PENGALAMAN MENJAGA ANAK TERKENA CHIKENPOX
October 23, 2018
Dua bulan lepas anak aku terkena Chikenpox...Mula-mula Kaliff si adik elok lega dalam seminggu tetiba kaisara pula...aduhai dalam berjaga-jaga tak nak bagi terjangkit...Last-last kena juga...Orang kata Chikenpox nie datang bermusim. Bila sampai masanya memang ramailah akan jadi. Dulu aku ingan Chikenpox dan Campak nie sama rupanya berbeza dari segi bentuk dan Cairan dalam biji-biji itu. Nasib anak aku juga baik..time wabak chikenpox nie ramai juga yang terkena HFMD...nasib baik doktor Diagnosis bgtau cuma Chikenpox biasa sahaja...Alhamdulillah tapi bab penjagaan susah la juga...
Masa mula-mula kaliff kena aku perasan biji naik kat bahagian muka dulu, ingatkan jerawat or semut gigit, 3 hari juga aku biar sebab dia tak demam langsung, cergas macam biasa...bila makin nampak banyak terus bawa ke Klinik Othman di Kangar (klinik panel aku). Doktor bgtau "Chikenpox" terus bagi MC dan Surat Cuti untuk aku. Oh...Ya aku kan kerja Goverment Layak dapat "cuti kuarantin" 5 HARI dari tarikh anak aku di periksa doktor.
Lepas seminggu aku bercuti, Kaliff pun sembuh sepenuhnya 10 Hari ambik masa nak hilang. aku masuk kerja sekejap The next minggu tu kaisara pula menunjukkan tanda-tanda CHIKENPOX. Time kaisara nie pula waktu kami sedang bercuti di Langkawi terpaksa batalkan niat nak ISLAND HOPING just rest di dalam bilik 3 hari 2 malam ( sebab time nie aku meeting sekali ) terus balik ke rumah. Dapat lagi Cuti Kuarantin lagi 5 Hari . Tapi part Kaisara nie rumit sedikit . Doktor swasta sugesst bawa ke Klinik Kerajaan dan buat ujian Darah. Waktu nie Chikenpox kaisara besar2 dan banyak. Lagi banyak dari adiknya.result ujian darah pun okay sahaja. Alhamdulillah parut pun tak ada dekatmuka cuma dekat badan sahaja yang banyak...kaisara cuti sekolah 2 Minggu.
okay, Apa yang aku buat time anak aku kena Chikenpox ini? selain bawa jumpa Doktor ambik ubat, aku juga dapatkan rawatan Tradisional Ambil Air Penawar. Syukur ada Pakcik dekat kawasan rumah Mentua aku tu boleh Merawat penyakit macam ini. Just bagi minum jer air penawar tu dalam 3 hari biji-biji chikenpox pun menghilang. Aku terpaksa ulang 2x memula bawa kaliff lepas tu kaisara pula...time ini juga aku pantang keluar rumah sama-sama kuarantin di rumah dengan anak-anak hihi (layan tv & youtube aje)
Bab pemakanan memang kena jaga. Tak boleh makan sebarangan. Terutamanya makanan Seafood, Ayam, Telur, Kicap & paling utama Ikan bilis tak boleh makan tau Gatal nt ! Time ini mencabar juga budak-budak kan tahu-tahu je lah dia punya merengek nak makan benda yang kita tak bagi...hari-hari aku masak Bubur nasi jer akan dengan sayur dan ikan goreng panas-panas.
Bila kena chicken pox ni banyak benda kena jaga...Kalau nak sembuh sepenuhnya dan parut Chikenpox cepat menghilang kena buat Antaranya :
- makan memang kena betul2 jaga
- Cari Daun Semambu letak bawah tilam (bg hilang miang) petua org2 tua
- jangan garu
- jaga pantang makan
- minum air tawar
- minum air kelapa
- sapu badan dengan losyen calamine yang Klinik bagi
- Tempek Bedak sejuk
- kerap mandi (elak peluh )
- amalkan selawat & ayat kursi
- banyakkan bersabar
- minum banyak air masak
- elakkan dari terkena air hujan. Kalau boleh jangan kena langsung.
Lepas semua sembuh sepenuhnya sekarang aku pakaikan "BIO OIL" untuk hilangkan parut CHIKENPOX dekat anak-anak aku. Berbelaja lah lebih sedikit cari krim yang bersesuaian untuk hilangkan parut . Alhamdulillah semakin hilang parut di muka.
Tips tambahan nak elak berjangkit : Letak potongan Halia ke dalam Kolah mandi atau Baldi berisi air , Mandi dengan air halia untuk isi rumah yang belum terkena chikenpox. (petua nie last aku buat lepas kaisara kena fuhhh nasib baik tak terjangkit dekat aku dan mr.husband :)
5 pesanan ditinggalkan
waktu 5 hari kuarantin tu memang digunakan dengan sebaiknya. Untung Kalif dengan Kaisara
ReplyDeletesamalah macam sha kena chickenpox dulu, satu rumah jaga haha kadang stress kita tapi tulah taknak berjangkit kan
ReplyDeleteOrg tua2 kata.. Sekli dh kena chickenpox ni..lepas tu xkena dh..
ReplyDeleterisau juga anak-anak belum pernah lagi kena...kata orang setiap anak akan ada chicken pox.
ReplyDeleteSyukur la dah kena sekarang nanti masa akan datang dah tak kena
ReplyDeletetinggalkan komen anda di sini ^O^