RESEPI PUDING ROTI PELANGI
August 15, 2018
Hai, kali ini aku nak kongsi dengan korang resepi puding roti pelangi tanpa telur. Kebetulan dekat rumah aku telur habis hihi , maka terhasil lah puding pelangi ini :). aku kalau buat agar-agar atau puding memang suka guna yang jenis tali.air tu korang agak2 la sendiri nak lembut lebihkan air..nak keras kurangkan air. Anak-anak aku memang suka manisan, jadi aku memang selalu buat di hujung minggu. Resepi mudah sahaja.
Selamat Mencuba ^_^
BAHAN-BAHAN:
13 gm agar-agar tali
4 cawan air
BAHAN KISAR:
2 keping roti | dicarik
1 1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula halus *Sukatan gula ikut tahap kemanisan yang anda suka
1 sudu Essen Vanilla
**Beberapa pewarna pilihan
CARA MEMASAK:
- Masak agar-agar tali bersama air hingga larut.
- Kemudian masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk berisi larutan agar-agar.
- Tuang adunan ke dalam acuan. kemudian Warnakan adunan menggunakan lidi (celupkan lidi ke dalam pewarna dan lorekkan dalam adunan )
- Sejukkan dalam peti sejuk. Sedia untuk dinikmati.
5 pesanan ditinggalkan
alahai sedapnya..makan sjuk2..:)
ReplyDeletesimplenya! boleh cuba!
ReplyDeletemenariknya warna! selalu makan yang biasa tu je
ReplyDeletehuwaaa... warna2nya menggoda...
ReplyDeleteNampak menyelerakan, bahan pun tak banyak. nanti boleh zumal try
ReplyDeletetinggalkan komen anda di sini ^O^