ALTHEA: PORE PURIFYING SERUM CLEANSER
January 02, 2019Morning
Hari ini aku nak kongsi dengan korang satu lagi produk terbaru dari Althea iaitu PORE PURIFYING SERUM CLEANSER. Kalau korang nak tahu ini merupakan produk 2 in 1 , Serum + Cleanser fuhh terbaikk lah! Lepas nie senang nak apply dekat muka sebab bila pakai pencuci ini dah ada sekali serum untuk kulit wajahh.
Pore Purifying Serum Cleanser ini adalah pembersih muka yang mengandungi formula serum. Ianya berfungsi membersihkan kulit muka dari bahan solekan, kotoran dan minyak tanpa mengeringkan kulit muka. Selain itu, ia membantu mengimbangi tahap pH kulit untuk memastikan ia tetap sihat.Ia juga mempunyai fungsi sebagai Make Up Remover.
Sebotol Pore Purifying Serum Cleanser mengandungi 150ml dengan harga iaitu RM33 sebotol.
KANDUNGAN PORE PURIFYING SERUM CLEANSER
Mint leaf extract – Menyejukkan kulit dan mengurangkan kerengsaan
Jojoba seed oil – Membantu melembapkan kulit
Tea tree leaf extract – Mempunyai sifat antibakteria yang membersihkan kulit
Senang jer ada dua cara korang boleh baca dulu dekat bawah ini :
1. Untuk membuang solek
Langkah 1: Tuang jumlah produk yang mencukupi ke telapak tangan anda.
Langkah 2: Urut produk seluruh kulit anda dengan gerakan bulat untuk mengeluarkan kotoran dan solek.
Langkah 3: Bilaskan residu dengan air. Anda juga boleh menggunakan pembersih kedua untuk membuang sepenuhnya.
2. Untuk membersihkan kulit
Langkah 1: Melembabkan kulit dan gunakan jumlah produk yang mencukupi ke telapak tangan anda.
Langkah 2: Urut secara perlahan-lahan produk seluruh kulit anda dengan gerakan bulat selama 5-10 saat sebelum membasuhnya dengan air.
Nah aku nak share dengan korang Video cara aku menggunakan Pore Purifying.
korang boleh klik sini : https://youtu.be/gJn2q4bkMSc
Untuk Maklumat Lanjut/Pembelian klik sini:
0 pesanan ditinggalkan
tinggalkan komen anda di sini ^O^