Logo KBBA

RESEPI PAPRIK ALA THAI

June 03, 2018

Hai..
Aku sebenarnya nak share resepi last week masa berbuka
Iaitu Ayam/Udang Masak Paprik
Ala-ala thai gitu..

Nak masak senang je wehh..


Jom Follow Resepi aku
Yang utamanya masak paprik 
Haruslah pakai daun limau purut  hehe
Baru paprik tu ada bau


BAHAN-BAHAN:

Untuk Tumis
Bawang besar/bawang putih
Halia/serai
Daun Limau purut
Cili Blander sedikit
Cili sos/sos tiram
gula/garam
Minyak sedikit

Bahan Sayuran
Baby corn
Bunga kobis
Carrot

Bahan Basah
Ayam/Udang
*terpulang yer nak tambah sotong @fishcake pun bole

Sorry kualiti gambar tak berapa baik 

1. Panaskan minyak di dalam kuali. tUMIS bahan-bahan Bawang hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak/pecah minyak. 
3. Selepas itu masukkan sos cili thai, sos tomato, sos tiram, diikuti dengan isi ayam. Gaul rata.


sorry kualiti gambar tak berapa baik 
4. Tuangkan air secukupnya (untuk kuah). Masukkan serai, daun limau purut dan cili padi. Biar mereneh di atas dapur. Perasakan dengan gula dan garam. Kacau rata.
5. Akhir sekali masukkan bahan-bahan sayur-sayuran. Tambahkan sedikit air sekiranya kuah pekat (bergantung kepada citarasa masing-masing). 
6. Akhir sekali masukkan udang. Masak sehingga kuah mendidih dan bolehlah ditutup api. 
7. Siap dihidangkan bersama nasi panas.

**ohh yaka jangan lupa masukkan gula/garam secukup rasa baru sedap...kalau pedas sedikit lagi kaww....kaww hehe. 

SELAMAT MENCUBA ^_^

You Might Also Like

0 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^