Logo KBBA

REVIEW ALTHEA A'BLOOM

May 21, 2019

Selamat Pagi


Last month aku ada dapat Suprise box dari althea. Memula ingat barang yang sampai itu barang yang aku oder. Yelah sebab aku memang selalu juga oder barang-barang beauty dekat website althea .
Rupanya barang yang aku oder tu sampai sehari selepas itu. Bila dah ada dua box baru aku perasan rupanya ada suprise box dari althea hehehe

btw tq to #altheaangles selalu bagi suprise dekat we oulss hihihi

So aku nak lah review sikit product suprise yang aku dapat itu. Katanya ia adalah keluaran terbaru dari althea sendiri iaitu  A'Bloom by Althea. Apa yang ada dalam Set A'bloom ini?

Antaranya ialah:


A'bloom BHA Blackhead Blaster



Cara yang cepat dan mudah untuk mendapatkan hidung bersih dalam 1 minit. Membersihkan & menjelaskan liang dengan serta-merta dengan bahan-bahan semula jadi. Dapat mengeluarkan bintik-bintik hitam dengan mudah tanpa rasa sakit.

Bagi mereka yang tidak menyukai cara menyingkirkan bintik hitam yang kadang kala menyakitkan.. BHA Blackheads Blaster sangat sesuai di gunakan. . Pengelupas bukan kerengsaan sesuai untuk kulit sensitif. bagi mereka yang mahukan cara yang berkesan untuk membersihkan sebum yang berlebihan. Ia juga boleh digunakan sebagai scrub cepat untuk siku atau tumit .

Cara Guna A'bloom BHA Blackhead Blaster Lembapkan bahagian yang ada white head / black head. Sapu BHA Blackhead Blaster secara membulat dan biarkan seketika dalam 30 saat. Kemudian bilas dengan air suam. Kesannya kelihatan serta merta. Senang betul. Tak perlu dah nak pergi SPA buang white head atau black head. Pastu tak sakit pun!!

A'bloom Giant Meringue Puff & A'bloom Baby Meringue Puffs




A'bloom Meringue Sponge puff ini telah diilhamkan dari baking meringue cookies. sekali tengok macam cookies betul kan. hehehe. dah la lembut dan gebus.


Puff Meringue di perbuat daripada span bukan lateks dengan sifat hidrofilik yang akan mengembang 1.5 kali lebih besar dari saiz asal apabila di rendam dengan air. Kegunaannya untuk meratakan solekan pada kulit muka. ada 2 jenis satu puff besar untuk meratakan foundation atau concealer di wajah, manakala puff yang kecil sesuai untuk ratakan foundation di bahagian bawah mata, celah hidung, bahagian belakang mata dan bleh juga di gunakan untuk meratakan blusher pada pipi 

4x A'bloom FRUIT Mask 
  1. Watermelon Mask Sheet
  2. Avocado Mask Sheet
  3. Lemon Lime Mask Sheet
  4. Anti-Blemish Peach Mask Sheet

A'bloom Brightening Lemon Lime Mask sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berkombinasi. Mask ini membantu mencerahkan kulit yang kusam dan memberikan kesan 'glowing' pada kulit muka. Mempunyai double dose ekstrak lemon dan lime untuk menghilangkan bintik hitam. Bukan itu sahaja, malah mengandungi teh hijau  dimana ia dapat mencerahkan kulit sambil menenangkan kulit.

Bahan utamanya pula ialah Niacinamide, Citrus Limon (Lemon) Fruit Extract, Citrus Aurantifolia (Lime) Fruit Extract, Camellia Sinensis Leaf Extract.

 A'bloom Anti Blemish Peach Mask. Bagi korang yang ada masalah iritasi dan kulit sensitif, boleh cuba A'bloom Anti Blemish Peach Mask dimana ianya boleh mengurangkan iritasi dan kulit sensitif. Ekstrak peach dan minyak pokok teh yanga da pada mask ni dapat mengawal lebihan, mengimbangi lembapan serta membersihkan kulit dari dalam untuk kulit. Ini akan buat kulit jadi lebih lembab dan lembut.

Bahan utamanya ialah Prunus Persica (Peach) Fruit Extract, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Extract.

A'bloom Moisturizing Watermelon Mask ialah Mask yang diformula untuk kulit kekal terhidrat dan lembap . Minum air tembikai pun dah sedap dan elok untuk kulit, mask juga pun bagus kerana kandungan dari ekstrak tembikai dan ditambah dengan lavender untuk bau yang menenangkan...

Bahan utama ialah : Citrullus Vulgaris (Watermelon) Fruit Extract, Lavandula Angustifolia (Lavender) Extract

A'bloom Nourishing Avocado Mask Ia mempunyai kandungan anti-oksida yang tinggi untuk menyubur dan melindungi kulit dari pencemaran dan mencegah penuaan. Bahan ekstrak avokado dan bunga raya menjadikan kulit lebih lembut dan bersinar.

Bahan utamanya ialah : Adenosine, Persea Gratissima (Avocado) Fruit Extract, Hibiscus Sabdariffa Flower Extract.

so, kali ini aku try A'Bloom Moisturizing Watermelon Mask. Review aku Mask A'Bloom nie semuanya best-best.  Rasa sejuk, lembap dan  halus je kulit lepas pakai. Harga pun Murah Weh! cuma RM 2/pcs sahaja.

Kalau korang nak beli klik sini :  https://my.althea.kr/


Thanks read here! 


You Might Also Like

1 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^