Logo KBBA

RESEPI SOTONG GORENG TEPUNG

April 27, 2018

Aku nak share dengan korang nie
Resepi Sotong Goreng Tepung 
yang rasanya Rangup-rangup dan sedap
resepi aku semestinya mudah dan senang korang nak follow

Sotong Celup Tepung
Oleh: #airtanganpb

Bahan bahan:
Sotong 
Telur
Tepung gandum
TepungBeras
Serbuk Kari (daging)/garam/sedikit kunyit
Minyak untuk menggoreng

Inilah sotong aku nak goreng kejap lagi...ambil saiz besar sikit
guna sebiji sahaja telur

celupkan sotong yang dah si salut dengan telur ke dalam tepung
Cara-caranya :

1. Basuh Sotong Bersih, Potong kecil-kecil dan toskan air basuhan

2. Celupkan ke dalam Telur

3. Gaulkan ke dalam Tepung ( Campurkan tepung gandum/tepung beras/serbuk kari/kunyit/garam ) *peringatan! jgn bancuh tepung dengan air tau!xsedap nanti haha jadi cokodokkk pula nanti.

4. Goreng di dalam minyak yang agak banyak dan betul betul panas sehingga berwarna keemasan. Jangan digoreng terlalu lama kerana ianya akan menyebabkan sotong menjadi liat dan keras.

5.Angkat dan siap untuk di hidangkan ^_^

selamat mencuba




sekian dari aku #blogpermatabiru #airtanganpb

You Might Also Like

5 pesanan ditinggalkan

  1. Fav anak dara akak..sebulan berkali- kali buat..

    ReplyDelete
  2. suka juga buat tapi kai tepung bestari je.pastu ratah.sedap lahai.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya tapi takde sotong pulak kat rumah ni..

    ReplyDelete
  4. Alamak .. baru je habis segala sotong buat masak sayur kacang buncis ..

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^