Logo KBBA

KAISON AMAN CENTRAL, ALOR SETAR KEDAH

January 04, 2019

Hai korang,


Baru-baru ini Kaison telah membuka cawangan terbarunya di Utara Tanah Air dekat Aman Central Baru pun tak baru lah sangat dah dekat sebulan tak silap aku ( Ampun..entry terperam haha ) .Yeahhh dah tak payah nak pergi jauh-jauh lagi semata-mata nak dapatkan barangan deco-deco untuk rumah..hihi. Dulu aku beli barang kaison ini dekat IPOH tau boleh baca SINI. Umumnya mesti korang dah tahu kan Kaison Menjual Pelbagai barangan perhiasan rumah, langsir, karpet, lampu, bunga, dan ada juga barangan-barangan Comel yang lain.

Punya tak sabar nak masuk kaison Aman Central Hari ketiga ianya di buka kami sekeluarga dah pergi terjah..cuci-cuci mata hahaha (silalah percaya). Dah dapat agak orang kaan ramai makanya jam 10.30 kami dah sampai Aman Central kebetulan aku balik rumah mentua dekat jer .

Kenapa aku suka tengok dan beli barang dekat Kaison? sebab barang-barang dari kaison Deko dia moden dan cute untuk seluruh rumah, dari frame sampailah ke bunga-bunga. Bantal, carpet pun ada. Harga bagi saya ada yang murah dan ada juga yang mahal tapi untuk rakyat marhaen macam saya ini katogori mampu milik lah gitu.

So, Bila dah dekat ini datanglah pelbagai idea nak mencantik kan rumah. Yelah rumah aku pun tak sarat lagi dengan barang perhiasan. so setiap kali ke kaison aku pilih la juga satu atau dua barang untuk rumah kami hehe.

BTW sehingga ke hari ini aku dah 2 kali jejak kaki ke Kaison Aman Central. Kekonon nak cuci mata lagi hahaha. Akhirnya aku grab lagi dua tiga barang fuhhh...poket dah tak berapa nak selamat sejak Kaison ini dah makin dekat.


                         

                   

Apa yang aku beli kat situ? 
Jap nak share dengan korang

STRING LIGHT

Nie haa lampu Tido bateri jer untuk bilik kaisara & Kaliff
Banyak betul design yang cantik-cantik dekat situ
Memang sesuai kakau nak beli dan pasang dekat bilik anak-anak
Cantik dan Comel weh

BUNGA

KALENDER #2019

TEMPAT LETAK ALAT TULIS

Ada lagi yang terbeli tak sempat nak snap gambar. 
anak-anak aku yang comel itu kan suka toys 
adalah juga grab beberapa item bear yang comel untuk diaorang
tiap kali pergi mesti dioarang nak juga ( adoi sabar je lah... )

Lepas ini dah plan dengan Mr.Husbang nak grab Wallpapper pula
Sebenarnya dah lama nak pasang tapi itulah 
rumah baru kan..Mr.Husbband sayang dengan dinding yang baru di cat...
So tunggu lama sikit baru nak pasang wallpapper katanya...
Kitaorang dah siap balik Ukur-ukur dinding mana yang nak guna 
berapa gulung nak kena beli..
sebab nak elak pembaziran atau tak cukup gulung kang tak pasal-pasal 
wallpaper kami bercampur-campur corak pula huhuhu
Hope dapatlah pasang Wallpaper dekat dapur comelku itu nanti 

Okay..Hope minggu ini dapat lagi singgah Kaison yang dekat itu....*_*







You Might Also Like

7 pesanan ditinggalkan

  1. Oh...baru tahu ada Kaison kat Aman Central...kat level berapa ya? Ni yg tak sabar gak nak terjah ni...

    Thanks bagi info...

    ReplyDelete
  2. Xsempat lagi nk p kaison aman central tu.. ..

    ReplyDelete
  3. Kalau p aman central Tak sah tak singgah kaison.haha..aura kaison sungguh kuat,Masuk cuci mata pun dh ok ..nak beli brg mak oiii..tgk kaunter baratur panjang

    ReplyDelete
  4. ateng haritu nak beli string light tu tapi Allahu orang beratoq macam ketaapi tak jadi teruih hehe

    ReplyDelete
  5. syiok lew orang utara Kaison da dibuka.. bila depa nak bukak kat Penang pulak haih.. paling dekat kat Lumut tuh.. or Ipoh hahaha.. xpela skrang ade da kat AmanJaya..

    ReplyDelete
  6. sha masuk takbeli apa pun 😂 rasa hebat pulak 😂😂😜

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^