan pun ada...pandai membodek pun ada bebudak nie hahaha....Tak pe lah Why Not? belikan untuk mereka. aku pikir satu jer, Anak-anak nie membesar cuma sekali...nanti kalau dah besar tak delah lagi merengek nak basikal kan..kan. Actually basikal memang dah ada sorang satu, cuma diaorang kan dah besar jadi basikal pun nak upgrade yang besar juga lah...dah pandai nak meronda jauh sikit katanya. si adiknya KALIFF Tak nak dah pakai yang roda tepi.
Dan kami pun pergilah SERVEY ke 3 buah kedai... en.husband aku memang jenis suka servey dulu..nak beli apa-apa memang kena servey lah..sebab tak nak rasa menyesal bila dah beli kot tiba-tiba jumpa harga yang lagi rendah dr yang di beli..gitew lah pikirannya..aku pulak jenis simple apa depan mata itu jer aku sambar hahaha ( itulah pro & cond kami ) dan semestinya ada kebaikan bila aku sejenis follow je en.husband okaylah nak beli apa2 pergi cari dulu mana-mana kedai yang ada then patah balik ke kedai yang rasa macam berbaloi..gitewwlah kekdahnya.
So, basikal kaisara dan kaliff nie kami beli di kedai No.3..memang berbaloi servey dulu . Jimat lebih RM50 dari kedai yang pertama. kalau dah beli 2 biji kan dah jimat RM100 alhamdulillah tak sia-sia...berbelanjalah dengan berhemah. Total kos 2 biji basikal mereka ini RM350.00. sebiji basikal RM175.00. Harga nie selepas dah berkira-kira dengan apek kedai basikal tu. rezeki anak-anak la...memula nak beli sebiji je..pastu macvam unfair pula, okaylah belikan sorang satu hehehe
Aku tak pastilah kalau dekat tempat lain boleh dapat harga lagi murah. Tapi harga basikal sekarnag memang tak sama macam basikal dulu-dulu weh! berganda bezanya. Kalau anak ramai nak beli sorang satu memang kena menabunglah jawabnya dari awal. Apa-apa pun aku happy bila tengok anak-anak happy. Lepas 3 hari dapat basikal baru Kaliff pun dah pandai mengayuh basikal ini. Memang strugle juga lah nak ajar dia...sebab dia tak pernah naik basikal besar macam ini without roda tepi tu..
Seronok lah sekarang tiap-tiap petang nak meronda kampung... yeahhh #basikalbaru #kaisarakaliff
3 pesanan ditinggalkan
Alaaa.. seronoknya dia dapat basikal baru
ReplyDeleteHepinyaaa mereka dapat basikal baru...
ReplyDeleteSamalah kita, baru belikan anak basikal masa pkpp sebab tak tahan dengaq duk meratib nak basikal hari2 hahaha
ReplyDeletetinggalkan komen anda di sini ^O^