Logo KBBA

ISLAND HOPING DI LANGKAWI

December 02, 2018




Hai korang,

Entry kali ini aku nak kongsi dengan korang Pengalaman Pertama kali join Island Hoping di Langkawi. Bulan lepas aku ke Langkawi Untuk attend satu Mesyuarat. Aku sebagai Urusetia mesyuarat jer. Aku kan cuma staff biasa sahaja hehe...Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar bukan senang tau nak uruskan Mesyuarat. Nak bawa ramai lakk staff ke sana. Nak pastikan semua ahli mesyuarat naik ferry sekali! fuhh nasib baik urusetia tak tertinggal hahaha.

Okay sebenarnaya aku nak cerita terus bab ISLAND HOPING. Salah satu aktiviti santai di sana lepas habis Mesyuarat tu ialah Island Hoping. Aku yang First time nak turun Island hoping Teruja lah juga hihi...Tapi perasaan takut pun ada sebab aku memang jenis Mabuk Laut. Naik Ferry pun biasanya aku makan ubat tahan muntah dahulu kikiki ( alamakk pecah rahsia haha) Tapi tak pe lawan juga rasa takut tu sebab nak dapatkan Pengalaman island Hoping di Langkawi.

Aktiviti kami pagi tu bermula jam 8.30 Pagi bergerak dari hotel ke Jetty. Waktu nie ada van datang Pick up sebab kami ramai lebih kurang 30 orang. Itu pun ada juga yang tertinggal dan tak turut serta. Island hoping kami pagi tu bejalan lebih kurang 3  jam sahaja. Untuk ke 3 tempat menarik iaitu ke Pulau Beras Basah, Eagle Feed & Tasik Dayang Bunting.


Foto Farah Wahida.
BERAS BASAH ISLAND

EAGLE FEEDING

Foto Farah Wahida.
TASIK DAYANG BUNTING

      Foto Farah Wahida.  Foto Farah Wahida.

Dekat sini aku nak kongsi sedikit tips untuk korang yang nak ke island hoping langkawi. 

Tips untuk island hopping ni :
  1. Bawa makanan, air, tuala sendiri- Paling penting air lah takut dahaga tak ada gerai jualan yer di Pualau beras basah...Makanan tu bawa roti pun cukup dah. Jangan pula bawa bekal ala-ala nak berkelah di sana pulak... haha
  2. Pakai selipar@sandal yang selesa - Jangan pakai kasut sport fuhh nasib baik pagi itu kawan aku paksa suruh salin kasut sekali nak turun dari boat kena jejak kaki dalam air laut tau confirm lah basah kalau pakai Sport shoes!
  3. Takyah bawak beg berat segala..bawa brg yang penting je sebab nak jalan kaki sampai kat pantai tu jauh sikit dan haruslah ada adegan panjat memanjat masa kat Pulau Dayang Bunting.
  4. Pakai pakaian yang mudah kering ,tshirst & Track pun okay jer. Takyah nak berjeans takut nnti basah lambat kering..tak selesa lak. pakai baju seluar yoga pun sesuai.Tapi kalo tetap nak nampak Gojesss bajet retis ala mak datin korang pakai je lah. Ada jer yang pakai aku tengok ritu.
  5. Jangan tinggal barang dalam boat yang korang naik...Memang kita akan naik boat yang sama tapi boat tu tak tunggu kita dia akan ulang -alik pick up orang..So, risau takut tak selamat bawa jer sepanjang island hoping tu. Pakai beg galas lagi sesuai.




keseluruhannya aku memang kagum dengan keindahan alam semula jadi terutamanya dekat Pulau beras Basah. Pasir dia halus dan cantik sangat. Pulau itu tak ada penghuni dan kami antara Pelancong yang sampai awal. Jadi, dapatlah snap view yang lagi indah sebab tak ada orang lagi hihi. Pantai kat situ boleh mandi. Korang mandi jer di situ nanti bilas diri korang dekat Tasik dayang Bunting tau.

kalau korang jenis mabuk Laut, bila naik boat korang duduk dekat bahagian tengah atau depan jangan duduk belakang nanti terasa melambung-lambung dengan pakej basah sekali hahaha (air mercik...). Okey sekian story pengalaman pertama kali aku join Island Hoping. Lastly aku share gambar dekat sana untuk tatapan di masa hadapan. Siyess BEST dan Seronok tambahan pula dapat reramai dengan kawan sepejabat. Best wehh!

                           


Foto Farah Wahida.

Foto Farah Wahida.

Foto Farah Wahida.

Foto Farah Wahida.

Foto Farah Wahida.

sekian....


Memori On #2018
#islandhoping
#pbjalanjalan


You Might Also Like

3 pesanan ditinggalkan

  1. Tasik Dayang Bunting tu teringin sangat nak pegi.. tatau la bile dapat pegi ni la... last pegi langkawi masa tadika.. hahaha..

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya pergi island hoping...

    ReplyDelete
  3. lama tak pergi langkai..nak kena pergi lanampak gayanya

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^