Logo KBBA

HANSAEGEE NATURE: ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER

January 16, 2019


Hai Korang,

Baru-baru ini aku dan Family sekeluarga pegi berkelah dekat area Yan, Kedah..kekonon nak memanfaatkan cuti sempena Krismas yang lalu. Bila dah berkelah ini punya seronok Mandi kolam sampai kulit muka aku terbakar sebab terlupa nak pakai sunblock sama haha (salah sendiri). Bila dah mandi Kolam ini air kan dah bercampur macam-macam Jerawat Pun dah mula keluar... Aku dah  mula Susah Hati Weh! Makanya aku pun cubalah mencari produk yang bagus untuk kulit aku kembali kepad asal. Dan gudnews aku terjumpa satu artikel tentang produk kecantikan dari HANSAEGEE NATURE.

Aku terus search internet dan cari produk terbaik dari Hansaegee Nature. Aku betul-betul tertarik  dengan ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER ini . Hasaegee Nature adalah produk 100% dari Korea tau.  Memula kena tahu juga kelebihan produk ini kan. kebetulan pula ada kawan yang suggestkan aku cuba pakai Cleanser ini...dan akhirnya aku pun beli & cuba pakai produk ini hihi..

Best sangat guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser
bila picit-picit Texture pembersih ini lembut, melembapkan kulit dan ada buih-buih halus

KELEBIHAN ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER


Kulit Lebih Bersih

~ Efektif menghilangkan kotoran, sel kulit mati, dan solek dari kulit anda, Memastikan kulit kelihatan jelas & cerah

Melembapkan Kulit Wajah

~ Anda akan menjadi suprized bahawa kulit anda tidak terasa kering! Kulit anda tetap lembap sepanjang hari selepas proses mencuci, kulit tidak kering, Buih kaya dengan kelembapan yang lembap menghalang kulit anda daripada mengeringkan

Menghilangkan Kekotoran & Mengecilkan Pori 

~ Membersihkan secara mendalam ke liang-liang; Kesan yang sangat baik pada pembersihan solek; Menguatkan liang, memberi pandangan yang lebih sihat; Meninggalkan kulit berkilat dan penebangan bersih; Mengeluarkan kekotoran jauh di dalam liang kulit.

Macam inilah buih-buih Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Texturenya sgt Moist dan Berbuih-buih macam ini
Bila terkena air pun texturenya masih lembut ,ada buih-buih halus dan mudah di sapu pada muka...
ahhh Tak sabar nak pakai dekat muka aku.

KANDUNGAN/BAHAN UTAMA ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER



Pengalaman Aku Menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Okay, dah cuba pakai mesti dah tahu kelebihannya. aku memang suka dengan pencuci muka ini. Kulit muka aku makin bersih dan Jerawat cepat mengecut. ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER ini sesuai untuk semua jenis kulit, kulit berminat & kulit kering. Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni datang dalam botol bersaiz 150ml. Kira besar juga lah botolnya..tahan berapa lama tu tengok pada penggunaan kita juga. Satu lagi yang menariknya pencuci ini ialah bila kita picit-picit jer botol ini keluar buih-buih putih. Bila pakai dekat muka teskture sangat lembut & pembersih ini dapat meresap jauh ke dalam kulit sekaligus dapat membersihkan segala kotoran dan kulit mati dengan pantas. Asalnya pencuci dalam botol ni dia bentuk cecair tapi bila di pump dia jadi buih-buih. So buih inilah yang bantu membersihkan pori-pori  pada wajah kita. Aku dah Jatuh hati dengan produk dari Hansaegee Nature. Harga sebotol RM65 sahaja. Seriusly aku suka dengan produk Hansaegee Nature ini.


CARA NAK PAKAI ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER

1. Pastikan muka dan tangan anda basah terlebih dahulu.

                  
2. Pam 2 kali pada tangan yang basah


3. Urut muka dengan perlahan dengan gerakan bulat. Buih akan semakin banyak pada kulit yang
    basah.


4. Lepas tu, basuh muka dengan air suam.


Kalau korang berminat nak mencubanya boleh lah klik pada website di dekat bawah entry ini nanti. aku akan share kan untuk korang. Nah! aku selitkan sekali Tips Membersih kulit Muka supaya kulit muka kita sentiasa bersih dan sihat.

***Tips Membersih Kulit Muka
1. Cuci Muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari
2. Bersihkan sisa-sisa Make up terlebih dahulu 
3. Cuci wajah dengan air suam
4. Urut wajah dengan lembut semasa membersihkan wajah
5. Keringkan wajah perlahan-lahan dengan kain yang bersih


Company name: Hansaegee Nature

You Might Also Like

3 pesanan ditinggalkan

  1. wowww..lembut buihnya.Mesti best kan semasa mencuci wajah. Aloe vera memang terbaik untuk kulit.

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^