BERCUTI DI KELANTAN - PART 2
May 02, 2019Sambungan dari sini
Entry kali ini nak cerita 2 tempat best yang aku sempat singgah masa dekat kelantan hari itu...Bagi aku best lah sebab first time sampai kan...hahaha. Tempat paling best dekat kelantan nie pada aku adalah PANTAI. Pantai-Pantai dekat sana cantik sangat-sangat.
Dekat sini aku kongsikan beberapa tempat yang sempat aku singgah semasa di sana. Aku nak kongsikan gambar aje..nak cerita tak tahu sangat hehe. Jadi nanti kalau korang plan nak ke kelantan singgah lah di tempat-tempat menarik ini. Antaranya:
Kan dah cakap view dekat pantai di Kelantan nie memang cantik.. Nie suasana petang semasa aku dekat Pantai Cahaya Bulan. Orang memang agak ramai di sini...sAMBIL-SAMBIL MAKAN korang boleh ambik angin laut sekali... ada juga yang bermain Layang-layang dekat kawasan itu juga..
so, di sebabkan First time sampai aku ajak Mr.Husband Dinner dekat sini jer... Kami pilih Udang Goreng Tepung yang Viral sepinggan RM10 tu.. Fuhh Nikmat sambil Makan Maggie Udang Galah hihihi
Aneka seafood Goreng Tepung |
ABC Kelapa |
Udang Goreng Crispy |
Maggie Udang Galah |
Dekat Pantai Cahaya Bulan ini ada banyak gerai jualan makanan yang hampir sama, Jadi kena pandailah korang pilih kedai mana yang menambat hati hehe...Pada aku semuanya menarik tapi sedap ke tak masing-masing punya tekak kan...
Kami Gerak Balik Hotel lepas ambik view sunset di situ Cantik sangat. Kalau ada rezeki nak repeat lagi pergi Pantai Cahaya Bulan (PCB) lagi.....Kami ke PCB masa Hari Pertama sampai
Pantai senok nie kami singgah masa hari ke dua di sana. last minit punya plan. sebab dekat kelantan baru aku sempat google tempat mana lagi yang wajib singgah hahaha. Memula plan macam tak jadi jer nak ke Pantai Senok sebab rasa macam jauh. Tapi sebab tak ada plan ke mana-mana jadi kami guna waze ke Pantai senok. Sebenarnya di sana Pantai senok ini di kenali sebagai Nami Island Kelantan. Boleh dapat view ala-ala di KOREA giteww. Tak mampu nak ke KOREA ke Kelantan pun bole hehe.Lokasinya tidak jauh dari Pekan Bachok Kelantan.
klau pergi ke Bachok Kelantan jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Pantai Senok untuk mengalami sendiri pengalaman ala-ala Pulau Nami ni. Bagi aku memang cantik pokok-pokok itu.
Cantik tak? haaa nie jer view yang best sempat aku rakam kan masa kat sana. Jangan Tanya aku sapa yang ambilkan gambar.... sebab time nie aku set timer je...sambil lari2 nak ambik gambar hahaha kebetulan time kami sampai orang tak ramai lagi..jadi gambar aku banyak yang nampak macam kami jer ada di situ hahaha......btw memang puas hati cantik dalam gambar di luar...ermmm korang kena singgah dan nilai sendiri lah kikiki
PASAR SITI KHATIJAH
Tempat wajib singgah kalau ke kelantan..Pasar Siti Khadijah ini terletak di tengah-tengah bandar . Ia adalah kompleks perniagaan yang mengumpulkan berbaga barangan tempatan seperti pakaian, kain batik, kain pasang, makanan, barangan dapur, aksesori dan macam-macam lagi. Paling Menarik jualan keropok kering dan Lekor di sini. Bangnan besar setinggi tiga tinggkat ini mempunyai berpuluh buah kedai yang kebanyakannya menjual barangan yang sama. kena bijak memilih .
Done membeli keropok kering, keropok lekor dan budu hehe
MUZIUM ADAT ISTIADAT DI RAJA & KAMPUNG KRAFTANGAN
Last tempat yang wajib singgah bila sampai kelantan ialah muzium. Aku dan anak-anak memang tak lepaskan peluang berjalan-jalan dekat area bandar tu keluar masuk muzium haha. Rajin kan kami...
So inilah percutian kami 3 hari 2 malam di kelantan. Fisrt time bagi aku dan insyallah akan repeat lagi ke sana oneday :)
nota: maaf entry lama terperam...ini je mampu di kongsikan ...next post
1 pesanan ditinggalkan
uihh,,seronoknya dia.Tak pernah lagi sampai ke muzium ni.Pergi sekali je dl,,huuuu.Bila lah dapat repeat lagi
ReplyDeletetinggalkan komen anda di sini ^O^