Logo KBBA

8 Panduan Makanan Kuala Lumpur Untuk Perjalanan Anda Di Malaysia

July 11, 2020

Apabila sebut sahaja mengenai Kuala Lumpur, bukan sahaja rakyat di negara kita kenal. Malah, Kuala Lumpur sangat di kenali di seluruh dunia sebagai ibu negara yang Malaysia yang berjaya. 

Mana tidaknya, dengan kepesatan pembangunan di Kuala Lumpur ia sudah cukup membuktikan yang Kuala Lumpur antara ibu negara yang berjaya di dunia ini sehinggakan ramai pelancong datang melawat ke Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur Juga Kaya Dengan Tempat Makan Yang Sedap Dan Menarik

 Kuala Lumpur bukan sahaja terkenal dengan pusat pelancongan dam pembangunan yang pesat. Tetapi juga, sama seperti tempat lain di negara kita Kuala Lumpur juga mempunyai pelbagai tempat makan yang menarik dan yang pasti akan membuatkan anda terliur. Jom saya kongsikan dengan anda 8 Panduan Makanan Kuala Lumpur Untuk Perjalanan Anda Di Malaysia.


1- Murni Discovery


Restoran yang pertama ini agak berbeza berbanding dengan restoran yang lain.  Mana tidaknya, di restoran ini anda dapat mencuba pelbagai jenis menu daripada pelbagai bangsa yang berbeza di negara kita. Antara menu yang disediakan termasuklah nasi goreng, roti naan berkeju dan bermacam lagi.
Bukan itu sahaja, restoran ini juga turut menyediakan menu masakan barat. Pendek kata sesiapa sahaja yang singgah makan di restoran ini pasti tidak akan merasa kecewa dengan pelbagai menu yang di sediakan. Dengan pelbagai menu yang di tawarkan tidak hairanlah restoran ini sentiasa menjadi pilihan masyarakat kita dan juga pelancong.

2 - Samudra Exotic River Fish Restaurant (SAMUDRA Anjung PATIN Ville)


Bagi yang duduk di sekitar Kuala Lumpur, anda tidak perlu lagi drive jauh-jauh begitu semata-mata mahu makan ikan patin, sedangkan anda boleh merasai masakkan ikan patin sebuah restoran di Kuala Lumpur iaitu di Samudra Exotic River Fish Restaurant atau lebih dikenali sebagai SAMUDRA Anjung PATIN Ville.

Salah satu keistimewaan restoran ini ialah ikan patin masak tempoyak yang menjadi pilihan ramai kerasa rasanya yang terbaik di dalam Kuala Lumpur. Selain dari ikan patin restoran ini juga turut menyediakan bermacam masakkan seafood yang sangat menyelerakan.

3 - Mat Teh Ikan Bakar


Warung Mat Teh Ikan Bakar adalah salah satu warung ikan bakar yang terkenal di Sekitar Kuala Lumpur. Dengan rasa ikan bakarnya yang sedap di tambah pula sos istimewa yang disediakan membuatkan warung ini sentiasa sahaja menjadi kunjungan ramai.
Bukan itu sahaja, ikan bakar di sini juga di balut dengan daun pisang sewaktu membakarnya. Ia sekali gus, menaikkan aroma bau ikan bakarnya dan pastinya sesiapa sahaja yang makan di sini akan turut sama merasai tergoda untuk mencuba ikan bakar di sini. Anda tidak perlu bersusah payah meredah kesesakkan lalu lintas semata-mata kerana mahu makan di warung ini. Sebaliknya, anda boleh menggunakan LRT sahaja kerana warung ini terletak bersebelahan dengan LRT Dato Keramat.

4 - Restoran Dapur Sarawak


Restoran yang seterusnya ini pula tidak kurang hebat juga. Bagi yang ingin merasa masakkan Sarawak, anda tidak perlu lagi bersusah payah menempah tiket kapal terbang untu ke Sarawak. Sebaliknya, anda singgah sahaja ke Restoran Dapur Sarawak. Di sini anda boleh mencuba bermacam masakkan Sarawak seperti, laksa Sarawak, mee kolok, sup wantan dan tak terkecuali kek lapis Sarawak.
 
5 - Restoran Mee Tarik Warisan Asli


Bagi penggemar masakan cina, pasti anda tertanya-tanya dekat Kuala Lumpur ada ke restoran masakan cina Muslim?? Jawapannya sudah tentulah ada. Bagi anda yang memang meminati masakan cina atau mahu menukar selera, anda patut mencuba pelbagai masakan halal Cina yang disediakan oleh Restoran Mee Tarik Warisan Asli. 

Selain dari mee tarik warisan, signature restoran ini ialah mee soup with braised beef’ dan juga minuman ‘china ba bao tea.’ Yang sudah pasti akan membuka selera anda.

6 - Restoran Raso Omak Den


Apabila dengar sahaja nama restoran ini, sudah pasti anda dapat mengagak masakan apa yang disediakan di sini.  Restoran Raso Omak Den yang terletak di Taman Melawati ini ada bermacam menu masakan negeri Sembilan yang asli. 

Antara hidangan yang disediakan adalah sambal tempoyak daun kayu, daging salai masak lemak, ikan bakar, masak lemak cili api, pucuk ubi masak tempoyak, daging kicap, udang sambal dan banyak lagi. Apa yang lagi best mengenai restoran ini ialah harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan sangat sesuai untuk mereka yang mencari menu bajet di Kuala Lumpur.

7- Restoran Patatimo


Tercari-cari lubuk masakkan pantai timur? Disinilah tempatnya. Di Restoran Patatimo anda sebut sahaja menu pantai timur apa yang anda mahukan?? Nasi kerabu, nasi Kelantan, nasi lemak, nasi dagang dan bermacam jenis nasi berlauk yang lain yang boleh anda dapati di sini. Bukan itu sahaja, harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan.

8- Sup Tulang Janda Baik


Ramai yang beranggapan restoran yang seterusnya ini terletak di Janda Baik Pahang. Sebenarnya, tanggapan anda silap. Ini kerana, restoran Sup Tulang Janda Baik sebenarnya terletak di Pudu Kuala Lumpur. Restoran ini terkenal dengan sup tulangnya yang enak dan sedap yang membuatkan orang pasti mahu datang mencubanya lagi. Selain dari sup tulang restoran ini juga turut menyediakan menu nasi ayam yang juga sungguh menyelerakan. Bukan itu sahaja,  Saiz ayam yang diberikan juga agak besar untuk harga yang begitu murah.


Boleh Order Makanan Dengan Mudah Melalui Foodpanda 

Nak order food di Malaysia ni bukannya susah. Walau hanya dengan berada di rumah masih boleh menikmati pelbagai menu hidangan yang ada di restoran berhampiran. Antara cara termudah adalah dengan menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan melalui Foodpanda. Makanan ada pelbagai jenis pilihan untuk dipesan dan pesanan juga akan sampai sehingga ke depan pintu rumah. 



Jika nak order untuk makan di tempat kerja pun boleh. Tak kisah di mana anda berada yang pasti Foodpanda sentiasa sedia untuk membantu menghantar makanan yang dipesan melalui aplikasi mereka

.

You Might Also Like

8 pesanan ditinggalkan

  1. Boleh order guna foodpanda? Okay nak order dulu. Lapar ni

    ReplyDelete
  2. lama tak gi murni ,tempat dating zaman bujang hehehhe

    ReplyDelete
  3. Sedapnya semua.. Senang order dengan foodpanda je

    ReplyDelete
  4. Wahh..bagus entry ni.. sy save lah.. nnti balik KL boleh sy cuba semua😄

    ReplyDelete
  5. Restoran murni jer pernah pergi .... nnt boleh try yg lain jugak

    ReplyDelete
  6. Murni discovery selalu ramai orang.

    ReplyDelete
  7. Pernah pergi murni discovery. Air pelik pelik boleh dapat kat sini

    ReplyDelete
  8. Restoran Raso Omak Den!
    Memang itulah yang pertama diterjah kalau diberi pilihan... ahaks!

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^