5 Best Western Restaurants in Kuala Lumpur
March 25, 2020
Bila sesekali berada di Kuala Lumpur, antara soal tempat tinggal dan tempat untuk dilawati, perkara lain yang sering difikirkan adalah makanan. Selalunya makanan nasi lemak, nasi ayam, nasi dagang dan lain-lain, jadi kali ini apa salahnya tukar selera. Tekak ni nak juga rasa menu makanan lain seperti steak, pasta dan pizza.
Bila sebut steak, pasta dan pizza mesti anak tersenyum suka dan rasa seronok. Tambahan pula makanan barat ni memang banyak pun yang sedap-sedap.
Bila search western food near me macam-macam cadangan restoran best yang muncul.
Beruntung mereka yang tinggal di Kuala Lumpur kerana restoran makanan barat yang best dan sedap memang banyak ada di sana. Antara best western restaurants in KL yang saya rasa macam okay adalah 151 Hugh Low Kopitiam, Mikey’s Original New York Pizza, Hard Rock Café, Table 9 Restaurant dan Overloaded Western KL.
#1 - 151 Hugh Low Kopitiam
Kita kalau dah dapat gaji mesti mengidam nak makan makanan western dan kalau yang jenis kaki lepak dengan kawan-kawan mesti akan ajak kawan-kawan keluar makan sekali.
Tapi bila diajak, ada pula kalangan rakan yang nak makan nasi. Tak apa, kalian semua jangan panik dan risau sebab terdapat restoran yang dapat menyelesaikan masalah tersebut iaitu 151Hugh Low Kopitiam.
Di sini terdapat makanan barat dan juga makanan tempatan. Antara menu yang terdapat paling mendapat sambutan adalah Fish & Chips, Meatballs Bolognese, Chicken Burger with Cheddar Cheese dan Crispy Chicken Chop.
#2 - Mikey’s Original New York Pizza
Bagi sesiapa yang rasa nak makan pizza tapi nak cuba pizza yang lain daripada yang lain punya bolehlah cuba pizza daripada restoran Mikey’s Original New York Pizza dimana pizzanya sememangnya lain daripada yang lain.
Antara menunya ialah Classic New York Pizza, Buffalo Chicken Pizza, Mama’s Wild Mushroom Pizza, Sweet Hawaiian Chicken Pizza danBeef Loco Mexicano Pizza.
#3 - Hard Rock Café
Hard Rock Cafe merupakan antara restoran western yang menjadi buah mulut orang ramai kerana menu-menu yang terdapat di restoran ini tidak pernah menghampakan para pengunjungnya. Dipendekkan kata, kalau nak cari makanan yang betul-betul western, Hard Rock Cafe merupakan pilihan yang sememangnya tepat buat anda.
Terdapat juga menu yang dikhaskan untuk kanak-kanak seperti Soda, Mini Burger yang tidak pedas mengikut selera kanak-kanak, Frothy Milkshake dan Mac And Cheese.
#4 - Table 9 Restaurant
Restoran Table 9 ini turut menyediakan pizza dalam menu mereka selain makanan western yang lain seperti pasta dan ice cream dimana ia boleh didapati dengan harga yang berpatutan. Anda juga boleh memesannya ketika masa hujung minggu dari jam 12pm hingga 3pm jika anda ingin berjimat lagi untuk mendapatkan lunch set berharga RM22 sahaja.
Dan juga setiap set diiringi bersama salad segar dan kita dapat membuat pilihan minuman antara air Long Black atau Green Tea. jika anda membuat pesanan sewaktu tea time pula anda boleh mendapatkan muffin secara percuma dengan pembelian dua minuman.
#5 - Spoon SteakHouse
Akhir sekali, antara restoran yang disarankan kepada anda ialah restoran Spoon SteakHouse. Kalau didengarkan namanya pasti akan terlintas tentang steak, tetapi disini juga terdapat pasta bagi peminat-peminat pasta yang berada diluar sana.
Tetapi bukan itu sahaja menu yang terdapat di restoran ini, antara menu lain yang ada adalah seperti T Bone Steak, Pan Fried Salmon dan BBQ Beef Rib.
Tak Perlu Keluar Rumah, Order Terus Dengan Penghantaran
Waktu berkurung sekarang ni nak pergi sana sini memang tak berani. Tak kisahlah duduk di negeri mana sekalipun. Kita kena harus stay at home. Dan kalau lapar sangat tahap tak boleh bawa bincang, dengan hati membuak nak makan menu western food macam kat atas tu, saya cadangkan guna saja servis delivery dari Foodpanda.
Untuk apa nak keluar rumah kalau dah servis penghantaran makanan hingga ke depan pintu rumah. Order saja online dan nikmatilah menu kegemaran bersama yang tersayang tanpa perlu melangkah keluar dari rumah.
0 pesanan ditinggalkan
tinggalkan komen anda di sini ^O^