PENGALAMAN BERPANTANG DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
June 25, 2020Pengalaman berpantang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Hari ini aku baru ada masa sikit nk kongsi dengan korang kisah berpantang anak ke tiga baru-baru ini. Alhamdulillah Keisha pun dah nak masuk 4 bulan. Rasa macam cepat betul masa berlalu kan.
Ini adalah pengalaman aku BERPANTANG dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik covid19. Setiap orang punya cerita tersendiri menghadapi situasi PKP yang telah dilaksanakan di Malaysia bermula 18 Mac 2020 yang lalu. Bersyukur Allah jauhkan Kami sekeluarga dari penyakit ini. Satu pengalaman yang akan di kenang dan tak akan di lupakan dalam sejarah hidup kita. Kesemua aktiviti adalah terbatas. Tiada pergerakan luar di benarkan. Terpaksa berkurung dalam rumah sendiri. Pejabat, Sekolah, Kedai Makan dan semua aktiviti di tutup.
PENGALAMAN YANG BERBEZA
Berbalik pada cerita pengalaman berpantang dalam tempoh PKP sedikit sebanyak memang lain dan terbatas. Semasa kali pertama di umumkan perlaksanaan Perintah Kawal Pergerakan bermula 18 Mac 2020 , masa itu aku dah masuk hari ke 30 berpantang. Kira masa ni aku memang dah makin kuat dan boleh bergerak ke sana sini. Cumanya ada satu je perkara yang aku tak dapat buat iaitu MENGURUT DALAM PANTANG. Untuk pengetahuan korang , Aku bersalin CEASER. Jadi kebiasaanya aku akan mula mengurut selepas 3-4minggu berpantang. Sebab nak BG rasa sakit pada luka tu hilang sedikit. Ini Ceaser aku yang ke dua jadi berdasarkan Pengalaman dulu pun aku memang mengurut di penghujung waktu berpantang.
Nak di jadikan cerita pula aku memang booking Mak Bidan pada tarikh 18 Mac 2020 itu. Semasa PM umumkan PKP tu husband aku terus minta cancle booking kerana memikirkan keselamatan baby dan aku. Yela kita tak tahu kan dari mana Mak Bidan tu. Masa Pendemik COVIC19 tengah memuncak risau juga terjangkit ke kan sebab mengurut ni memang akan ada sentuhan . Jadi berpantanglah aku 44hari tanpa mengurut dengan Bidan. Husband aku yang ambik alih mengurut. Tahu-tahu aje lah badan memang lemah lepas bersalin jadi urutan selepas bersalin itu memang perlu tau untuk betulkan Urat-urat. Tapi bila orang tak berapa PRO yang mengurut huhuhu sabor je lah hahaha. Nasib baik en.suami nak juga tolong.
BERTUNGKU SEPERTI BIASA
Disebabkan nak mengurut tak boleh aku cuma minta en.suami mengurut biasa-biasa sahaja bagi hilang rasa lenguh di badan. selebihnya aku amalkan bertungku. Bertungku pun dekat kawasan tepi-tepi je..atas perut tak boleh Ceaser kan...alhamdulillah tempoh berpantang aku selesai dengan baiknya. Baby pun tak banyak ragam 14 hari terakhir berpantang tu memang sepenuhnya duduk dalam rumah aje sebab PKP Fasa 1 time tu memang kawalan pergerakan sangat ketat. Betul-betul laluan keluar masuk kampung aku pula memang ada post kawalan polis. kalau tak ada benda penting memang kami tak ke mana-mana.
TAK DAPAT BAWA BABY BALIK KAMPUNG
Aku berpantang kali ini di rumah sendiri, jadi aku agak terkilan juga sebab tak dapat bawa balik baby ke kampung en.suami. Ingat nak balik juga berpatang sekejap di rumah mentua. kalau ikutkan perjalanan pun tak lama sejam sahaja. Nasib baiklah 2 minggu lepas melahirkan dia tu aku sempat buat Majlis Aqiqah untuk Keisha. Time itu, ayah dan Mak Mentua aku datang bermalam di rumah dapat lah juga diaorang tengok cucu.
Jadi, inilah kisah pengalaman berpantang aku semasa tempoh PKP akibat pendemik Covid19. Tiada Urutan selepas bersalin..sedihhh Oooo memikirkannya. rasa macam tak lengkap pula kan. tapi aku redha je...sebab 44 hari berpantang aku habis juga. Dan aku pun semakin sihat. kalau korang nak tahu 14 HARI terakhir dalam tempoh PKP Fasa 1 tu aku pun dah macam suri rumah yang lain juga..memasak setiap waktu untuk orang-orang dalam rumah hahaha....kesian diaorang sebab semua tak boleh keluar rumah terperukk je dalam rumah. Jadi lega ibu berpantang ada peneman di rumah...aku percaya setiap yang berlaku itu ada HIKMAHNYA...kita hanya mampu merancang, tapi Perancangan Allah LAH sebaik-baiknya..
2 pesanan ditinggalkan
Tahniah atas kelahiran org baru
ReplyDeleteKita baru tahu awak.. tahniah dpt baby.. alahai tertinggal keretapi sungguh..
ReplyDeletetinggalkan komen anda di sini ^O^