Logo KBBA

ALHAMDULILLAH... ANAK KE TIGA COOMING SOON

November 04, 2019

Selamat Pagi



Sesungguhnya Rancangan Allah SWT itu yang Terbaik
Alhamdulillah..
Minggu ini genap 6 bulan Kandungan aku yang ke tiga ini
Korang Doakan aku selamat bersalin yer
InsyaAllah #baby2020 is Coming Soon

PERASAAN?

Tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan 
Masa First Time dapat tahu
Tak sangka bakal lalui sekali lagi Pengalaman Mengandung 
Pengalaman yang cukup indah
Happy sangat! 
Berita gembira untuk MR.Husband & anak-anak aku
#kaliff kata tak sabar nak ada baby mama hehe

TIADA MORNING SICKNESS

Rezeki aku: Aku sebenarnya tak pernah lalui  
Fasa "Morning Sickness"
semasa anak pertama & ke dua dulu pun sama
untuk yang ketiga ini pun 
alhamdulillah tak ada juga Morning Sickness
Tiada alahan mahupun masalah nak pilih makanan
pening-pening, loya atau pun muntah di pagi hari.
syukur sangat...

Cuma kesihatan aku kali ini
Nonstop Selsema & Bersin
sepanjang tempoh 3 bulan pertama hari itu...
( Memula aku ingat resdung kuat,
aku siap p ambik Facial Resdung lagi sebab tak tahan sangat haha)


Now,  dah masuk Trismester Kedua
Fasa Morning Sickness pun dah berlalu orang kata
Nak enjoy the moment 
sepanjang kehamilan kali ke tiga ini. 

BUKU BUKU MERAH?

Aku buka buku merah sewal usia kandungan 8 minggu
Masuk je minggu ke 12 terus appoiment dengan Doktor untuk scan dll
memula rasa macam awal sangat tapi nak pastikan keadaan kesihatan aku okay!
 jadi aku follow jer arahan Nurse.
Check up pun sepanjang 6 bulan ini cuma
sebulan sekali...

Nurse bagitahu aku baru-baru ini
disebabkan jarak dengan anak kedua 6 tahun
aku dalam pemantaun Nurse, Jururawat Masyarakat tak boleh handle kes aku
katanya High Risk kerana katanya keadaan aku  sama jer
 macam nak bersalin balik anak pertama ( jarak yang jauh) 
aku mampu tersenyum aje hehehe

UBAT-UBATAN / SUPPLIMENT TAMBAHAN:

Masa awal 1-3 bulan aku makan ubat yang KK bekalkan aje
kemudian aku ambik tambahan Vitamin C REDOXON

Masuk bulan ke 3-6 aku mula makan IBERET.
dlu masa mengandungkan kaliff pun aku makan IBERET juga bagus untuk Meningkatkan HB.
Tapi lately ini IBERET buat aku rasa xsedap hati...
 berdebar-debar dan pening. aku dah stop.

Dan sekarang Aku continue dengan Vitamin dari Klinik Swasta jer.
Masih mencari-cari iron yang sesuai dengan aku. Korang ada cadangan tak??


Doakan aku dan baby sihat tau ^_^









You Might Also Like

7 pesanan ditinggalkan

  1. alhamdulillah tahniah. semoga dipermudahkan segala urusan. kak amek iron keluaran Shaklee dah 7 tahun. alhamdulillah bacaan hb cantik. keke

    ReplyDelete
  2. alhamdulillahhh.. take care tau jangan buat keje2 berat.
    may Allah ease =)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, semoga dipermudahkanNya sepanjang kehamilan sehingga selamat melahirkan ,aamiin

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..semoga dipermudahkan sepanjang hamil ni..

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^