RESTORAN NYIRU KLASIK, KUALA PERLIS KEDAI MAKANAN LAUT YANG SEDAP
January 28, 2020
SALAM..
Kuala Perlis memang terkenal dengan kedai Makanan Laut @ Seafood
Yelah berdekatan dengan Laut ada pula Jetty ke Langkawi.
Kuala Perlis salah satu tumpuan pelancong singgah makan sebelum bertolak ke Langkawi
kadang kala Orang ramai yang datang menikmati hidangan Seafood
bukan setakat orang perlis sahaja
bahkan dari Alor setar atau Sungai petani pun ada yang sanggup ke Kuala Perlis
untuk menikmati hidangan Seafood yang Fresh-Fresh gituu...
Jadi aku nak kongsi lah dekat korang salah satu lokasi
Makanan Seafood yang best untuk korang singgah selain Restoran Api-Api
iaitu Restoran Nyiru Klasik.
kaunter Cashier |
Aneka Makanan Seafood
Sudut Menarik Untuk Bergambar
Sebenarnya, post ini entry terperam
aku lupa nak publish hehe
harap-harap belum terlambat lah nak share dekat korang
Kedai Makanan Laut yang Menarik di Kuala Perlis ini
Memandangkan rumah aku ke kuala perlis ini dalam 20 Minit je
jadi aku memang selalu ke sini
untuk menikmati makanan laut @ Seafood
yang semestinya sedap & fresh
kalau ikutkan semua kedai makanan laut dekat kuala Perlis ini sedap
cuma aku suka juga ambil kira Lokasi, Kebersihan , Servis dan harga hehe
kalau harganya mampu milik dan TAK tercekik darah apa salahnya ulang banyak kali hihi
dah lebih 3X ulang makan kedai ini
Pada aku Menu yang memikat selera di sini ialah Masakan Tiga rasa.
Yang nie aku Oder Siakap 3 Rasa
sedap dan hidangan agak unik..
diaorang letak parutan mangga muda ala-ala somtam giteww
Anak aku Carving nak makan Ketam Celup Tepung
Lepas dah kenyang makan nasi baru oder ketam
sebab tak nak ganggu proses makan haha
bijak tak aku! kikiki
Nak makan ketam nie kena rajin
tambah-tambah bila anak kecik2 tak reti lagi nak kopek isi ketam
oder 3 ekor je ketam untuk Kaisara & kaliff
Dekat mana Lokasi kedai ini?
jap lagi aku share
kalau korang yang nak masuk langkawi dan singgah bermalam di Kuala Perlis
boleh la try ke Restoran Nyiru Klasik ini
Alamat:
Lebuhraya Changlun - Kuala Perlis, Pekan Kuala Perlis,
02000 Kuala Perlis, Perlis
Waktu perniagaan:
Akan dibuka pada 4:00 PTG
Telefon: 017-440 7843
(aku copy nombor nie dr FB page diaorang)
nota: Aku share tempat yang menarik untuk korang...semoga bermanfaat. Dekat perlis ini memang banyak kedai makan yang sedap dan Ekonomi . Jimat poket giteww! selamat Mencuba
4 pesanan ditinggalkan
sedapppnyaaa
ReplyDeleteokkkk masuk list !!! hehe.. sebab selalu je kesana pegi rumah sepupu.
ReplyDeleteapa lagi !! terjah nanti =D
Wow macam best je kat sini. Ingatkan tadi kerabu mangga rupanya hirisan mangga atas ikan. Kreatif. Dah lama tak pi Kuala Perlis, kalau ke sana nanti mesti nak singgah Nyiru Klasik ni.
ReplyDeletewaalaikumussalam. rindunya makan2 kat kuala perlis ^_^
ReplyDeletetinggalkan komen anda di sini ^O^