BERIADAH SAMBIL BELAJAR DI PUSAT SAINS NEGARA WILAYAH UTARA
October 17, 2018
wehh entry terperam dah lama nak kongsi asyik terlupa sahaja huhu
Aku nak kongsi dengan korang
tentang Pusat Sains Negara Wilayah Utara
tak silap aku ini kali ke tiga aku ke sana
First time masa kaisara kecik lagi ( rujuk entry SINI )
second time masa aku bawa anak2 sedara aku ke sana
so kali nie bawa kaliff & kaisara pula
sebab dedua dah besar dah pandai nak tengok
apa yang ada kat dalam tu
APA YANG MENARIK DI SINI ?
PUSAT SAINS NEGARA CAWANGAN WILAYAH UTARA
merupakan cawangan pertama Pusat Sains Negara yang
dibuka kepada orang ramai pada Mac 2010 di Gunung Keriang Alor Setar.
Bangunan ini dibina dengan mengambil kira konsep penjimatan tenaga, mesra alam sekitar dan pameran yang dinamik.
Terletak di segi tiga pelancongan Gunung Keriang
yang kaya dengan hasil bumi batu kristal serta
bersebelahan dengan Muzium Padi dan Pusat Akuatik Negeri Kedah.
Menjanjikan pengalaman dan pembelajaran dalam
bidang sains dan teknologi yang menarik minat dan menyeronokkan.
So, jom ikut aku terjah apa yang ada kat dalam
Pusat sains wilayah Utara yang terletak berhampiran Gunung Keriang, Kedah
sebenarnya ada banyak lagi gambar-gambar peralatan yang menarik dekat dalam nie
tapi bila entry terperam aku cari-cari tak jumpa huhuhu
BTW bagi yang berada di kawasan yang berdekatan
pergi lah bawa anak-anak korang ke sana
bagi sedikit pengalam berbeza dekat diaorang
sambil berjalan-jalan,
sambil belajar gituu
nak pulak hujung tahun yang bakal menjelma nie
Cuti sekolah dah dekat kan...
Harga Tiket |
Alamat:
Jalan Gunung Keriang, 06570 Alor Setar, Kedah
Telefon:
04-720 7700
Facebook:
2 pesanan ditinggalkan
murah harga tiket nya..
ReplyDeleteTeringin nak pergi
ReplyDeletetinggalkan komen anda di sini ^O^