SURYA S GREAT GRAIN PILIHAN SAYA SEPANJANG RAMADAN INI
May 30, 2019
Hai semua
salam ramadan ke - 25. Pejam celik pejam celik sekejap je Ramadan dah nk sampai ke penghujungnya. aku nak share lagi pasal kelebihan Surya S Great Grain. Alhamdulillah di pertemukan dengan Minuman Bijirin ini. Sahur aku lebih bermakna gitew.
Biasalah bila bangun sahur kadang-kadang tenung je makanan tu. nak makan tak tertelan. Jadi SURYA S GREAT GRAIN kali ini sangat membantu dalam aku menjalani puasa di siang hari. Rasa kenyang jer setiap kali aku minum Surya S Grea t Grain semasa bersahur.
S Great Grain ni mengandungi 18 jenis bijirin dan 5 jenis bahan istimewa makanan sunnah. 5 makanan sunnah tu termasuklah Madu, Buah Tin, Buah Zaitun, Habbatussauda & Delima.S Great Grain sesuai diminum oleh semua golongan umur. Kanak kanak pun boleh. Even ibu mengandung pun sesuai. Tapi kalau rasa ragu ragu, boleh dapatkan nasihat doktor dulu. S Great Grain ni sesuai lah untuk diamalkan masa sahur bulan Ramadhan ni. Sebab memang bagus sangat untuk bekalkan tenaga.
Rasanya sedap tak?
Mesti soalan pertama korang tentang rasa dia kan? Bagi aku Sedap! rasa bijirin macam kita makan Nestum/Oat tuu. ada juga macam rasa susu-susu dan tak berapa manis ( aku memang minum kurung manis ). Aku rasa budak-budak pun suka je minum. sesuai untuk budak-budak juga tau. Ada juga sekali dua anak aku minum masa bersahur.
Kandungan yang istimewa
Dengan kandungan kebaikan yang diperolehi daripada 18 jenis biji-bijian termasuk lima makanan sunnah iaitu habbatus sauda, madu, zaitun, delima dan buah tin, formulasi unik ini diyakini mampu memberi pelbagai manfaat kesihatan.
Bijirin seperti beras merah, beras perang, kacang hijau, jagung, gandum, bijan hitam dan pelbagai jenis kacang serta biji benih mempunyai set nutrien yang komprehensif termasuk karbohidrat yang baik, protein, serat makanan, vitamin dan antioksidan. Ini menjadikan produk ini pilihan terbaik untuk mereka yang ingin memulakan hari dengan sempurna.
Minuman multi bijirin ini sememangnya memberi manfaat kepada kesihatan. Nak mengamalkan diet sihat atau ingin menurunkan berat badan pun boleh mengambil minuman ini, sebab Kandungan oat beta glucan dalam minuman multi-bijirin membantu dalam pengurusan berat badan yang ideal. Ini kerana ia mampu memberi rasa kenyang , sekali gus memperlahankan nafsu makan serta bagus untuk sistem pencernaan. Selain itu, makanan multi bijirin juga membantu mengimbangi paras glukosa dalam darah.
Sesuai ke di minum sepanjang ramadan ?
SESUAI sangat! sebab aku pun dah pilih Surya S Great Grain ketika bersahur kerana ia mengandungi nutrien dan serat yang membantu mengekalkan tahap tenaga sepanjang hari. Ia memenuhi keperluan nutrien harian kita dari semua kumpulan makanan terutamanya karbohidrat kompleks yang membantu melepaskan tenaga secara perlahan-lahan sepanjang tempoh berpuasa. Rasa lebih bertenaga gituw. walaupun tak makan makanan berat semasa sahur. Macam aku biasanya sahur memang aku pilih nasi cuma ada juga kadang-kala time tak lalu sangat-sangat nak telan nasi Surya s great grain lah penyelamat aku. Kalau tidak lemau lah aku seharian huhuhu
Untuk maklumat lanjut mengenai Surya S Great Grain, korang boleh layari laman sesawang tertera dan jangan lupa untuk dapatkan Surya S Great Grain di laman e-commerce Shopee.
Facebook link:
E-Commerce link Shopee:
0 pesanan ditinggalkan
tinggalkan komen anda di sini ^O^