Logo KBBA

5 TIPS PENGGUNAAN AIRCOND UNTUK MENJIMATKAN ELEKTRIK

June 03, 2020



Hari tu aku kongsikan dengan korang entry SINI pasal aku pasang aircond baru dekat ruang tamu. Tertanya-tanya juga agak-agak bil aku nanti bakal melambung tinggi atau biasa sahaja... Ofcoz lah bila banyak penggunaaan makin meningkatlah bil TNB tu kan... Jadi dalam kerisauan itu,  aku sempat juga mencari info "Tips Untuk menjimatkan pengunaan bil elektrik bila pakai aircond" . Jadi kat sini aku nak kongsikan dengan korang info yang aku dapat dan aku akan cuba applykan dalam kehidupan seharian aku nanti. Sebenarnya cara penggunaan Aircond juga memainkan peranan dengan kos yang bakal kita tanggung.

Memiliki penyaman udara di rumah sememangnya merupakan salah satu perbelanjaan bulanan yang paling membebankan.Tetapi kini Aircond bukan sahaja menjadi kehendak pada aku lebih juga kepada keperluan dengan keadaan cuaca dan rumah masa kini. 

Berikut adalah beberapa tips mudah untuk meningkatkan kecekapan penyaman udara. Ia bukan sahaja akan membantu anda menjimatkan wang tetapi juga mengurangkan penggunaan tenaga dan impak terhadap alam sekitar:

1. Memilih kapasiti penyejukan yang tepat 
Faktor yang paling penting untuk dipertimbangkan ialah kapasiti penyejukan – ia bergantung pada keluasan bilik anda. Kapasiti penyaman udara yang rendah mungkin tidak akan cukup untuk menyejukkan bilik anda, jadi penyaman udara akan bekerja lebih keras untuk mencapai suhu yang dikehendaki namun ia akan menaikkan kadar elektrik. Namun jika kapasiti penyaman udara yang terlalu tinggi pula, ia mungkin menyejukkan rumah anda dengan lebih cepat tetapi kawasan anda akan berasa lembap dan apabila ia dimatikan tidak ada masa yang mencukupi untuk mengeluarkan kelembapan. Bagi kebanyakan bilik, penyaman udara yang berkapasiti antara 1.0HP hingga 2.0HP sudah mencukupi. Selain daripada saiz bilik, faktor lain yang perlu diambil kira adalah seperti ketinggian siling, cahaya matahari dan juga bilangan penghuni.

2. Mengekalkan Suhu yang Tepat 
Apakah tetapan suhu terbaik untuk penyaman udara? Terdapat fahaman popular yang kurang tepat iaitu jika anda menetapkan penyaman udara pada suhu yang tinggi ketika anda meninggalkan rumah ia akan menggunakan lebih banyak tenaga. Kajian membuktikan bahawa ia sebenarnya adalah langkah penjimatan tenaga kerana ia melambatkan pengumpulan haba di dalam rumah dan mengekalkan suhu bilik tanpa memerlukan pemampat untuk dihidupkan dan dimatikan dalam jangka panjang. Untuk pengetahuan anda, suhu ideal untuk keselesaan dan kecekapan tenaga rumah yang maksimum adalah antara 22 ° C hingga 25 ° C.

3. Pastikan Penapis Sentiasa Bersih 
Adakah anda menukar penapis udara anda dengan kerap? Ini adalah kerana kecekapan penyaman udara anda akan berkurangan jika penapis kotor. Penapis kotor akan melambatkan aliran udara, menjadikan unit anda bekerja lebih keras dan menggunakan lebih banyak tenaga sehingga bil elektrik anda naik. Adalah penting untuk memastikan penapis dibersihkan. Di samping itu, lakukan penyelenggaraan sekurang-kurangnya setahun sekali untuk memastikan kecekapan penyaman udara anda dikekalkan.

4. Memilih Penyaman Udara Inverter 
Teknologi inverter sama fungsinya dengan pemecut di dalam kereta; hanya memberikan kuasa yang lebih atau kurang seperti yang diperlukan. Sebuah penyaman udara dengan teknologi inverter akan berjalan secara berterusan untuk memastikan kelajuan dan kekuatan pemampat disesuaikan dengan sewajarnya. Hanya sejumlah kuasa yang diperlukan untuk memastikan suhu stabil pada tahap yang diperlukan. Oleh itu, secara automatik ia akan menyesuaikan keupayaannya berdasarkan keperluan penyejukan sesebuah bilik dan dapat manjimatkan elektrik sebanyak 30-40% (bergantung kepada penggunaan). Ia sudah tentu satu penyelesaian penjimatan tenaga yang kita semua suka!

5. Alternatif lain yang berguna 
Selain penyaman udara, kipas siling boleh digunakan untuk menyejukkan ruang dan suasana. Kipas menggunakan tenaga yang lebih rendah dan mengekalkan suhu selesa di rumah. Menggunakan kipas siling bersama penyaman udara juga boleh membantu meningkatkan suhu. Dianggarkan bahawa pemanasan dan penyejukan menyumbang lima hingga sepuluh peratus penggunaan tenaga, jadi perubahan kecil juga dapat memberi impak yang besar sama ada pada dompet anda dan juga pada bumi.
 

sumber : SINI

Semoga bermanfaat untuk semua. 

You Might Also Like

3 pesanan ditinggalkan

  1. SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. brg elektrik ni mmg manja. kena amalkan cara penggunaan yg betul.
    perkongsian yg menarik~

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^