KISAH RAYA KAMI TAHUN 2020
June 18, 2020Salam syawal ke 26, weh aku baru sempat nak siapkan entry kali ini yang asyik tertangguh aje. Syawal yang berbeza pada tahun 2020. Semua mesti dah sedia maklumkan tiada lagi aktiviti ziarah menziarahi sepanjang Syawal tahun ini disebabkan COVID19. Kerajaan cuma benarkan ziarah pada hari pertama sahaja dengan syarat-syarat yang telah di tetapkan iaitu paling penting tidak melebihi 20 orang tetamu didalam sesuatu masa terhad pada hari raya pertama sahaja..tiada raya ke dua ketiga mahupun ke 30 sobsobsob....Tak boleh buat OPEN house...tidak boleh pulang ke kampung dan tidak boleh rentas negeri...sedih kn tapi pasti ada HIKMAHNYA...
Alhamdulillah sekarang kita di Malaysia dah masuk ke fasa Pemulihan PKPP ( Perintah kawalan Pergerakan Pemulihan ) aktiviti rentas negeri pun dah di benarkan. Dapatlah berkumpul adik beradik meraikan syawal sekali lagi hehehe
oklah kali ini aku cuma nak story kisah raya kami di tahun 2020 ini. Kebetulan raya tahun ini memang berkumpul adik beradik aku sebelah perlis masa raya pertama. Malangnya kakak aku dua orang duduk di kedah tak dapat balik. Jadinya raya kami tahun ini tak xcukup geng. Tapi meriah juga dengan aktiviti makan-makan. Baju raya pula memang dah decided dari tahun lepas nak pakai sedondon warna hitam..huhuhu. Jadi kakak aku lagi dua tu sedondon hitam di rumah mereka aje lah hahaha.
Menu pilihan raya tahun ini.. aku masak Soto, rumah ayah aku ( sebelah rumah) buat satay/ Ketupat & rendang , dan adik aku ( kampung sebelah) masak Nasi Tomato. Semuanya sedap-sedap lah.... maka berkumpul lah kami ramai-ramai pagi itu. Solat Sunat Hari raya dekat Rumah ayah aku jer... tapi xdelah nak pakai tongkat bagai..cukup sekadar memenuhi rukun/syarat sah solat sunat Aidilfitri. aktiviti bermaafan sesama kami dan las sekali makan..hahaha..makan sampai malam wehh..lepas makan, makan , makan dan borak. lepas tu tido..kikiki. kami mmg tak berkunjung ke mana-mana. ayah aku pun dah berusia 63 tahun, risiko tinggi kan, just stay at home je...aktiviti mcm nie pun merapatkan hubungan silaturrahim juga tau. alhamdulilah Syawal 2020 dalam kenangan. sempat juga Video call kejap dengan kakak aku.
okay malas dah nak panjang-panjang. Takut nanti jadi entry raya aidiladha sekali. So, kasi can gambar berbicara.. simpan kenangan raya 2020 kami di sini...#teamrayaperlis #pkp #kitajagakita
JUADAH DI PAGI RAYA
ohh ya, sebelaum terlupa. Disebabkan PKPB. Aku adalah selit sedikit masa yang ada untuk Photoshoot Raya bersama anak-anak. around 1jam jer selesai...itu pun selepas 44 kali berfikir hahaha. dan hasilnya tidak menghampakan...next story ehh! k bye...
selamat Hari Raya...
Maaf zahir Dan Batin
8 pesanan ditinggalkan
Nice ramai-ramai tema hitam.
ReplyDeleteBestnya banyak gambar raya 2020. Dni ada beberaoa keping je😅
ReplyDeleteMeriah juadah rayanya
ReplyDeleteDapat juga beraya beramai.. Masih ad ekeseronokan
ReplyDeleteSalam kenal sis ! Selamat Hari Raya ..Moga sis sekeluarga bahagia selalu dan selalu dalam limpah kasih sayang Tuhan.. terliur tgk sis punya ketupat palas tu ..thun ni belum merasa lagi..='D kat Indo xde jual..xniat lg nak buat haha=P
ReplyDeleteRaya bersama keluarga kecil pun meriah kan. Selamat hari raya!
ReplyDeleteApa yang pasti , mood raya kalini memang kenangan terindah yang tak mungkin dapat dilupakan
ReplyDeleteSedapnye soto n gulai tu
ReplyDeletetinggalkan komen anda di sini ^O^