MUDAHNYA PASANG LANTAI VINYL FLOOR DARI KEDAI ECO
August 29, 2019
Last week aku dan mr.husband buat projek pasang vinyl floor. Fuhhh memang tak ada pun dalam perancangan nak pasang dalam masa terdekat ini. Tapi di sebabkan kami kebosanan tak ada plan nak ke mana terus aku ajak mr.husband cari vinyl floor eco.Terjebak pun lepas aku selalu follow page Kelab Deco eco/mr.diy tu. Tengok ramai yang share rasa tertarik pula. Walaupun harganya murah kualiti barang2 eco memang tak di ragui. Sebahagiannya sgt berguna orang kata macam tak padan dengan harganya tapi untuk rakyat marhaen macam aku barangan kedai eco pun kira dah cukup baik. kenapa aku kata MUDAH nak pasang lantai vinyl Floor kedai eco ini? sebab dekat belakangnya dah sediada gam. korang cuma perlu lekatkan sahaja pada lantai. buat sendiri lebih jimat. Tak perlu upah tukang hehe
Sebelum ke eco cari vinyl floor ini kami ukur siap2 kawasan yang nak pasang. Actually rumah aku yg dah hampir 2 tahun duduk ini memang tak pasang tiles lagi .kami pakai tikar getah je. So dah 2 tahun kan...tikar pun dah tak cantik tu yang membuak2 rasa nak tukar ke vinyl floor hehe. Tq mr.husband belanja keseluruhannya . Dah cakap siap-siap pasang berperingkat tau Sebab nak buat sendiri kan aku ini idoklah mampu siapkan sampai sebuah rumah. takut terbengkalai pula. Jadi kami ukur dulu kawasan depan toilet. Bahagian paling blkng dalam rumah. nak try & error bukan apa takut juga nanti dah pasang siap satu rumah tak tahan lama pulak kang membazir. kita cuba dahulu kawasan yang kecil.
Anggaran keluasan 240cm x 140cm jer. Depan toilet ini aku letak mesin basuh je sebiji. Bila di hitung keseluruhanya kami memerlukan lebih kurang 40pcs vinyl floor eco dengan ukuran 15cmx60cm. Ok perfect!! So korang kalau nak pasang dekat rumah make sure buat kira-kira dahulu. Supaya tak terkurang atau terlebih beli . Kena ada juga alatan macam pita ukur,sesiku L, penukul getah (lepas lekat dekat lantai kena ketut2 nak bagi rapat dan kemas di lantai), pisau/gunting untuk potong lebihan vinyl floor di bahagian hujung-hujung lantai untuk nampak lebih kemas dan cantik dan Kain buruk untuk bersihkan segala kekotoran selepas kerja-kerja pemasangan.
Inilah kawasan depan toilet yang aku nak pasang Vinyl Floor Eco tu. |
sebelum pasang aku dengan husbnad try susun-susun dahulu. ada banyak cara susunan aku suka yang nampak macam tangga tu... |
inilah hasilnya bila dah siap pasang. keluasan depan toilet ini 140cm X 240cm jer |
Alhamdulillah hasilnya lepas jer siap seminggu , Gam pada vinyl floor eco tu mmg okay jer, kemas dan kuat tak perlu dah tambah gam lain. Nak mop lantai pun x susah mop jer macam biasa material vinyl floor still okay, tidak licin dan harap-harap bertahan lah bertahun lamanya hehe...(jimat-jimat)
Next projek lepas menjadi pasang vinyl Floor Eco nie. kami decide untuk pasang sekali dekat Hall rumah tapi kali ini kami direct beli dekat gudang di Penang. Ukurannya lebih panjang dari eco. kiranya lebih berbaloi dan lebih jimat. dah siap ada gam di belakangnya macam kedai Eco.
Nak kongsi 3 Tips Penting sebelum pasang Vinyl Floor
3 TIPS PENTING SEBELUM PASANG VINYL FLOOR
1. Pastikan lantai di bersih, dicuci dan di mop/lap sehingga BERSIH. supaya tiada bendasing/debu semasa proses lekatan vinyl floor nanti
2. Lekat Vinyl Floor ikut arah yang telah di TETAPKAN. (supaya ira kayu xberlawanan)
3. Gunakan penukul getah untuk hasil lekatan vinyl floor rapat dan kemas dilantai.
***info tambahan
setiap sekotak vinyl floor terdapat 36 keping ( kalau beli dekat kedai eco RM2.10 X36 keping bersamaan RM 75.60 sekotak ).korang boleh juga compare harga ini dalam website shopee. ada di jual material sama macam eco. Just to share TQ.
Next entry nanti aku share yer warna pilihan Vinyl Floor dekat Hall Rumah aku pula....dah siap pasang pun! projek ke dua lepas pasang yang di atas ni hehehe
Nak kongsi 3 Tips Penting sebelum pasang Vinyl Floor
3 TIPS PENTING SEBELUM PASANG VINYL FLOOR
1. Pastikan lantai di bersih, dicuci dan di mop/lap sehingga BERSIH. supaya tiada bendasing/debu semasa proses lekatan vinyl floor nanti
2. Lekat Vinyl Floor ikut arah yang telah di TETAPKAN. (supaya ira kayu xberlawanan)
3. Gunakan penukul getah untuk hasil lekatan vinyl floor rapat dan kemas dilantai.
***info tambahan
setiap sekotak vinyl floor terdapat 36 keping ( kalau beli dekat kedai eco RM2.10 X36 keping bersamaan RM 75.60 sekotak ).korang boleh juga compare harga ini dalam website shopee. ada di jual material sama macam eco. Just to share TQ.
Next entry nanti aku share yer warna pilihan Vinyl Floor dekat Hall Rumah aku pula....dah siap pasang pun! projek ke dua lepas pasang yang di atas ni hehehe
13 pesanan ditinggalkan
wow..mudahnya pasang..cantik plk tu.:)
ReplyDeletedone follow sini. Btw nice sharing, lantai pon nampak elegant gitu... iklan gugel juga siap di tekan. jemput2 la singgah blog saya.
ReplyDeletedone follow. keca 2 ringgit tu memang bhantu. kalau barang2 kat dapor rumah kite, mmg kebanyakan nye dari kedai eco..hehe
ReplyDeleteNampak sangat cantik. Teringin juga nak pasang tapi kawasan lantai tu luas sangat. Hehe
ReplyDeletebestnya rumah pasang lantai Vinyl
ReplyDeleteapa nama kilang kt penang tu yg lagi murah ? sy berminat nak tukar lantai rumah baru.. heheehe
ReplyDeletetender Love. search dlm shopee pun ada jual
DeleteSis nk. Location kilang tu. Boleh terus pergi ke
Deletediaorang jual dlm shopee je..sbb ada mmber dh pergi baru2 ni..diaorang xnak jual direct dh
DeleteNak tanya, lantai adal simen ya? Tahan ke? Sebab saya nak beli vinyl Aqsa, dia tak rekemen pakai yang sticker nya.. sebab lantai saya simen ,nanti tercabut juga..
ReplyDeleteyang puan pakai eco punya ni, tahan ya?
ye tahan je yang eco ni. da 2 tahun masih okay. simen biasa je
DeleteSis share la beli dekat mana gudang di Penang tu hihi
ReplyDeleteNice Sharing and info, btw..
ReplyDeleteKami di Deco Hub ada menjual, supply dan installation brg flooring.
Deco Hub is a one-stop shop for transforming your home's interior. They offer a vast selection of carpets in the latest designs, alongside flooring options like vinyl and SPC. For a cohesive look, Deco Hub also supplies wallpaper, blinds, and curtains, all delivered and installed throughout Kedah, Perlis, Penang dan Seluruh Malaysia.
Alamat : 304, Lorong Perak 16, Kawasan Perusahaan Mergong, 05150 Alor Setar, Kedah
Phone: 019-900 6904
tinggalkan komen anda di sini ^O^