RESEPI NASI ULAM UTARA
May 24, 2018
Salam ramadan ke- 8. Alhamdulillah dah masuk puasa ke 8 untuk tahun ini. Kali ini aku nak share dengan korang resepi nasi ulam utara. First time aku try buat ari jumaat yang lalu masa Puasa Ke 2. Kebetulan jumpa Makcik yang menjual Ulam-ulaman. Balik rumah korang potong-potong dan gaulkan ajer bahan-bahannya. Senang dan Mudah.
Tapi sebab first time buat aku cuak juga.takut terlebih rasa kan puasa hahaha. En.husband aku memang suka makan Nasi Ulam ni. Katanya dulu arwah maknya selalu buat, Makanya wajib lah untuk aku belajar buat nasi Ulam nie hehe. Okay jom tengok bahan dan Cara-caranya:
Bahan A
4 cawan nasi sejuk
( Agak-agak lah nak makan banyak mana)
Bahan B
Ditumbuk halus
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai
1 sudu kecil lada hitam
6 biji cilipadi
1 sudu teh garam
Bahan C
6 biji cilipadi - diracik halus
4 biji bawang merah - dimayang halus
2 keping ikan tenggiri masam - di bakar dan dikopek isinya
(Boleh gantikan dengan ikan talang masin, udang kering atau ikan kembung bakar)
3 sudu kerisik
Bahan D
Hirisan Ulam-Ulaman
Daun kadok, pegaga , selom, daun kunyit, daun cekur, kesom, daun limau purut, daun gajus atau janggus, Ulam raja, daun Kari, bunga kantan, daun asam gelugur, daun sekentut, tenggek burung, bebuaih, daun beluntas, pucuk putat, pucuk samak, sabung nyawa, bunga kunyit, pudina, selasih, kemangi , cemumaq dan lain-lain lagi
Balutkan daun yang kecil dengan daun yang besar untuk memudahkan proses menghiris daun
Cara- Caranya:
Campurkan Bahan B dan Bahan C, gaul hingga sebati
Masukkan Bahan A dan Bahan D, gaul rata
Boleh di hidangkan bersama asam pedas keladi.
sedapnya :)
Alhamdulillah menjadi juga walaupun first trial dari aku ^_^
selamat Mencuba U'oulss
6 pesanan ditinggalkan
Waaa mudah ajaa ye, nanti Ss nak cubalah...
ReplyDeleteteringin nak rasa,selalu tengok gambar je..
ReplyDeleteDah lama tak makan nasi ulam...
ReplyDeleteMak prnah buat tp style pntai timur , sedap hehe
ReplyDeletesedapnyaaa penah makan sekali kawan dari utara buatkan.
ReplyDeleteaduyai, sedapnya..dulu mak selalu buat sbb ulam tu blkng umah jer..
ReplyDeletelanie mmg susah dah nak cari ulam gitu..huhu..
tinggalkan komen anda di sini ^O^