RESEPI POPIA CARBONARA SEDAP
September 17, 2018
Hai Selamat Hari malaysia..belum terlambat kan? sempena cuti 16 September 2018 Semalam , aku nak share dengan korang satu lagi resepi minum petang yang mudah, sedap dan korang pun mesti kena cuba buat hehehe.kalau nak buat makan waktu pagi atau malam pun boleh aje..korang Frozen kan aje..
so, jom tengok bahan-bahan dan cara memasaknya. kali ini aku share resepi Popiah Carbonara Tanpa Cheese. Biasanya untuk orang yang tak berapa nak gemar cheese la kan..sebab resepi yang tengak viral sekarang semuanya masak guna cheese kan hehe..Kita kan nak diet kehkehkeh! btw selamat mencuba ^_^
RESEPI POPIA CARBONARA TANPA CHEESE
Bahan-Bahan:
Isi Ayam/daging (sedikit)
5 batang sosej (didadu)
1 peket kulit popia
1 tin cendawan butang (didadu)
1 tin carbonara mushroom
2 batang carrot (diracik halus)
1 biji bawang holland (didadu)
3 biji bawang putih (didadu)
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit garam
Sedikit gula
1 sudu marjerin (untuk menumis)
Cara-caranya:
1. Cairkan marjerin, Tumis bawang putih & bawang holland smpai naik bau
2. Masukkan izi Ayam/daging tadi
3. Masukkan sosej
4. Kemudian masukkan satu tin sos carbonara prego*kalau pekat masukkan sedikit air
5.Akhir sekali masukkan cendawan butang & carrot
6. Masukkan sedikit lada hitam,gula & garam(ikut sesedap rasa)
7. Kacau sampai sebati & kering , Kacau lagi Biar pekat sedikit dan tutup api
Biar sejuk seketika & bolehlah mulakan proses menggulung popia 😉
siap gulung boleh lah terus di goreng atau simpa terlebih dahulu dalam peti
**anggaran dpt dlm 40 keping popia**
Tips :
Untuk Pastikan kulit popiah rangup semasa makan, pastikan inti sejuk dan kering dengan baik.
okay untuk pengemar cheese korang boleh je guna resepi nie, just add on cheese dalam masakan tadi atau gulung jer sekali semasa proses mengulung sebelum di goreng tu.
SELAMAT MENCUBA :)
6 pesanan ditinggalkan
Wah sedapnyaaaa
ReplyDeletesdapnya..:)
ReplyDeleteduk tengok khairulaming masak benda ni memang teringin tapi tau dah kalau buat takda yang nak makan hahaha
ReplyDeletesedap tu..ada tgk org share resepi tp tk try lg buat
ReplyDeleteDh pernah buat.. Mmg sedap kak farah popia carbonara ni
ReplyDeleteuiiiii.. sedap ni...
ReplyDeletetinggalkan komen anda di sini ^O^